suarakeadilan - Sebuah syarikat bernama Hilliburton yang merupakan pembekal senjata terbesar kepada Amerika Syarikat sewaktu Perang di Iraq beberapa tahun yang lalu didakwa telah diberi lesen oleh kerajaan untuk membuka kilangnya di Johor. Perkara ini didedahkan di Dewan Rakyat dalam sesi soal jawab pagi tadi.
Syarikat yang diwujudkan sejak 1919, pada mulanya melabur dalam bidang minyak dan gas kemudiannya telah mula terlibat dalam industri persenjataan mulai tahun 1962, melalui pembelian syarikat Brown and Root atau singkatannya KBR.
Dalam Perang Iraq yang meletus pada 2003, KBR anak syarikat Hilliburton menjadi pembekal senjata kepada pihak tentera Amerika. Perang tersebut telah mengorbankan nyawa lebih 1 juta rakyat Iraq. Syarikat yang sama juga membekalkan senjata ketika Perang Teluk dan Perang di Balkan.
Bagaimanakah sebuah syarikat yang telah membunuh nyawa ramai insan yang tidak berdosa di Iraq boleh dibenarkan Kerajaan untuk membuka kilangnya di Malaysia?
Langkah kerajaan untuk tidak menyelidiki latarbelakang syarikat tersebut sehingga menyebabkan perkara ini berlaku dilihat tidak wajar dan menyinggung perasaan warga umat Islam khususnya Iraq. Tambahan pula Malaysia adalah merupakan Negara Islam. ... selanjutnya.
May 22, 2008
Kilang Syarikat Senjata Musnahkan Iraq di Johor?
Labels: palestin, UMNO Yahudi
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Apr 7, 2008
Dunia bertanggungjawab akibat daripada tidak peduli tragedi Gaza.
palestinkini - Pergerakan Hamas memberi amaran bahawa dengan sikap tidak ambil peduli akan masalah kemanusiaan di Gaza, negara-negara Arab dan komuniti antarabangsa akan menanggung akibat yang serius serta dunia harus dipertanggung jawabkan diatas kesan dariapda sikap ini.Didalam kenyataan akhbar yang diterima oleh PIC, jurucakap Hamas, Fawzi Barhoum, menggariskan kegagalan berterusan pihak Arab dalam mengambil langkah berani untuk menghapuskan sekatan keatas Gaza adalah hasil daripada tekanan pihak Amerika yang dikenakan kepada mereka.
“Kami ingin memberi peringatan bahawa dengan meneruskan polisi yang tidak adil ini keatas rakyat kami yang mengakibatkan tekanan yang amat serius kepada sejuta setengah rakyat Palestin di Gaza sepatutnya dapat dibaca oleh semua pihak, dan ianya tidak masuk akal dimana dunia terus menerus hanya melihat rakyat kami disembelih dan menamui ajal dengan cara ini”, kata Barhoum.Jurucakap itu menyeru kepada pihak antarabangsa and organisasi hak asai manusia untuk menghantar deligasi mereka ke Gaza untuk membiasakan diri dengan realiti situasi yang tragis ini. more...
Labels: palestin
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments