KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Showing posts with label Remaja Hadhari. Show all posts
Showing posts with label Remaja Hadhari. Show all posts

Feb 15, 2008

REMAJA HILANG TAK DITEMUI


Berdasar laporan orang hilang yang didedahkan laman web PDRM, lebih 80 peratus daripada 194 individu dilaporkan hilang sejak 2005 terdiri daripada gadis berusia bawah 25 tahun.

Sumber Ibu Pejabat Polis Bukit Aman berkata, seramai 38 gadis hilang sepanjang tahun lalu yang dimasukkan ke laman web itu masih hilang hingga kini, sekali gus menimbulkan tanda tanya sama ada mereka masih hidup atau sebaliknya.

Menurutnya, dalam kebanyakan kes sebelum ini, siasatan mendapati kebanyakan punca gadis melarikan diri dari rumah kerana faktor pujukan kekasih, pengaruh kawan dan gelojak jiwa yang inginkan kebebasan.

Difahamkan, polis menerima 6,270 laporan kes kehilangan gadis sejak 2004 hingga Mei tahun lalu dengan peringkat usia 14 hingga 17 tahun penyumbang statistik utama iaitu 4,097 orang.

Berdasarkan laman web PDRM yang sentiasa dikemas kini itu, antara individu yang dilaporkan hilang ialah Siti Balkhiah Ahmad Anas, 15, yang lari dari rumahnya di Taman Desa Murni, Sungai Dua, Kedah, pada 25 Oktober lalu.

Feb 2, 2008

DIROGOL ADIK SENDIRI?

Mahasiswa Terengganu UPSI di tangkap Khalwat
tranungkite.
Berita catatan : Pena Lapuk

"Saya sudah tiada masa depan, mahkota kewanitaan saya telah di rosakkan oleh adik saya sendiri" demikianlah ungkapan yang lontarkan oleh seorang mahasiswi UPSI yang bakal menjadi seorang pendidik kepada anak-anak di Malaysia ini.

Kejadian berlaku disebuah hotel kelas rendah di bandar Tanjung Malim.
Sepasang Pelajar Universiti pendidikan Sultan Idris telah ditangkap khalwat .Apa yang menarik Kedua-dua pasangan ini adalah penganut fahaman islam hadhari.

Inilah hasil dari " Tiada pencegahan dari Allah"(Nakalan minallah)
Pasangan tersebut di tangkap pada 31 jan 2008.Kedua-dua mereka berasal dari Terennganu Bestari.

Ketika disoal siasat oleh anggota pencegah maksiat dari pejabat agama Tanjung Malim, pelajar perempuan dengan marah bercampur sedih memaklunkan bahawa masa depan dia telah hancur.Beliau seringkali dirogol oleh adiknya sendiri apabila pulang ke kampungnya di daerah Marang.

Walaupun sebelum ini beliau mendakwa telah memaklumkan kerja terkutuk adik beliau kepada ibunya, namum ibu beliau tidak pernah ambil peduli dalam hal ini.

Sebaik sahaja keterangan mereka berdua diambil oleh polis di IPD Tanjung Malim, pelajar perempuan tersebut telah membuat satu lapuran polis terhadap dakwaan beliau yang selalu di rogol oleh adiknya.

Ini merupakan kes yang perlu di ambil iktibar oleh kita semua.Mereka berdua ini adalah bakal guru yang akan mendidik anak bangsa kita.
Mereka berdua ini warga Terengganu Bestari yang sangat kuat Islam hadharinya, dinegeri mereka masa depan akan terjamin, negeri mereka berdua seringkali memahat sejarah, mencipta Tamaddun,Malahan di negeri merekalah terteggaknya taman tamadun Islam.
Negeri mereka berdua juga sangat maju kerana terlalu banyak Pembangunan yang tidak Tergambar Oleh rakyat dan negari merekalah yang melahirkan generasi Ulul AlBab( pintu)

UPSI juga merupakan salah satu IPTA yang sangat kuat menyekat gerakan Islam pelajarnya.Pentadbiran UPSI sangat kuat dengan pengangan Islam Hadharinya.

Pelajar buang anak bercuti

Kosmo

KUALA TERENGGANU - Pelajar dari luar negeri ini dipercayai ibu kepada bayi yang ditemui mati di tempat pembakaran sampah di kawasan asrama sebuah universiti di sini kelmarin.

Pelajar tersebut merupakan antara 36 pelajar yang tidak sempat disoal siasat kerana telah pulang ke rumah masing-masing sehari sebelum itu sempena cuti Tahun Baru Cina.

Difahamkan sehubungan kes itu, polis telah menghubungi keluarga seorang pelajar yang disyaki mempunyai maklumat mengenai pembuangan bayi di kampus asrama tersebut.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah II negeri, Supritendan K. Manoharan ketika dihubungi enggan mengulas perkara itu kerana ia masih dalam siasatan.

Sementara itu, seorang pekerja am di kampus tersebut, Sariah Abdul Rahman, 46, berkata, dua hari sebelum mayat bayi itu ditemui, dia terkejut mendapati terlalu banyak darah dan lendir di dalam pam sebuah tandas di aras satu asrama di universiti tersebut.



Malah dakwanya, dia juga menemui tompokan darah di atas lantai dan pada mulanya disangka hanya darah haid pelajar di situ.

"Saya mengepam mangkuk tandas itu lebih 10 kali tetapi darah bercampur lendir itu tidak mahu hilang menyebabkan saya mengesyaki ada pelajar menggugurkan kandungan di situ,'' katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Tok Pong, di sini semalam.

