KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Feb 28, 2008

Hadi Awang dibidas kerana keluarkan fatwa bukan-bukan

mstar

KEPALA BATAS: Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi membidas tindakan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengeluarkan pelbagai fatwa yang bertentangan dengan ajaran agama Islam dan mahu pemimpin Barisan Nasional (BN) tidak mengikut rentak parti pembangkang itu.

Perdana Menteri berkata sebagai seorang pemimpin sebuah parti Islam, beliau tidak seharusnya mengajar pengikutnya melakukan perkara yang tidak elok.

"Saya hairan kenapa presiden sebuah parti Islam boleh buat fatwa begitu. Ini ditegah oleh agama kita, tak kan dia tak faham. Kenapa mesti dia lakukan begitu.

"Dia memimpin sebuah parti Islam tetapi dia pimpin dan ajar orang buat tak elok. Dulupun dia keluarkan macam-macam fatwa juga. Dia rajin keluarkan fatwa sebenarnya," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis ramah mesra dengan warga pendidik di kawasan Kepala Batas di sini.

Abdullah berkata demikian ketika diminta mengulas "fatwa" terbaru yang dikeluarkan Abdul Hadi sempena pilihan raya umum kali ini, membenarkan semua calon PAS yang bertanding mengumpat, membuat tuduhan serta mendedahkan keburukan lawan masing-masing.

Akhbar hari ini melaporkan bahawa Abdul Hadi menyebut Islam membenarkan tindakan berkenaan kerana urusan memilih pemimpin merupakan satu perkara yang amat besar selain menepati sistem demokrasi moden.

Menurutnya, ia bertujuan untuk memastikan semua bakal wakil rakyat bebas daripada segala anasir yang boleh menjejaskan kredibiliti serta kewibawaan sebagai pemimpin.

Abdullah yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN), berkata amalan seperti itu tidak harus dicontohi oleh pemimpin BN kerana setiap individu harus menghormati individu yang lain.

Katanya dalam menjalin hubungan sesama manusia perlu ada perasaan saling hormat menghormati walaupun ideologi dan fahaman mereka berbeza.

"Buat apa kita nak ikut...tak pernah. Tengoklah apa yang saya cakap selama ini, tak kan saya pi maki hamun, pi mengata orang. Kita hormat pada orang lain yang tidak sama dengan kita, mesti ada kesopanan dalam hubungan sesama manusia," katanya.

Sementara itu di PENDANG, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata fatwa PAS itu ternyata menyimpang dari ajaran agama Islam.

Beliau berkata Islam melarang umatnya mendedahkan keaiban orang tetapi Abdul Hadi kini meminta anggota PAS mendedahkan keaiban orang.

"Mengaibkan orang itu adalah sesuatu yang tidak boleh dilakukan dan tidak diterima," katanya kepada pemberita selepas Majlis Bersama Masyarakat Felda Sungai Tiang.

Najib berkata dari segi politik, PAS seolah-olah menghalalkan segala-galanya walaupun Islam melarang umatnya berbuat demikian.

No2umno - hah dengar tu rakyat malaysia. Jangan dengar fatwa TG Hj Hadi seperti kata Abdullah Badawi. Dengar lah fatwa imam Hadhari. Ingat tu murid murid ..... tapi wak takder gambar lain, terpaksa guna gambar yang ada wajah Dollah.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive