KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Showing posts with label Belit UMNO.. Show all posts
Showing posts with label Belit UMNO.. Show all posts

Nov 26, 2008

Kita semua perlukan Anwar Ibrahim

isuduniamelayu | ....Sejak kecil yang menjadi halwa telinga saya dan 12 orang adik beradik saya hanya cerita kehebatan dan perjuangan orang Melayu dalam mazhab UMNO. Hanya sejak 1998, penilaian semula saya lakukan terhadap untuk apa dan untuk siapa harus saya berikan undi saya.

Sejak kecil hinggalah awal 1970an (apabila ayah dipecat daripada UMNO) saya diheret ke hulu ke hilir mengikut ibu yang terpaksa menemani ayah untuk berkempen ‘Kapal Layar’ dan kemudiannya ‘Dacing’.

Tamat episod arwah ayah, disambung pula dengan agenda sepupu dan ayah saudara (abang kepada ayah) yang berkempen, bertanding dan bergelar YB di Tioman dan Rompin, juga dengan logo ‘Dacing’.

Persekitaran siasah Perikatan, UMNO dan Barisan Nasional diera keluarga dan zaman bergelar pelajar bersama beberapa sahabat debate team, Syed Omar Abdullah (bekas press sec.

Muhyiddin Yassin dan Secpol Syed Hamid Albar) dan rakan sebilik- Mohd Zain Ariff (bekas press sec Syed Hamid Albar) begitu menambat sunabari saya.

Haji Asmaon Ismail (bekas secpol. Muhyiddin Yassin dan ADUN Kota Tinggi) adalah rakan bertengkar larut malam yang selalu tidak bersetuju pabila saya mengiakan idea cetusan Anwar Ibrahim. Semua itu cerita dulu yang telah saya ‘period’kan sekitar tahun 1998. ... more.

Aug 19, 2008

Puteri Umno pantau blog 'nakal'


Mstar | Selain kempen dari rumah ke rumah, Pergerakan Puteri Umno turut mengambil pendekatan memantau beberapa blog yang boleh menjejaskan persiapan Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya kecil di Permatang Pauh 26 Ogos ini.

Naib Ketua Puteri Umno, Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata Puteri Umno telah menubuhkan satu unit teknologi maklumat (IT) bagi memantau blog-blog yang disifatkan sebagai 'nakal' itu.

"Kami sedar blog-blog ini sudah wujud dan mereka cuba menjatuhkan kredibiliti BN dengan pelbagai tuduhan dan tohmahan," katanya di sini hari ini.

Rosnah yang mengetuai jentera pilihan raya Puteri BN di Permatang Pauh berkata, pilihan raya umum Mac lepas membuktikan blog-blog seperti itu dapat menarik perhatian pembaca muda.

Katanya Puteri Umno menambah kekuatan jentera pilihan rayanya semasa tempoh berkempen sekarang.....seterusnya.

Jul 12, 2008

Mesyuarat tergempar

matsamankati | ... Ingatkan hari tu dah OK dah, rupanya Hj. Hadi masih menyimpan dendam. Bila rancangan Program Ikhwan diLondon gagal, dia buat kenyataan. "Tidak ada perundingan dengan Umno, dan ini semua fitnah." Ustaz Nasha pun nak ambil tindakan terhadap webmasters dan blogger yang buat fitah ini! Last-last, baru mengaku, memang benar depa ada jumpa Umno. Cakap la siang-siang, pasai apa nak main sembunyi?

Apa beza antara Hadi dengan Anwar? Anwar buat terang-terang, nak tarik YB BN masuk Pakatan Rakyat supaya PR take over kerajaan. Hadi buat diam-diam, nak join Umno, lingkupkan PR. Itu saja beza nya.

Banyak orang kata, kenyataan Hadi dibuat sebab dah tak tahan dengan kerenah PKR dan DAP. Boleh labun la. Dah lama dah Hadi dan Nasha tak join program PR. Sejak program 5 MB diPerak dulu lagi, Hadi tak mau hadir dalam program PR. Dah lama dah dia tak minat dengan PR dan hanya menunggu isu-isu yang boleh digunakan untuk menegakkan apa yang dihajatinya. Bukan aku nak salahkan Hadi Awang, sebab sapa-sapa pun boleh merancang, tapi apa yang berlaku ialah takdir yang telah ditentukan. Sebahagian dari evolusi yang tak dapat dielakkan. Kalau Tuhan kata nak berpecah, maka berpecahlah ia. Isu-isu hanya menjadi penyebab.... selanjutnya.

Mar 16, 2008

Ini Akibat Persempadanan Pilihanraya UMNO

Malaysiatoday

Tulisan ini bukan bertujuan untuk menikam keris umno kpd umno kembali. tetapi oleh kerana terlalu ramai yg mengeluh, melayu hilang kuasa, umno hilang kuasa etc, saya ingin membawa pembaca kpd sejarah. Kita tak perlu pergi jauh. Kita hanya perlu pergi 10 tahun yang lalu.

Sebelum 1999, sempadan pilihanraya adalah hampir mengikut keturunan. Pada masa itu org cina dilonggokan beramai ramai disatu tempat. Orang melayu pula diberi banyak kerusi. Pada masa itu, kiranya orang melayu pandai memilih, mereka akan mendapati bahawa pemerintah merupakan orang melayu yang kuat dan pembangkang juga merupakan pembangkang melayu yang kuat.

Malangnya ketotokan orang melayu, pada setiap pilihnraya, orang melayu hanya tahu memilih umno. Hingga timbullah bidaah bahawa hanya umno yang tahu memerintah. Hari ini kita juga tahu pemimpin umno amat pandai menghabiskan harta negara.

Kemudian datang tahun reformasi tahun 1998. Pada tahun berikutnya, tahun 99, PRU10 berlaku. Orang melayu pada masa itu berduyun duyun meninggalkan umno. UMNO terlentang kerana mata hitam@lebam pada masa itu. Cuma nasib baik pada masa itu orang cina pula yang membantu umno bernafas. Umno masih menang dengan nyawa nyawa ikan. Dan orang cina lah yang membantu umno.

... So jangan lupa bahawa orang cina pernah membantu umno. Pembangkang pada masa itu tidak sedikit pun memarahi orang cina. Pada PRU tersebut antara yang mendapat keuntungan ialah PAS dengan mula mendapat pengaruh dan kerusi kerusi di parlimen terutamanya.

Antara insiden nyata bagaimana orang cina menyokong umno ialah pada satu majlis pilihanraya dirumah PM Mahathir, hampir tidak ada orang melayu yang datang. Yang datang majoritinya orang cina dan juga juak juak mahathir. Itu menunjukkan bagaimana larinya orang melayu dari umno.

Pada tahun 2001-2002, kerajaan umno yang memerintah mula membuat persempadanan semula. Dengan teori bahawa orang cina akan sentiasa menyokong BN dan orang melayu tidak boleh dipastikan undi mereka, maka persempadanan semula telah memberikan Undi Penentu kepada orang bukan Melayu. Ianya mudah utk dilakukan. Ianya dilakukan dengan meletakkan kebanyakan tempat, undi melayu dalam lingkungan 65% dan 35% undi bukan melayu. Dengan itu keputusan pilihanraya akan ditentukan oleh undi orang bukan melayu. Persempadanan semula ini juga untuk memastikan PAS tidak berjaya didalam sebarang pilihanraya.

Pada hukum adatnya, dengan berbuat demikian, umno telah design satu persempadanan yang akan membuatkan umno akan menang sehingga hari kiamat. Tetapi manusia merancang ,Allah ada perancangan nya. Siapa sangka dengan apa yang berlaku pada PRU 12 ini. Ini menunjukkan bahawa utk orang Islam, iman ilmu pembacaan dan amal akan boleh merubah hati. Begitu juga utk orang bukan islam, nilai yg baik, ilmu pembacaan yg luas membuatkan mereka tidak jijik untuk mengundi PAS.

Ini juga menunjukkan kerakusan umno utk terus mendapat kuasa telah memakan diri mereka. Mereka sepatutnya memikirkan bahawa persempadanan yang terbaik ialah memastikan pemerintah melayu islam yang kuat dan pembangkang melayu islam yang kuat. tetapi kerana rakus, ianya dimusnahkan dengan memberi orang bukan islam sebagai 'decider'. Dan sekarang pejuang nasionalis melayu secara tidak langsung menyalahkan pengundi melayu terutama pengundi melayu muda.

Tetapi kita bersyukur dengan konsep 'nilai murni sejagat', memperjuangkan keadilan, jijik dgn rasuah dan kerenah pemimpin lupa diri, rakyat negara ini samada melayu cina india tidak segan dan tidak jijik utk mengundi pas pkr dan dap. cuma malang sedikit dap yg over excited (bukan dap tapi LKS dan LGE) telah sedikit spoil the party. Tapi jgn marah LKS sahaja kerana bekas menteri yg tak mahu turun juga biadap di perlis.

Penutupnya, keputusan PRU12 kali ini juga disebabkan persempadan yg telah umno design utk memastikan mereka menang hingga kiamat. Cuma pada kali ini SENJATA MAKAN TUAN.

Wallahualam.

hamdy

Feb 2, 2008

Adakah Lagi Pimpinan BN Yang Bersih?

anakbapa.

Saya ingat cerita paling lawak minggu ini ialah kenyataan Pak Lah semalam bahawa BN akan hanya memileh calun yang berwibawa untuk bertanding pada pilihanraya umum (PRU) akan datang. Saya ingat kalau beruk dan kera sekali pun yang dengar ucapan ini akan ketawa terbahak-bahak manakala kucing dan anjing ikut termuntah-muntah kerana begitu loya mendengar karut Pak Lah.

Ketika ditanya wartawan mengenai calun BN, Pak Lah cakap orang putih dan menyebut “we want clean candidates to represent us in the next general election ……” Tak tahulah saya kenapa diterjemah ke dalam bahasa Melayu “clean” jadi “wibawa”. Kalau saya terjemahkan “clean” tentulah jadi “bersih”. Soalannya, adakah pimpinan UMNO dan BN yang bersih. Kalau itu yang kehendakinya sudah tentu BN tidak mempunyai seorang calun pun untuk mewakili mereka di dalam PRU nanti. Baiklah, mungkin saya “exaggerate” sikit. Katakanlah ada tiga empat kerat calun BN yang tinggal kerana mereka agak bersih. Tapi satu yang pasti, Pak Lah dan Najib tak boleh bertanding kerana mereka tidak bersih. Malah menantu kesayangannya pun tak boleh bertanding. Mereka semua terpalit dengan najis kekotoran rasuah dan penyelewengan kuasa.

Sebenarnya kenyataan Pak Lah ini adalah respon daripada ucapan Dr. Mahathir sehari lebih awal bahawa beliau hanya akan menyokong calun yang bersih, lurus dan tidak rasuah. Mungkin kerana bimbangkan Dr. Mahathir sendiri akan berkempen menjatuhkannya di dalam PRU nanti disebabkan beliau tak berapa bersih, maka Pak Lah terpaksa meminjam kata-kata ini untuk diulangi di hadapan rakyat. Saya naik hairan dengan orang tua ini, samada dia tahukah apa yang diucapkannya. Mana ada pimpinan BN yang bersih. Sebenarnya yang BERSIH adalah pimpinan pembangkang dan NGO sebab itu mereka menyertai BERSIH dan berazam untuk membersihkan Malaysia daripada UMNO dan BN.

Si Najib pula turut memberi komen tentang calun BN akan datang mestilah terdiri daripada mereka-mereka yang “winnable” yakni boleh menang. Beliau menambah bahawa satu daripada sifat yang “winnable” ialah bersih dan berwibawa. Poooorah Najib! Kalau ini syaratnya engkau perlu ditolak awal-awal lagi. Pilihnaraya umum 1999 dulu pun engkau menang dengan undi pos lantas menjadikan engkau bukan wakil rakyat tetapi wakil pos. Sekarang bergelumang dengan segala najis rasuah, rasuah Sukhoi dan Scorpene, dan jangan lupa Altantunya, ada hati nak sebut dia bersih. Muntah lagi sekali nampaknya anjing dan kucing mendengar hasrat Najib.

Saya ingin menasihatkan Pak Lah dan kuncu-kuncunya di dalam BN tak usah berlagak alim kononnya mereka orang baik-baik kerana rakyat sudah cerdik dan nampak sangat sandiwara yang cuba diulangtayang sempena PRU ke 12 kelak. Kami semua sudah bertekad untuk mengalahkan BN di dalam PRU nanti tak kira apa jua janji manis kau orang.

Anak Bapa: Bila terbayang gelagat dan perangai Pak Lah, Najib, Khairy, Hishamuddin, Samy Vellu, Shahidan, Nazri, Khir Toyo, Idris Jusoh, Azlina, Zakaria Deros, …………………….. jangan kata kucing yang muntah, kita pun ikut sama termuntah. Ada hati pula mengaku bersih!!!!!

Jan 29, 2008

Mustapa Mohamed guna siswazah untuk kempen Umno Kelantan


Harakahdaily
Intan Abdullah

KUALA LUMPUR, 29 Jan(Hrkh) - Umno-BN Kelantan yang kini berada dalam keadaan tertekan meneruskan usaha bagi menakluk kembali kerajaan Kelantan daripada tangan PAS dengan menggunakan pelbagai cara.

Meskipun umum mengetahui sikap dan tindakan Umno-BN yang seringkali menggunakan jentera serta aset kerajaan sewenang-wenangnya untuk kepentingan mereka, hal ini sememangnya berterusan dan semakin ketara menjelang pilihan raya tidak lama lagi.

Terbaru, mahasiswa Kelantan semua Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dikerahkan menghadiri satu program, Pemantapan Siswazah di Jeli, Kelantan pada 26 hingga 28 Januari lalu.

Surat arahan daripada Setiausaha Politik Menteri Pengajian Tinggi, Dato' Mustapa Mohamed, Dr Azmi Setapa yang meminta setiap IPTA menghantar seramai 10 orang anak Kelantan ke program tersebut.

Menurut sumber, berdasarkan surat dan lampiran aturcara program yang diterima program tersebut seolah-olah bertujuan untuk memberi motivasi mengenai kaedah pembelajaran kepada mahasiswa Kelantan ini.

Namun, sebahagian daripada peserta ini berasa kecewa dan berasa tertipu apabila dimaklumkan untuk membuat culaan undi ke kampung-kampung dalam kawasan Jeli tersebut setelah para peserta ini tiba di tempat program..

Atas rasa tidak puas hati itu, ada yang bertindak pulang semula ke kampus masing-masing kerana tidak mahu meninggalkan kuliah pada 28 Januari yang telah dijadualkan untuk mereka menjalani tugasan menjalankan aktiviti culaan di Jeli.

Jan 27, 2008

TENTANG INDONESIA

Begini lah yang bakal belaku di negara kita. Terlekanya rakyat dengan janji kerajaan sehingga keadaan akan menjadi tidak terkawal. Kemiskinan bukan semakin pulih tetapi bertambah malang. 50 tahun UMNO dan BN memerintah, masih gagal untuk sejahterakan rakyat. Mahu tunggu sampai bila? Sampai anak dan cucu kita susah dilanda kemiskinan? Keputusan ditangan anda. Sebelum pilihanraya, "KAMI AKAN BANTU RAKYAT". Selepas pilihanraya, "RAKYAT JANGAN TERLALU BERGANTUNG KEPADA SUBSIDI KERAJAAN". Hanya mereka yang BODOH dan TOLOL sahaja akan mudah tertipu dengan muslihat kerajaan.

Takut berubah bermakna menempah masa depan yang suram. Ahli Politik dan pemimpin umpama LAMPIN kanak kanak. Perlu ditukar selalu. Jika tidak, lampin menjadi kotor dan bayi mendapat penyakit. Pemimpin BODOH, akan merosakkan negara dan rakyat. Segak seorang pemimpin bukan lambang kebijaksanaan tetapi topeng kebodohan. Mahu pemimpin yang bagaimana?














Posting terkini

Blog Archive