Menurut Sariah, andaiannya itu bertambah kuat apabila seorang rakan sekerjanya menemui benda pelik yang dibungkus dengan kertas suratkhabar dimasukkan dalam plastik dibuang ke dalam sebuah tong sampah di luar tandas berkenaan.

"Kawan kakak cuba carikkan bungkusan kertas yang lembap itu dan dia nampak seperti satu objek berwarna putih seperti daging ayam tetapi takut untuk memeriksa lanjut," katanya.

Sariah memberitahu, selepas itu kawannya terus mengangkat beg plastik tersebut dan ia diletakkan bersama longgokan sampah lain di bawah asrama sebelum pekerja lain mengutip dan membakarnya pula.

Bagaimanapun jelasnya, pada keesokan harinya (Khamis) masih ada sisa darah di dalam pam tersebut walaupun ia telah dipam berkali-kali menyebabkan dia mula tidak sedap hati dan meminta rakannya, Amran Yusof, 34, untuk menyiasat bungkusan yang dibuang sehari sebelumnya.

Ujar Sariah, Amran yang memeriksa tempat pembuangan sampah di belakang asrama universiti berkenaan yang baru dibakarnya buat kali kedua terkejut menemui mayat bayi yang terbakar di bahagian punggung dan masih berdarah.

Amran memberitahu, dia mulanya nampak mayat bayi itu seperti kaki kucing tetapi selepas dibelek betul-betul baru dia nampak tali pusat yang mengesahkan ia adalah mayat seorang bayi.

Semalam KOSMO! melaporkan, lebih 800 pelajar perempuan sebuah universiti di sini 'dikuarantin' bagi disoal siasat ekoran penemuan mayat seorang bayi di tempat pembakaran sampah di kawasan asrama mereka.

Bagaimanapun, kesemua pelajar yang dikumpulkan di dewan universiti tersebut bermula pukul 10 pagi hingga 12 tengah hari tidak mengaku bertanggungjawab dengan pembuangan bayi tersebut.

Feb 1, 2008

LANJUTAN KES BUANG BAYI


800 pelajar ‘dikuarantin' -
Pelajar wanita universiti disiasat sebab mayat bayi
kosmo

KUALA TERENGGANU – Lebih 800 pelajar perempuan sebuah universiti di sini di `kuarantin’ bagi disoal siasat ekoran penemuan mayat seorang bayi di tempat pembakaran sampah di kawasan asrama mereka.

Pihak polis terpaksa mengumpulkan mereka di dewan universiti berkenaan mulai pukul 10 pagi sehingga pukul 12 tengah hari semalam bagi mengesan kemungkinan ibu kepada bayi malang itu berada di situ.

Seorang jurucakap universiti memberitahu KOSMO!, beliau difahamkan tiada seorang pun pelajar yang disoal-siasat mengaku terlibat.

Namun, seramai 36 pelajar tidak sempat disoal-siasat kerana telah pulang ke rumah masing-masing sehari sebelum penemuan mayat bayi berkenaan.

Menurut Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah II negeri, Supritendan K. Manoharan, seorang tukang sapu berusia 30-an menjumpai mayat itu di tempat pembakaran sampah dalam keadaan separuh terbakar.

Katanya, pada petang kelmarin, tukang sapu berkenaan telah membakar sampah di situ tanpa menyedari turut membakar mayat itu.

“Tetapi apabila datang kerja keesokan harinya, dia melihat sampah yang dibakar semalam tidak rentung,” katanya ketika ditemui di pejabatnya di sini.

Manoharan berkata, apabila terasa kelainan pada sampah itu, lelaki berkenaan memeriksanya dan terkejut apabila ternampak mayat seorang bayi yang masih bertali pusat.

Katanya, mayat separuh terbakar itu dipercayai cukup bulan dan baru sahaja dilahirkan.

“Laporan polis berhubung kejadian berkenaan dibuat oleh tukang sapu berkenaan di Balai Polis Chendering.

“Siasatan adalah tertumpu kepada pelajar perempuan di universiti terbabit kerana mayat berkenaan ditemui di dalam kawasan asrama,” katanya.

Tambah beliau, sehingga kini ibu yang bertanggungjawab membuang bayi itu masih dicari dan kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyi kelahiran dengan cara membuang mayat secara sulit.

Jan 31, 2008

Mayat bayi separuh terbakar dijumpai di asrama UiTM

mstar

KUALA TERENGGANU: Seorang tukang sapu terkejut besar apabila menjumpai satu mayat bayi yang separuh terbakar di tempat pembuangan sampah di kawasan asrama Universiti Teknologi Mara (UiTM) Chendering, dekat sini.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah II Negeri, Supt K. Manoharan berkata berdasarkan keadaan fizikalnya, bayi itu dipercayai baru dilahirkan.

Tukang sampah berkenaan katanya, menjumpai bayi itu ketika sedang membakar sampah di kawasan tersebut.

Katanya jantina bayi itu belum dipastikan dan tali pusatnya masih melekat di badan.

"Setelah mendapati sampah di kawasan itu tidak terbakar sepenuhnya, tukang sapu terbabit telah menguis sampah di situ dan terkejut apabila menemui mayat seorang bayi di celah timbunan sampah itu," katanya.

Tukang sapu lelaki itu kemudian membuat laporan polis dan siasatan awal mendapati bayi itu lahir cukup bulan dan sempurna.

Manoharan berkata bayi itu dipercayai terbakar semasa tukang sapu itu membakar timbunan sampah sejak petang semalam.

Mayat bayi berkenaan dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah untuk dibedah siasat.

Posting terkini

Blog Archive