KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Showing posts with label UMNO Bangang. Show all posts
Showing posts with label UMNO Bangang. Show all posts

Apr 23, 2008

MB DAN UMNO TERENGGANU LAYAK DIGELAR BADUT POLITIK

peguampas - Pengumuman Menteri Besar Terengganu berkaitan dengan isu royalti petroleum di Terengganu adalah jenaka politik yang terbaru yang dimainkan oleh UMNO Terengganu.

Secara tiba-tiba UMNO Trengganu melalui Menteri Besarnya menyatakan :-

" the time had come for the annual 5% oil royalty, which was withdrawn in 1999 when PAS captured the state and restored later as the Federal Government Special Fund,
to be fully managed by the state government to carry out more development projects.We want to be frank. We expect the (royalty) money to be given to us,” ( lihat Star 21 April 2008 )

( Terjemahan : Masa dah tiba untuk bayaran royalti minyak sebanyak 5% yang ditarik baik apabila PAS menawan negeri tersebut dan dikembalikan semula sebagai wang pembiyaan ehsan untuk diuruskan oleh Kerajaan Negeri bagi melaksanakan banyak lagi projek pembangunan. Kami ingin berterus-terang. Kami harapkan wang royalti diberikan kepada kami." )

Ha ha ! Secara tiba-tiba wang ehsan bertukar jadi royalti semula !! Bukankah dulu UMNO Trengganu sendiri merestui tindakan Dr Mahathir menghentikan pemberian royalti petroleum kepada Kerajaan Trengganu selepas Terengganu diambil alih oleh PAS. Di manakah suara Ahmad Said ketika itu ? more...

Mar 25, 2008

WE ARE A GANGSTER MY FRIEND

23 Ahli UMNO Terengganu Nak Letak Jawatan

Tangguh Pemilihan UMNO Sebab Semua Orang Tidak Berfikiran Waras?

Tangguh pemilihan UMNO
UtusanOnline
25/03/2008 2:23pm

PUTRAJAYA 25 Mac – Kesemua perwakilan Badan Perhubungan UMNO negeri yang menemui Presiden UMNO, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi baru-baru ini, mahu pemilihan parti yang dijadualkan pertengahan tahun ini ditangguhkan ke satu tarikh yang akan ditentukan kelak.

Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Muhammad Muhd. Taib berkata, tarikh berkenaan akan diputuskan pada mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) parti Khamis ini.

``Cadangan ini bagi mengelakkan `mala petaka’ kepada politik negara kerana dalam keadaan sekarang semua orang tidak boleh berfikir dengan waras,’’ katanya kepada pemberita ketika memulakan tugas sebagai Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah di pejabatnya di sini hari ini.

Rujuk: minda kembara

Mar 24, 2008

Ahmad Said remains defiant, will start work as MB tomorrow



ROYAL RENDEZVOUS: The limousine with Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin inside leaves Istana Terengganu in Jalan Kia Peng in Kuala Lumpur today, watched by the media horde. Tuanku Mizan had earlier gave an audience to Datuk Ahmad Said, the representative the Ruler picked as Terengganu Mentri Besar over Datuk Seri Idris Jusoh and triggered an impasse after Umno insisted that Idris was the rightful MB. It is believed that Ahmad held discussions with the Ruler to resolve the crisis behind his appointment. NST

KEJUTAN BUDAYA UMNO PADA BULAN MAC

The image “http://buletinonline.net/images/berita2/umnodemo1.gif” cannot be displayed, because it contains errors.

