KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Showing posts with label Shahrizat Jalil. Show all posts
Showing posts with label Shahrizat Jalil. Show all posts

May 9, 2008

Gaji Shahrizat RM33 ribu sebulan

The image “http://www.nst.com.my/blogs/Ramadan/blog-pix/parents” cannot be displayed, because it contains errors.klpos - [...] ''Gaji dan elaun itu dibayar kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad; bekas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Jalil dan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Abdul Hamid Othman," katanya.

Beliau berkata demikian ketika mencelah semasa Ahmad Maslan (BN-Pontian) membahaskan usul menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong pada Sidang Dewan Rakyat hari ini.

Zulkifli mendedahkan, dalam jawapannya itu Perdana Menteri menyatakan Dr. Mahathir menerima elaun RM15,000 sebulan atau RM180,000 setahun atas pelantikannya sebagai Penasihat Petronas.

''Shahrizat menerima bayaran tahunan RM404,726.40 dan Abdul Hamid menerima RM549,675 atas pelantikan mereka sebagai penasihat kepada Perdana Menteri," katanya.

...selanjutnya [KLIK DI SINI]

Feb 13, 2008

Shahrizat Gentar Kelibat Nurul Izzah?

nahdah.wordpress.com


Semalam Malaysiakini melaporkan bahawa Puteri Reformasi, Nurul Izzah Anwar difahamkan bersedia untuk dicalonkan di Parlimen Lembah Pantai dalam Pilihanraya Umum akan datang,yang dijangka akan berlangsung dalam 2-3 minggu ini.

Maknanya, Izzah akan bertempur dengan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Sharizat Jalil sekiranya berita ini sahih.

Dan hari ini Shahrizat mengeluarkan satu kenyataan yang disiarkan melalui Bernama, bahawa pembangkang, khususnya KeADILan akan melalui laluan sukar di Lembah Pantai. more...

Jan 23, 2008

ASYIK MELANCONG


Bawa melancong: Cara Sharizat jaga penyokong?
klpos

Oleh Abdul Razak Ismail

KL: Lebih 30 orang pengerusi-pengerusi persatuan-persatuan penduduk di kawasan Parlimen Lembah Pantai dilaporkan telah ditanggung oleh pejabat wakil rakyat Parlimen Lembah Pantai untuk melancong secara percuma ke Incon, Korea selama 4 hari.

Ini yang telah diberitahukan oleh salah seorang pengerusi persatuan penduduk yang mahu namanya dirahsia kepada Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat Wilayah Persekutuan, Md. Zaman Md. Tasi pagi tadi.

Menurut pemberi maklum tersebut, seorang kakitangan pejabat wakil rakyat yang terletak di Bangsar Baru bernama 'Ani' telah menghubungi beliau beberapa hari lalu bagi menawarkan pakej melancong tersebut dan meminta beliau dan pengerusi-pengerusi persatuan penduduk yang lain berkumpul dengan paspot masing-masing di KLIA pada 11 malam ini.More...

Posting terkini

Blog Archive