KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Showing posts with label UKM. Show all posts
Showing posts with label UKM. Show all posts

Oct 23, 2008

Remaja salah masuk dan salah lapur



Laporan keganasan pengawai UKM terhadap mahasiswa, Suhakam berdolak dalih


Suarakeadilan
| Suara Rakyat Malaysia (Suaram) bersama Gabungan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (GMUKM) telah menyerahkan memorandum kepada Suruhanjaya Hak Asasi Malaysia (Suhakam) mengenai kejadian kekasaran terhadap mahasiswa oleh pengawai keselamatan Universiti Kebangsaan Malaysua (UKM).

Majlis penyerahan memorandum tersebut diadakan di ibu pejabat Suhakam di Menara Tun Razak di Jalan Raja laut pada jam 3.00 petang dan memorandum diterima sendiri oleh Pesuruhjaya Suhakam, Dr Chiam Heng Keng.

Melalui memorandum tersebut, Suaram dan GMUKM mengutarakan isu daripada kejadian tersebut iaitu pengawai keselamatan UKM menyalahguna kuasa, bersikap kasar dan tidak profesional; testimonial pelajar yang dikasari oleh pengawai keselamatan tersebut; Menteri Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), Datuk Seri Khaled Nordin tidak menyalurkan bantuan semasa kejadian; dan penglibatan polis dalam menakut-nakutkan pelajar.... selanjutnya.
no2umno - Remaja salah masuk Universiti ... UKM (Universiti Kasar Malaysia), Lapuran pula sudah salah di serahkan kepada SUHAKAM (Suruhanjaya Hak Kekasaran Malaysia)

Jun 21, 2008

Gabungan mahasiswa dakwa UKM bukan lagi tempat selamat

harakahdaily - [...] Begitulah ungkapan yang timbul apabila Kes keselamatan semakin menjadi-jadi di beberapa buah IPTA akhir-akhir ini.

Kes terbaru berlaku semalam, 19 Jun, dalam satu kejadian rompakan di UKM.

Menurut sumber, sekumpulan tujuh lelaki yang menyamar sebagai anggota polis merompak wang tunai RM350,000 dari mesin pengeluaran wang automatik (ATM) CIMB Bank.

Ia seakan-akan mengimbau kembali peristiwa yang berlaku di Kompleks Perdana Siswa Universiti Malaya (UM) pada 28 Januari tahun lalu.

Dalam kes tersebut, sekumpulan lelaki yang dikenali sebagai geng Deva mengaku bersalah merompak wang tunai bernilai RM2.19 juta daripada pengawal keselamatan kira-kira pukul 1.40 petang di Kompleks Perdana Siswa UM.

Dalam satu kenyataan yang dihantar kepada Harakahdaily, sekumpulan mahasiswa yang menggelarkan diri mereka sebagai Gabungan Mahasiswa UKM (GMUKM) melihat isu keselamatan di UKM perlu dipertingkatkan lagi.

Menurut jurucakapnya, Ahmad Ali Abdullah, kes-kes tersebut adalah merupakan antara kes-kes lain yang berlaku di UKM sejak kebelakangan ini, selain kes samun, orang minyak dan curi motorsikal yang kerap kali berlaku di UKM.... selanjutnya.

May 10, 2008

Apabila isu Tan Hock Lim bergaji RM168ribu sebulan bergema di Parlimen

detikdaily - Saya dimaklumkan bahawa nama Prof Dr Tan Hock Lim pada 7 Mei lalu timbul dalam sidang parlimen apabila Ketua Pemuda PAS, Salahudin Ayub, yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian menimbulkannya. Serta-merta, sebagai bekas pensyarah UKM, saya teringat laporan berita Harakah yang membongkar bagaimana prof berkenaan diberikan gaji lumayah RM168,000 sebulan, dengan pelbagai keistimewaan yang tidak pernah dinikmati oleh mana-mana pensyarah UKM.

Kisah misteri Tan Hock Lim ini memang sudah lama dibangkitkan oleh tenaga pensyarah UKM yang prihatin, malah bila saya buat carian dalam internet, Harakah mula mendedahkannya sejak awal Oktober tahun lalu.

Saya harap, selepas Salahuddin membangkitkannya di Dewan Parlimen, pihak Menteri Pengajian Tinggi harus menjawabnya secara terbuka, tanpa berselindung lagi. Kita tidak mahu wang rakyat dibazirkan begitu sahaja, manakala tujuan pengambilan Tan Hock Lim langsung tidak tercapai. Di sini saya sertakan lampiran berita Harakah berkenaan:
...selanjutnya [KLIK DI SINI]

Mar 20, 2008

Kempen: UKM vs UITM

KUALA LUMPUR, 20 Mac (Hrkh) - Mahasiswa tahun dua kursus Sains Nuklear Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Mohd Arif Misrol baru-baru ini telah dikenakan tindakan buang kolej tanpa melalui sebarang prosiding mahkamah universiti kononnya di atas tuduhan menyebarkan risalah.

....4 Mac lalu, Pengurus Kolej Pendeta Zaa'ba beserta dengan 3 orang staf dan 2 orang AJK Kebajikan Mahasiswa (Jaksa) Kolej mendatangi Arif di biliknya.
Menurut sumber, pihak-pihak berkenaan bertindak menggeledah biliknya dan merampas 'card holder' kepunyaannya yang mengandungi kad pengenalan, kad matrik dan dokumen pengenalan diri yang lain kerana disyaki memiliki dan mengedarkan risalah haram itu.

Ekoran peristiwa itu, kata sumber berkenaan, satu laporan polis terhadap insiden tumbuk telah dibuat di Balai Polis Kajang pada 5 Mac lalu.

17 Mac lalu, Arif menerima surat penamatan penginapan kolej yang mengarahkan beliau secara serta merta mengosongkan bilik dan memulangkan kunci bilik berkuatkuasa pada hari yang sama. Bagaimanapun, surat tersebut tidak menyatakan dengan jelas mengenai kesalahan Arif.

"Surat itu juga ditandatangani Pengurus kolej tersebut dan bukannya ditandatangani oleh Pengetua sebagaimana lazimnya," kata sumber.

VS

Khairy Gempur UITM


buktinya sangat jelas. Khairy ada menyebut nama Ibrahim Abu Shah iaitu Naib Canselor UITM yang sememangnya terlibat dengan menipu pelajar-pelajar bahawa perjumpaan adalah sesi bersama Naib Canselor

KICK IBRAHIM ABU SHAH OUT!!!

Posting terkini

Blog Archive