KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Showing posts with label Rasuah Proton. Show all posts
Showing posts with label Rasuah Proton. Show all posts

Jul 27, 2008

Proton suspends Terengganu dealer

Star | Proton has suspended one of its dealers in Terengganu for allegedly using non-genuine spare parts, overcharging and repairing cars without recording it in the carmaker's online warranty system.

Proton Holdings Bhd managing director Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohamed told reporters at a press conference on Sunday that the company would also be cooperating with the Anti-Corruption Agency (ACA) while conducting its own investigations into the matter.

"If the dealer is implicated in any wrongdoing, we will not hesitate to terminate the dealer's services," he said, adding that the dealer worked under EON (Edaran Otomobil Nasional) - one of Proton's super-dealers.

The national carmaker began its own investigation into the state government's claims on the high cost of maintaining the 16 Proton Perdana V6 Executive cars previously used by Terengganu executive councillors.... selanjutnya.

Feb 16, 2008

PILIHANRAYA ... SEMUA TIBA TIBA ADA

Kafa Ar-Rahimah terima RM30,000

GOMBAK: Kira-kira 150 murid Kelas al-Quran dan Fardu Ain (Kafa) Integrasi Ar-Rahimah, Taman Greenwood di sini, bakal memperoleh suasana pengajian lebih selesa apabila sekolah itu menerima derma RM30,000 sumbangan Ahli Jawatankuasa (AJK) Umno bahagian Gombak, Datuk Dr Rahman Ismail, kelmarin.

No2umno - Pilihanraya macam Hari Raya Aidil Fitri. Sebulan sebelum pilihanraya, masing masing sibuk bayar fitrah. UMNO sambut Pilihanraya macam Hari Raya. Bila dan dekat, baru sibuk bayar zakat. Zakat terpaksa atau rela.....itu aku tak tau. Tapi kalau nak jadi orang miskin yang dibantu .... jadilah orang miskin pada hari sebelum pilihanraya. Selepas pilihanraya tiada bantuan kerana semua orang kaya untuk 4 tahun selepas itu ...... Hehehe ... Kelakar sungguh UMNO.

Kerajaan bina 40,000 lagi rumah kos rendah

TEMERLOH 16 Feb. - Kerajaan akan membina 40,000 unit rumah kos rendah untuk golongan orang kurang upaya (OKU) dan berpendapatan rendah, warga emas serta ibu tunggal di seluruh rendah....

No2umnO - Ambikkkk kau !!! Rumah murah untuk golongan OKU, pendapatan rendah dan orang miskin. Woooo .... hebat. Kalau nak cerita macam ni, tunggu pilihanraya. Semuanya ada. Kalau lah demokrasi ni tempoh pilihanraya 20 tahun sekali ..... Mampusssssss la rakyat Malaysia. Papa kedana la kita.

Jan 26, 2008

PATUT HARGA PROTON MAHAL

Terima rasuah bulanan: BPR mungkin tahan lebih ramai

KUALA LUMPUR: Tujuh kakitangan sebuah syarikat pengeluar kereta nasional yang ditahan kerana disyaki menerima suapan wang tunai berjumlah ratusan ribu ringgit setiap bulan daripada vendor, masih dalam tahanan Badan Pencegah Rasuah (BPR) Selangor.

Semua suspek yang berusia 30 hingga 35 tahun itu kini diletakkan dalam pengawasan dan siasatan rapi bagi mendapatkan maklumat pengaliran wang rasuah di kilang kereta berkenaan serta kakitangan lain yang terbabit dalam kegiatan menerima suapan setiap bulan.

Menurut sumber BPR, pihaknya juga menyiasat dan mengumpul jumlah harta serta wang tunai yang di- peroleh suspek daripada vendor setiap bulan sebagai imbuhan untuk mendapatkan kerja di kilang berkenaan.

“Kami sedang siapkan kertas siasatan dan kumpul bukti sebelum menghantarnya kepada timbalan pendakwaraya , ” katanya .

Menurutnya, sehingga kini BPR yakin dapat melumpuhkan kegiatan semua suspek yang menerima suapan setiap bulan selepas tertangkapnya mereka mengikut Seksyen 11 (a) Akta Pencegahan Rasuah 1997.

“Kami juga tidak menolak kemungkinan ada kakitangan yang menerima suapan daripada vendor setiap bulan masih bebas.

“Mereka ini mungkin akan ditahan tidak lama lagi sebaik siasatan terhadap tujuh suspek ini selesai,” katanya .


Harian Metro sebelum ini melaporkan mengenai kehidupan mewah segelintir pegawai dan kakitangan sebuah syarikat pengeluar kereta nasional hingga menimbulkan syak akhirnya terbongkar apabila mereka dipercayai menerima suapan wang tunai ratusan ribu ringgit.

Posting terkini

Blog Archive