no2umno - Remaja salah masuk Universiti ... UKM (Universiti Kasar Malaysia), Lapuran pula sudah salah di serahkan kepada SUHAKAM (Suruhanjaya Hak Kekasaran Malaysia)
Laporan keganasan pengawai UKM terhadap mahasiswa, Suhakam berdolak dalih
Suarakeadilan | Suara Rakyat Malaysia (Suaram) bersama Gabungan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (GMUKM) telah menyerahkan memorandum kepada Suruhanjaya Hak Asasi Malaysia (Suhakam) mengenai kejadian kekasaran terhadap mahasiswa oleh pengawai keselamatan Universiti Kebangsaan Malaysua (UKM).
Majlis penyerahan memorandum tersebut diadakan di ibu pejabat Suhakam di Menara Tun Razak di Jalan Raja laut pada jam 3.00 petang dan memorandum diterima sendiri oleh Pesuruhjaya Suhakam, Dr Chiam Heng Keng.
Melalui memorandum tersebut, Suaram dan GMUKM mengutarakan isu daripada kejadian tersebut iaitu pengawai keselamatan UKM menyalahguna kuasa, bersikap kasar dan tidak profesional; testimonial pelajar yang dikasari oleh pengawai keselamatan tersebut; Menteri Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), Datuk Seri Khaled Nordin tidak menyalurkan bantuan semasa kejadian; dan penglibatan polis dalam menakut-nakutkan pelajar.... selanjutnya.
Oct 23, 2008
Remaja salah masuk dan salah lapur
Labels: Belit Suhakam, UKM
cilok & ciplak by radenjowo 1 comments
Jun 1, 2008
Tindakan Polis Melampau - Suhakam
Suarakeadilan - [...] Persuruhjaya Suhakam, S Subramaniam dalam sidang akhbar di ibu pejabat Suhakam disini, 30 Mei lalu, mempersoalkan bagaimana seorang remaja yang tidak mampu mengacam nyawa anggota polis boleh dipukul bertubi-tubi tanpa belas kasihan oleh kumpulan anggota FRU terbabit.
Mengulas tindakan kejam polis di kejadian berkenaan, Subaramaniam berkata, pihak polis tidak sepatutnya menggunakan pendekatan tindakan sedemikian walaupun mereka mempunyai kuasa untuk bertindak.
“Ketika menjalankan tugas, mereka perlu mesra hak asasi dan kekerasan yang digunakan tidak mewajarkan (tindakan mereka). Jika polis mempunyai bukti yang mereka dilanggar oleh kereta tersebut, maka mereka perlu memberi nama-nama anggota yang cedera,” katanya lagi.
Beliau menambah, adalah “tidak masuk akal” bagi sekumpulan anggota FRU yang terlatih untuk “merasa terancam” oleh empat remaja yang tidak bersenjata.
Subramaniam, bagaimanapun berkata, sehingga kini pihak polis masih tidak dapat memberikan butiran terperinci mengenai mereka yang cedera dan dimana anggota polis tersebut dirawat.... selanjutnya.
no2umno - polis kata 'adil'... alasannya, sapa suruh berkumpul.Labels: Belit Polis, Belit Suhakam
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Apr 25, 2008
Hindraf desak Siva letak jawatan
malaysiakini - (...) Kira-kira 30 penyokong Barisan Bertindak Hak Hindu (Hindraf) berhimpun di Istana Negara pagi ini untuk menyerahkan memorandum memohon campurtangan Yang di-Pertuan Agong supaya membebaskan lima pemimpin Hindraf yang ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
Memorandum itu diserahkan kepada seorang pegawai Istana Negeri oleh Vwaishhnnavi, 5 - anak kepada pengerusi Hindraf, P Waythamoorthy.
Memorandun tersebut memohon bantuan Seri Paduka untuk membebaskan P Uthayakumar, M Manoharan, V Ganabatirau, R Kenghadharan dan T Vasantha Kumar - ditahan pada 13 Disember lalu kerana menganjurkan perhimpunan pada 25 November lalu serta membuat kenyataan yang didakwa berunsur hasutan terhadap kerajaan.
Seorang daripada mereka, Manoharan bertanding dalam pilihanraya umum 8 Mac lalu atas tiket DAP dan menang kerusi negeri Kota Alam Shah.
Beliau memperolehi 12,699 undi untuk menewaskan calon BN-Gerakan, Ching Su Chen yang memperolehi 5,515 undi.
Mereka ditahan di kem Kamunting untuk tempoh dua tahun kerana didakwa mengancam keselamatan negera.
Memorandum tersebut diserahkan kepada Seri Paduka ekoran satu laporan media yang menyebut baginda bersetuju dengan perakuan Lembaga Penasihat supaya mereka ditahan hingga tamat tempoh dua tahun. more...
Labels: Belit Suhakam, Hindraf
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Apr 24, 2008
Uthayakumar's claim of improper medical care untrue: Suhakam
nst - “The allegation that Uthayakumar was discharged from hospital while still being critically ill is untrue. The doctor who treated Uthayakumar has 20 years’ experience in treating those with diabetes. Dr Letchuman had allowed him to leave the hospital based on a professional opinion that the detainee’s health is fine,” he said.
Siva dismissed allegations that the Hindraf legal adviser was not given medicine for his illnesses. For families of the detainees to provide their own medicine, they will have to get the approval from the hospital and prison authorities.
“Approval will only be given if the hospital does not have the needed medication,” he said.
Labels: Belit Suhakam
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Feb 7, 2008
BUKAN TAK BERTARING ... TAPI TAK BERTELOQ
Jangan anggap Suhakam 'harimau tidak bertaring'
utusan Meloyatekak
KUALA LUMPUR 6 Feb. - Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) menegaskan badan itu bukannya 'harimau tidak bertaring' malah sentiasa cekap dalam melaksanakan tugasnya terutama mempertahankan hak asasi manusia.
Pesuruhjaya Suhakam, Datuk Dr. Denison Jayasooria berkata, Suhakam sentiasa turun padang memantau setiap insiden yang berlaku dan menyediakan laporan berhubung sesuatu kes itu sebelum diserahkan kepada Parlimen.
''Sebagai sebuah badan bebas, kita (Suhakam) tidak boleh membuat sesuatu keputusan malah hanya boleh berunding dan menyerahkan laporan kita kepada pihak-pihak berkuasa.
''Terpulang kepada orang ramai bagaimana mereka ingin menilai Suhakam. Apa yang penting Pesuruhjaya Suhakam turun padang dan melihat sendiri apa yang berlaku jika kita mendapat laporan berhubung sesuatu kes,'' katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
No2umno - Laaa....ada lagi ke SUHAKAM ni, ingat dah bungkus. SUHAKAM ni lebih baik jadi parti politik. Kalau lembu, dicucuk hidung. Kalau nak jadi harimau boleh tapi SUHAKAM lebih kepada HARIMAU yang lahirnya bercampur jantina. Jalannya Berkempit macam orang nak terkencing.
Wak nak ingatkan la...Kalau nak berjuang, tak kira tempat, masa dan agenda. Kalau perjuangan agenda terpilih baik tak payah. Perjuangkan KES BATU BUROK tu dulu!!! Kalau tidak, ubah SUHAKAM jadi syarikat, jalankan niaga bas, ganti RAPIDKL dan RAPIDPenang. Habis cerita. Cukup bulan ambil gaji. Jangan tak carup KWSP. Nanti pekerja mogok....weiiiiiii. Bila nak musim pilihanraya, semua settle, lepas tu majikan akan cari siapa dalang.....Biasakan?
Labels: Belit Suhakam
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