"Bukan Budaya Kita" Bulan Februari/Mac adalah Bulan Himpunan Haram UMNO!
dipetik: Buletinonline

Mar 15, 2008

UMNO KEMPEN SELEPAS PILIHANRAYA



UMNO Bahagian Kapar Jumaat malam mengadakan perhimpunan yang dihadiri lebih 3,000 orang bagi menyatakan pendirian UMNO Bahagian tersebut berhubung dengan penubuhan kerajaan negeri yang baru. Ketua UMNO Bahagian Kapar, Datuk Abdul Rahman Palil ketika berucap pada pehimpunan tersebut berkata, UMNO Bahagian Kapar akan menggerakkan jentera parti itu mengumpulkan data dan maklumat mengenai janji-janji yang dibuat oleh PKR, DAP dan PAS untuk dituntut pelaksanaannya. "Kita akan mengumpulkan senarai anak-anak yang diletakkan pusat jagaan bagi dituntut bayaraan sebanyak RM75 yang dijanjikan, kita akan kumpulkan senarai anak-anak di Tadika bagi dibayar RM50 sebulan seperti yang dijanjikan. Jika ini tidak dapat ditunaikan, kita gegarkan pejabat Menteri Besar Selangor kerana ini janji mereka," katanya sambil disambut tepukan hadirian yang melaungkan slogan Hidup Melayu dan Hidup UMNO. Rahman juga dalam ucapannya meminta ahli-ahli UMNO Bahagian itu terus berdiri teguh mempertahankan kepimpinan parti.
berita: agendoldaily

Kesian .... egh egh egh ....

Wak pun cari lah mana satu manifesto yang dimaksudkan ... maka terjumpa lah Manifesto PAS.....

Manifesto yang mempunyai 36 muka surat terdiri daripada 12 Teras, antaranya;

* Kerajaan Beramanah, Adil dan Bersih
* Pengurusan Berhemat (Pruden) Kekayaan Negara, * Jaminan Keselamatan Nyawa, Kehormatan dan Harta Benda dengan Membenteras Jenayah.
* Pendidikan Menyeluruh Pemacu Perubahan
* Jaminan Perkhidmatan Kesihatan Rakyat
* Kebajikan Pekerja Sektor Awam dan Swasta
* Pembelaan Kebajikan Menyeluruh Mesra-Rakyat
* Tawaran Istimewa Bagi Kaum Wanita
* Memajukan Industri Pertanian sekaligus Membela Kaum Petani dan Nelayan
* Dasar, Etika dan Amalan Media Massa Adil, Bersih dan Demokratik
* Pemuliharaan Alam Sekitar
* Dasar Perpaduan Nasional.

Dan kalian boleh nilaikan lah sendiri. Tak der pun apa yang Rahman Palil tu sebut ... dan Manfesto keadilan pulak .... Rahman palik ni nyusahkan wak je.



Mar 14, 2008

PERINGATAN: PERHIMPUNAN HARAM SALAH DISISI UNDANG UNDANG

UMNO BUAT PERHIMPUNAN HARAM DI KOMTAR

500 anggota UMNO dikatakan membuat perhimpunan HARAM di KOMTAR tengahari ini selepas waktu sembahyang Jumaat. Mereka melaungkan slogan, "Jangan sisihkan melayu dan 'jangan hapuskan DEB'.

Selepas diarahkan pihak polis, kira kira 15 minit selepas itu, perhimpunan itu bersurai. Tiada kejadian yang tidak diingin berlaku.

Perhimpunan itu dianjurkan oleh setiauasaha UMNO Pulau Pinang, Azhari Ibrahim memprotes tindakan Menteri Besar Lim Guan Eng yang telah membuat keputusan menghapuskan polisi Dasar Ekonomi Baru.

Awal hari ini, Ketua Polis Negara, Musa Hassan telah memberi amaran bahawa perhimpunan yang diadakan di Komtar itu adalah perhimunan haram. Tangkapan boleh dilakukan kepada mereka yang menurut serta.

Walau bagaimana pun, tiada tangkapan di lakukan.

Lapuran dari No2umnO - Wak sempat menemubual seorang peniaga berbangsa melayu menerusi talipon dan mereka mengatakan bahawa PERHIMPUNAN TERSEBUT adalah PERHIMPUNAN HARAM. Bukan budaya kita dan perhimpunan seumpama ini boleh merosakkan hubungan baik antara kaum dan mengganggu peniaga yang ingin berniaga. Rakyat juga ketakutan dengan bentuk budaya seperti ini dan diharap lain kali, UMNO boleh mengadakan perhimpunan selepas mendapatkan permit yang halal. Selain dari itu, pelancung juga tidak gemar dan bimbang dengan keadaan ini sebegini.

Oleh itu wak bagi pihak No2umnO ingin memberikan nasihat kepada Pemuda dan anggota UMNO agar mematuhi undang undang demi kesejahteraan rakyat Malaysia. BUKAN BUDAYA KITA !!! Perhimpunan adalah haram dan kalau tak caya tanpa Dollah BAdawi, Zam dan Musa Hassan. Tak lupa juga kepada NAzri Aziz.

Feb 28, 2008

PENYOKONG BN CELUPAR DI LEMPANG

KUANTAN: Seorang pemilik kedai makan di Rompin yang dipercayai penyokong kuat sebuah parti pembangkang bertindak menampar seorang pelanggannya kerana memperlekehkan parti yang disokongnya.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri Pahang, ACP T. Narenasagaran berkata kejadian itu berlaku kira-kira 9.30 pagi Selasa, di Jalan Muadzam Shah apabila pelanggan itu seorang jurutera elektrik meramalkan parti pembangkang akan mengalami kekalahan teruk pada pilihan raya umum kali ini.

Mangsa yang berusia 48 tahun, yang sedang berbual-bual di kedai berkenaan bersama beberapa pelanggan lain turut menyatakan keyakinannya bahawa Barisan Nasional akan mengekalkan kemenangan dengan majoriti yang lebih besar.

"Pemilik kedai berkenaan yang dipercayai hilang sabar dengan perbualan mangsa terus menghampiri dan menampar muka mangsa," kata Narenasagaran kepada pemberita di sini, Rabu.

Mangsa yang tidak berpuas hati dengan tindakan pemilik kedai terbabit kemudiannya membuat laporan polis.

Narenasagaran berkata polis sedang menyiasat kes itu. (Biasalah ... siasatan segera oleh POLIS)

Menyentuh situasi pilihan raya di Pahang, beliau berkata polis setakat ini menerima 10 aduan mengenai perbuatan merosakkan poster dan bendera parti di Temerloh.

Tindakan bersabit kesalahan khianat boleh diambil terhadap mereka yang melakukan perbuatan tersebut, katanya.

Feb 19, 2008

KHAIRY CUBA HAPUSKAN LEGASI MAHATHIR

Khairy sekat Mukhriz bertanding di Langkawi?
Harakahdaily
harakahdaily.

Menantu Perdana Menteri, Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang didakwa sebilangan anggota Umno mempunyai 'super power' dikhabarkan berusaha menyekat Dato' Mukhriz Mahathir menjadi calon bagi kerusi Parlimen Langkawi.

Semalam Bernama melaporkan Setiausaha Umno Bahagian itu, Mohd Saiful Mustafa mengeluarkan kenyataan menolak Mukhriz yang disifatkan 'calon dari luar'.

Saiful dilaporkan sebagai berkata, Mukhriz, anak bongsu Tun Dr Mahathir Mohamad bukan anak tempatan Langkawi dan tidak menganggotai Jawatankuasa Umno Bahagian itu.

Sebelum ini Mukhriz berkata, jika diberi peluang, beliau sedia bertanding bagi kerusi Parlimen Langkawi dalam pilihan raya umum 8 Mac ini.

Menurut Bernama, Saiful berkata majoriti masyarakat di Langkawi mahukan penyandang Dato' Paduka Abu Bakar Taib sekali lagi dipilih untuk bertanding bagi kerusi itu berdasarkan kepada prestasi perkhidmatan beliau.

Katanya 85 daripada 91 cawangan Umno di Langkawi menyokong supaya Abu Bakar dikekalkan.

Bagaimanapun ada sumber memberitahu, hanya 24 cawangan sahaja yang menandatangani petisyen yang disediakan oleh Saiful untuk menolak Mukhriz daripada mewakili pulau perlancongan terkemuka tersebut.

Seorang bekas Ketua Bahagian Umno di Kuala Lumpur ketika diajukan persoalan ini mengatakan kekesalannya, kerana orang-orang Umno di Langkawi tidak pernah mengenang budi Mahathir.

"Kalau tak kerana Mahathir siapa yang kenal Langkawi? Depa pun tak boleh cari makan," katanya melepaskan geram. more...

Feb 11, 2008

Makin hampir pilihanraya, makin 'bangang' kenyataan ahli UMNO

islamhakiki.blogspot

Pening dan pening dan pening....itulah yang terjadi kepada seluruh rakyat Malaysia kerana telah diputarbelitkan fakta oleh orang UMNO. Biasalah, dalam politik sesiapa sahaja yang terlibat pasti akan mengatakan partinya bagus. Tetapi jika nak kata bagus pun janganlah sampai kenyataan tak munasabah pula diberikan kepada media dan rakyat. Rakyat bukan semuanya bodoh, UMNO berani pada rakyat yang lemah pemikirannya, tetapi kepada rakyat yang bijak, cerdik dan waras, UMNO akan menggunakan kekerasan, ISA, buang daerah, sekat pinjaman itu ini dan sebagainya.

Kenyataan 'pening' mereka ini boleh kita baca dalam Berita Hairan dan juga Utusan Meloya. Memualkan!

Entah benar atau tidak isu terkini (Berita Harian online 11 Feb 2008) 5000 ahli PAS Besut masuk UMNO. Kerana tersedak dan terdesak, UMNO akan sanggup melakukan apa saja demi kepentingan mereka. Kena pula dikatakan abang kepada Pesuruhjaya Pas Terengganu, Datuk Mustapa Ali telah menyerahkan borang masuk UMNO kepada Deris Jusoh baru-baru ini.

"Perjuangan menegak Islam sebenarnya diusahakan Umno dan ini terbukti apabila pelbagai tuntutan dan suruhan Islam dilaksanakan kerajaan BN. "Kitalah berjuang untuk memastikan al-Quran diberi tempat sewajarnya dalam Islam, kita juga memastikan kanak-kanak pada usia enam tahun khatam quran...kita juga berjuang untuk memastikan kanak-kanak berusia empat tahun hafaz muqadam dan memastikan pelajar tingkatan tiga sekolah menengah menghafaz Quran.

"Pembinaan masyarakat ulul albab, pembinaan sekolah imtiaz, pembinaan masjid, pembinaan Taman Tamadun Islam (TTI) yang dilaksanakan mengambarkan bahawa Umno bersungguh-sungguh berusaha menegakkan Islam," kata Deris.

Terkelu juga membaca ulasan Deris tu. Bukan kerana kagum, tetapi geli ketiak rasanya sambil membayangkan Islamnya UMNO itu tanpa mengambil kira hukum Islam sebenarnya. Setakat pembinaan sekolah agama, masjid, anjuran majlis keagamaan dan sebagainya orang Yahudi dan Nasrani pun boleh buat. Malah lebih daripada itu Bush Laknatullah boleh laksanakan. Tetapi untuk apa? Untuk melemahkan orang Islam itu sendiri agar tidak bangun menentang ajaran Barat dan sekularisme yang mendarah daging dalam diri umat Islam secara majoriti di seluruh dunia. Apa pula pendapat Deris jika rakyat mahu melaksanakan ajaran Islam di dalam negara ini termasuk menjadikan Al-Quran dan Sunnah sebagai perlembagaan negara? Pasti kelam kabut Deris nak menjawabnya.

Sesungguhnya tiada yang ikhlas memperjuangkan Islam seperti yang dilakukan UMNO melainkan hanya untuk meraih undi rakyat. UMNO sanggup berpura-pura dan menipu Allah demi untuk memerintah negara ini.

Bersambung.....

Posting terkini

Blog Archive