KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

May 22, 2008

Kilang Syarikat Senjata Musnahkan Iraq di Johor?

http://img99.imageshack.us/img99/5914/nowarforisraellarge1bu3.jpgsuarakeadilan - Sebuah syarikat bernama Hilliburton yang merupakan pembekal senjata terbesar kepada Amerika Syarikat sewaktu Perang di Iraq beberapa tahun yang lalu didakwa telah diberi lesen oleh kerajaan untuk membuka kilangnya di Johor. Perkara ini didedahkan di Dewan Rakyat dalam sesi soal jawab pagi tadi.

Syarikat yang diwujudkan sejak 1919, pada mulanya melabur dalam bidang minyak dan gas kemudiannya telah mula terlibat dalam industri persenjataan mulai tahun 1962, melalui pembelian syarikat Brown and Root atau singkatannya KBR.

Dalam Perang Iraq yang meletus pada 2003, KBR anak syarikat Hilliburton menjadi pembekal senjata kepada pihak tentera Amerika. Perang tersebut telah mengorbankan nyawa lebih 1 juta rakyat Iraq. Syarikat yang sama juga membekalkan senjata ketika Perang Teluk dan Perang di Balkan.

Bagaimanakah sebuah syarikat yang telah membunuh nyawa ramai insan yang tidak berdosa di Iraq boleh dibenarkan Kerajaan untuk membuka kilangnya di Malaysia?

Langkah kerajaan untuk tidak menyelidiki latarbelakang syarikat tersebut sehingga menyebabkan perkara ini berlaku dilihat tidak wajar dan menyinggung perasaan warga umat Islam khususnya Iraq. Tambahan pula Malaysia adalah merupakan Negara Islam. ... selanjutnya.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive