KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Feb 28, 2008

PENYOKONG BN CELUPAR DI LEMPANG

KUANTAN: Seorang pemilik kedai makan di Rompin yang dipercayai penyokong kuat sebuah parti pembangkang bertindak menampar seorang pelanggannya kerana memperlekehkan parti yang disokongnya.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri Pahang, ACP T. Narenasagaran berkata kejadian itu berlaku kira-kira 9.30 pagi Selasa, di Jalan Muadzam Shah apabila pelanggan itu seorang jurutera elektrik meramalkan parti pembangkang akan mengalami kekalahan teruk pada pilihan raya umum kali ini.

Mangsa yang berusia 48 tahun, yang sedang berbual-bual di kedai berkenaan bersama beberapa pelanggan lain turut menyatakan keyakinannya bahawa Barisan Nasional akan mengekalkan kemenangan dengan majoriti yang lebih besar.

"Pemilik kedai berkenaan yang dipercayai hilang sabar dengan perbualan mangsa terus menghampiri dan menampar muka mangsa," kata Narenasagaran kepada pemberita di sini, Rabu.

Mangsa yang tidak berpuas hati dengan tindakan pemilik kedai terbabit kemudiannya membuat laporan polis.

Narenasagaran berkata polis sedang menyiasat kes itu. (Biasalah ... siasatan segera oleh POLIS)

Menyentuh situasi pilihan raya di Pahang, beliau berkata polis setakat ini menerima 10 aduan mengenai perbuatan merosakkan poster dan bendera parti di Temerloh.

Tindakan bersabit kesalahan khianat boleh diambil terhadap mereka yang melakukan perbuatan tersebut, katanya.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive