KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Feb 28, 2008

BN belasah Wartawan Metro dan BERNAMA

Dua wartawan dibelasah dalam ceramah BN
Bashir Ishak
Harakahdaily

KANGAR, 28 Feb (Hrkh) - Kejadian waratawan dibelasah ketika menjalankan tugasan mereka kelmarin membuktikan Umno-BN sebuah parti yang ganas dan tidak menghormati demokrasi dan kebebasan media.

Laporan Bernama memetik, dalam kejadian Selasa malam lalu, sekumpulan lelaki telah membelasan wartawan Harian Metro, Mohd Rashidi Karim,42 dan wartawan Berita Harian, Adha Ghazali, 30, yang sedang menjalankan tugasan mereka.

Mereka dilaporkan sedang membuat liputan kempen pilihan raya sebuah parti politik di Beseri.

Walaupun berita tersebut tidak menyebut nama parti politik yang terbabit,namun Harakahdaily mendapat pengesahan bahawa ceramah kempen pilihan raya itu membabitkan Barisan Nasional (BN).

Manakala sumber memberitahu pemimpin tertentu seperti yang dilaporkan yang menghadiri program tersebut ialah Dato' Seri Shahidan Kassim.

Kedua-dua wartawan terbabit telah membuat laporan polis di Balai Polis Beseri setengah jam selepas kejadian dan empat orang lelaki berusi lingkungan 40an telah ditahan.

Mengulas kejadian tersebut, Ketua Dewan Pemuda PAS Perlis, Ustaz Ya'akub Abu Seman menyifatkan BN sebagai sebuah parti yang bersikap angkuh dan tidak menghormati demokrasi, undang-undang serta kebebasan media.

Beliau membidas sikap biadap yang cuba ditunjukkan oleh penyokong BN tersebut dan katanya merekalah yang sering memulakan keganasan dan provokasi setiap kali berlangsungnya pilihan raya.

"Lebih buruk bila ianya melibatkan pihak media, apatah lagi mereka yang dibelasah itu wartawan arus perdana. Sikap sebegini memang layak digelar "orang utan".


"Kita kena ingat sebelum penamaan calon mereka juga yang cuba bertindak ganas apabila pemimpin mereka dikatakan tiada dalam senarai calon dalam pilihan raya sampai ke tahap cuba mengheret istana Perlis ke dalam kancah politik.

"Tidak kurang juga ada sesetengah penyokong BN yang bersikap biadap melakukan provokasi dan mengejek-ejek ketika melalui kawasan istana Arau semasa penamaan calon Ahad lalu," katanya.

Justeru beliau menyeru agar rakyat Perlis menolak parti yang suka bertindak ganas dan angkuh tanpa menghormati mana-mana pihak sama ada media, undang-undang negara hatta institusi beraja di dalam negara ini.

"Umno-BN sering menyebut ada pihak yang menaja keganasan tapi mereka yang memulakannya. Ini bukan budaya kita, tolak BN rakyat selamat," serunya. - mks

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive