matsamankati | ... Ingatkan hari tu dah OK dah, rupanya Hj. Hadi masih menyimpan dendam. Bila rancangan Program Ikhwan diLondon gagal, dia buat kenyataan. "Tidak ada perundingan dengan Umno, dan ini semua fitnah." Ustaz Nasha pun nak ambil tindakan terhadap webmasters dan blogger yang buat fitah ini! Last-last, baru mengaku, memang benar depa ada jumpa Umno. Cakap la siang-siang, pasai apa nak main sembunyi?
Apa beza antara Hadi dengan Anwar? Anwar buat terang-terang, nak tarik YB BN masuk Pakatan Rakyat supaya PR take over kerajaan. Hadi buat diam-diam, nak join Umno, lingkupkan PR. Itu saja beza nya.
Banyak orang kata, kenyataan Hadi dibuat sebab dah tak tahan dengan kerenah PKR dan DAP. Boleh labun la. Dah lama dah Hadi dan Nasha tak join program PR. Sejak program 5 MB diPerak dulu lagi, Hadi tak mau hadir dalam program PR. Dah lama dah dia tak minat dengan PR dan hanya menunggu isu-isu yang boleh digunakan untuk menegakkan apa yang dihajatinya. Bukan aku nak salahkan Hadi Awang, sebab sapa-sapa pun boleh merancang, tapi apa yang berlaku ialah takdir yang telah ditentukan. Sebahagian dari evolusi yang tak dapat dielakkan. Kalau Tuhan kata nak berpecah, maka berpecahlah ia. Isu-isu hanya menjadi penyebab.... selanjutnya.
Jul 12, 2008
Mesyuarat tergempar
Labels: Belit UMNO., TG Haji Hadi
cilok & ciplak by radenjowo 1 comments
Apr 11, 2008
Presiden PAS beransur pulih
Siasah
KUALA TERENGGANU, 10 April: Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang dimasukkan ke Hospital Sultanah Zahirah (HSNZ) di sini pagi tadi telah menghubungi sendiri Setiausaha Agung PAS untuk memaklumkan beliau sihat selepas diserang angin ahmar yang ringan sahaja dan boleh berjalan seperti biasa.
Beliau dibawa ke Hospital Sultanah Nur Zahirah selepas menunaikan solat subuh di rumahnya di Rusila pagi Khamis 9 April.
Menurut Setiausaha Akhbar Presiden PAS, Roslan Shahir, Presiden PAS itu menghubungi sendiri Datuk Kamarudin Jaffar di pejabat agung PAS di hadapannya kira-kira jam 9.30 pagi dan bercakap sendiri dengan Kamarudin.
"Oleh itu, tidak perlu bimbang, dia sihat dan akan bertugas seperti biasa selepas berehat beberapa hari," katanya.
(Gambar: Para pemimpin PAS menziarahi Abdul Hadi di HSNZ Kuala Terengganu.)
Labels: TG Haji Hadi
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Mar 24, 2008
Hormati keputusan Istana - Hj Hadi
"PAS yakin yang keputusan pihak Istana Terengganu itu bersandarkan ketidak-puasan hati Istana dan rakyat terhadap kepimpinan Menteri Besar yang lalu.
"Keputusan itu sudah pasti difahami dan diterima rakyat oleh kerana merekalah yang sebenarnya menanggung kesan langsung hasil dari ketidakcekapan dan kerakusan pimpinan negeri yang lalu," kata Ustaz Hadi dalam satu kenyataan medianya.
Beliau menyeru seluruh rakyat negeri Terengganu agar menghormati keputusan pihak Istana itu dan menyatakan pentingnya kerjasama yang dijalin antara antara rakyat dengan Istana.
"Sesungguhnya kerjasama antara rakyat dan Istana sangat penting, insya-Allah demi menjamin kestabilan dan kemakmuran negeri Terengganu Darul Iman," katanya. - Harakahdaily
Labels: TG Haji Hadi
cilok & ciplak by radenjowo 1 comments
