almuslimin - Kes pelaburan Halliburton di wilayah Iskandar telah menarik banyak minat sehingga ia di sebut di parlimen. Halliburton adalah syarikat pelaburan Cheney, architect serangan ke atas iraq, yang telah mengeksploit se maksima darah ummat islam iraq untuk membuat keuntungan.Tahukah anda bahawa Halliburton telah berkerjasama dengan BLACKWATER untuk melindungi perniagaan nya. Dan tahukah anda bahawa BLACKWATER adalah pengganas upahan USA untuk membunuh ummat Islam Iraq. Blackwater boleh di katakan tentera salib upahan usa di Iraq dan Afghanistan.
Kes Halliburton memang menarik dan di USA , syarikat ini telah di siasat kerana ianya di kaitkan dengan pemberian kontrak secara tanpa tender kepada kroni kerajaan republikan Bush melalui penipuan . Halliburton mendapat tender 16 billion dollar melalui anak syarikat nya KBR dan keuntungan yang di perolehi selalu nya melalui contract yang di overcharge samaada memberi makan kepada tentera penceroboh, membina rumah mereka atau menggunakan lori untuk menghantar bekalan.
Didalam perjanjian Halliburton/KBR tidak di benarkan menggunakan perkhidmatan keselamatan untuk melindungi lori nya kerana ia adalah tanggunjawab tentera penceroboh usa. Namun begitu walau pun tanpa kebenaran tentera usa penceroboh , Halliburton telah menggunakan perkhidmatan syarikat PENGGANAS tajaan USA terkenal iaitu BLACKWATER untuk melindungi lori Halliburton . Blackwater merupakan pengganas upahan usa yang paling zalim, jahat , kejam dan celaka di dunia dan kumpulan ini lah yang menjadi kawan setia Halliburton.... selanjutnya.
May 24, 2008
halliburton Menggunakan Blackwater (pengganas upahan usa ) di Iraq
Labels: halliburton
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
May 22, 2008
Halliburton di Negara Islam Hadari
zul4kulim - Parlimen Malaysia dikejutkan pagi ini Rabu 15 J'Awal 1429/21 Mei apabila Timbalan Menteri MITI mengesahkan bahawa Syarikat Halliburton dari US diberi keizinan untuk melabur di Wilayah Pembangunan Iskandar [WPI]. Umum mengetahui Halliburton adalah syarikat Yahudi yang telah mengaut keuntungan berbillion dollar hasil penaklukan Iraq. Malahan kontraktor keselamatan Halliburton telah dilapur membunuh rakyat Iraq dengan sewenang-wenangnya. Mereka bertindak saperti koboi yang tiada langsung berperikemanusiaan.
Jadi sangatlah mengejutkan apabila Malaysia yang mendabik dada sebagai negara Islam Hadhari boleh membenarkan pembunuh kemanusiaan saperti Halliburton melabur hasil keuntungan haram mereka di negara ini. Apakah kita rela darah rakyat Iraq dihalalkan atas nama pembangunan ekonomi. Moga rakyat Malaysia membuka mata dengan perkosaan kedaulatan negara ini oleh golongan yang rakus ini. Umum mula memperkatakan tentang penguasaan WPI oleh Singapura. Terdapat dakwaan bahawa Singapura mendapat sokongan rejim Yahudi dalam pelbagai bentuk termasuk nasihat ketenteraan. Apakah kemasukan syarikat Halliburton ini sebagai sebahagian agenda Yahudi! Moga negara kita dilindungi ALLAH.
Adios
Zulkifli Noordin.
Labels: halliburton
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
