takgedebe - Setelah Batu Putih diambil Singapura, maka heboh lah kita tentang Pulau Pisang tang tidak dijaga oleh tuannya, malah dibiarkan Singapura buat macam harta sendiri. Walhal perjanjian pengurusan rumah api di Pulau Pisang tersebut dimeterai sejak zaman Sultan Ibrahim lagi.
Terdapat 2 persoalan di sini:
1.Sebagai bukan orang marin, saya tertanya2 apakah rumah api masih relevan pada zaman GPS ini? Kalau masih relevan, memandangkan rumah api yang ada ini sudah termasuk kategori antik, jadikan saja ia warisan negara atau kata lainnya sebagai muzium. Oleh itu perlulah terlebih dahulu didirikan rumah api baru serba canggih yang diurus sendiri oleh Malaysia, kerana perjanjian urusan rumah api oleh Singapura hanya melibatkan rumah api yang ada sekarang.
2.Kenapa kerajaan Johor liat sangat untuk membenarkan Pulau Pisang ini dimajukan? Sedangkan tanah di pulau tersebut ada geran bermakna ada pemilik. Dulu heboh sangat dengan eco-tourism, kenapa tak diteruskan memandangkan fauna dan flora di pulau tersebut memang unik?
Atau apakah kita bersikap lewa kerana pulau ini tidak ada comercial value?
Atau ada agenda lain?
Cuba lihat peta di bawah. Kalau digabungkan Pulau Pisang dengan WPI dan Pulau Batu Putih, Singapura boleh melupakan saja projek reclamation yang giat dibuat untuk memperbesarkan tanah di pulau tersebut.... selanjutnya.
selanjutnya .....
Jun 14, 2008
Petrol naik..... apakah ada agenda lain?
Labels: batu puteh, Bongkar, Minyak naik, pulau pisang
cilok & ciplak by radenjowo 1 comments
Jun 8, 2008
Cukup Jantankah Kerajaan kita?
Baru sahaja Batu Puteh di rampas Singapura, kini isu yang sama berlaku di Pulau Pisang. Rumah api yang sejak dulu menjadi senjata cukup kuat di dalam perebutan pulau. Kalau tergadai Batu Puteh dengan mudah, kini Pulau Pisang .. bakal berdepan dengan situasi yang sama. Adakah kerajaan mampu berbuat sesuatu, atau bertindak pasif seperti selalu. Atau kerajaan Malaysia tak cukup jantan?
Ambil alih rumah api Pulau Pisang
Katanya, beliau telah menyuarakan permintaannya itu kepada Menteri Luar Datuk Seri Dr Rais Yatim, agar Malaysia memulakan dengan segera usaha rundingan dengan Singapura.
"Kita berharap suatu hari nanti, menerusi perundingan diplomatik dengan Singapura, rumah api Pulau Pisang ini akan diserah milik kepada Malaysia dan ia (rumah api) boleh menjadi tarikan pelancong ke pulau ini.
"Datuk Seri Rais nampaknya bersikap positif terhadap cadangan itu,(Malaysia memulakan rundingan)," katanya dalam sidang akhbar di perkarangan rumah api Pulau Pisang.
Menurut laporan Bernama, rumah api Pulau Pisang setinggi 53 meter yang kini diuruskan kakitangan Pihak Berkuasa Maritim dan Pelabuhan Singapura terletak kira-kira 1,000 meter dari paras laut. - Malaysiakini
Labels: pulau pisang
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
May 31, 2008
Kerajaan tak jaga Pulau Pisang?
Pulau Pisang transit seludup manusia?
utusmeloya - Kerajaan disaran mendirikan sebuah pangkalan polis marin di Pulau Pisang bagi membanteras kegiatan penyeludupan masuk rakyat asing dan barangan dari negara jiran yang didakwa kerap berlaku di pulau itu.
Ini kerana pulau yang terletak hanya sejam perjalanan menggunakan bot nelayan dari tanah besar itu didakwa telah dijadikan transit oleh sindiket penyeludupan manusia dan barangan sejak 10 tahun.
Utusan Malaysia difahamkan, kebiasaannya kegiatan itu dilakukan ketika ketiadaan bot peronda penguat kuasa di kawasan pulau berkenaan terutama waktu malam.
Seorang nelayan, Zulaizat Md. Ali, 47, berkata, beliau telah beberapa kali ternampak sekumpulan rakyat asing sedang berteduh di Pulau Pisang ketika ketiadaan bot peronda.
"Mereka berada di situ untuk tempoh beberapa hari sebelum menuju ke Pontian, Batu Pahat atau Muar," katanya.
Bagaimanapun, menurutnya, nelayan tidak berani melaporkan perkara itu kepada pihak berkuasa kerana bimbang akan keselamatan ketika menangkap ikan.... selanjutnya.
No2umnO - Ramai rakyat tak tahu bahawa selama ini pulau pulau di biarkan sepi tanpa kawalan. Bila dah diambil orang, baru bak kecoh. Selepas cerita batu puteh bermula pada 30 tahun yang dulu, sehingga sekarang, tiada sebarang tindakan berjaga jaga terhadap pulau pulau yang mungkin berhadapan dengan nasib yang sama. Nasib Pualu Pisang antara salah satunya. Masih tak sedar agaknya kerajaan ni?Labels: pulau pisang
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
May 26, 2008
Bangunkan P. Pisang
utusmeloya - [...] Katanya, jika ia dibiarkan tanpa sebarang pembangunan sama ada oleh Kerajaan Persekutuan atau negeri, ia dibimbangi boleh membawa kepada satu lagi tuntutan bertindih.
“Ini kerana Pulau Pisang kini menempatkan rumah api yang diuruskan oleh pemerintah Singapura seperti mana yang mereka jalankan ke atas Batu Putih sejak sekian lama,” katanya kepada Utusan Malaysia selepas merasmikan Mesyuarat Agung Perkumpulan Wanita (WI) Johor, di sini, semalam.
Oleh itu katanya, Kerajaan Pusat atau negeri perlu merangka pembangunan di Pulau Pisang sebagai mengambil iktibar daripada keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) terhadap Batu Putih yang kini menjadi milik republik itu.
“Cukuplah Singapura mempunyai hak ke atas Batu Putih dan menyerahkan sepenuhnya operasi rumah api di Pulau Pisang kepada Kerajaan Malaysia,” tegasnya.
Menurut beliau, Pulau Pisang yang mengandungi empat buah pulau kecil dengan keluasan 178.4 hektar jauh lebih besar daripada Batu Putih yang saiznya hanya 0.1 hektar.... selanjutnya.
No2umnO - Apa bangun bangun .... jualkan je....!!! Dah terhantuk baru nak terngadah.
Labels: pulau pisang
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
