klpos | ...Hari ini reformasi juga sudah menjadi genre lagu politik nyanyian hampir segenap lapisan pimpinan Umno. Kalau dulu perkataan ini begitu traumatik buat mereka, hari ini mereka berebut-rebut untuk menyebutnya.
Ya, perubahanlah yang dimahukan rakyat, perubahanlah yang dituntut rakyat. Perubahan juga yang dimahukan ahli Umno, maka Umno perlu dipimpin Presiden baru, Timbalan Presiden baru, Ketua Pemuda baru dan Ketua Wanita baru.
Tetapi jika perubahan yang dimahukan rakyat itu A dan perubahan yang dimahukan ahli Umno itu B, apakah A=B? Saya rasa satu ujian hipotesis perlu dilakukan.
Apa yang berubah bila Umno nanti diubah presidennya dari Abdullah Ahmad Badawi kepada Najib Tun Razak (yang dituduh berkendak dengan Mendiang Altantuya Sharibu - sekurang-kurangnya inilah yang terkandung dalam akuan bersumpah pertama Bala si penyiasat persendirian itu, juga belum reda isu Sukhoi dan Scorpene, muncul pula Eurocopter)?
Apa pula harapan perubahan yang disandarkan oleh akar-umbi Umno Selangor kepada orang seperti Muhammad Muhd Taib yang terus dikenang sebagai orang yang suka membawa duit tunai yang banyak? ... selanjutnya.
Oct 17, 2008
Reformasi Umno menjelang PAU 09, 'signal' salah dari ahli parti
Labels: reformasi 2
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Sep 3, 2008
Kemana hala tuju pejuang reformasi?
Reformasi !!! .. Kah kah kah 10 tahun perjuangan reformasi berakhir pada tahun ini, reformist cuba untuk menjadi ahli perniagaan. Cewaahhh ... nak berniaga konon.
Secara logiknya, sesiapa yang tak punya syarikat, mula mendaftar. Yang tak punya baju kemeja, sekarang kena beli tali leher. Terkais kais kerana sebelum ini hidup mereka di tengah jalan. Bila DS Anwar di serang, mereka duduk di depan. Di belasah cota, di pancut air kuning dan ada yang di penjara. Ramai juga yang putus semangat kerana masalah keluarga. perjuangan tak ada matlamat. Kononya nak ubah kerajaan, tapi reformis membabi buta tak der haluan dan tujuan.
Kini kerajaan dah bertukar. UMNO di beberapa negeri berjaya di gulingkan. Style kena berbeza. Reformis berjinak jinak dengan kontrak dan cuba mendapat peluang dari kerajaan baru. Kerajaan yang kononnya berkebajikan dan mengekonomikan rakyat.
Tapi .... Nak masuk kontrak kena ada Syarikat yang siap mempunyai Kementerian Kewangan, Lesen kontrak dan sebagainya. Reformist geleng kepala. Semuanya baru pada mereka. Maklumlah, ini lah masa untuk untuk dapat sedikit peluang untuk membayar hutang yang sudah bertompok tompok sejak dulu.
Mac 2008, Kerajaan pakatan rakyat dah menang. Menteri Besarnya terdiri dari pemimpin Pakatan Rakyat. Reformis beranggapan, tika susah sama susah dan tika senang sama senang. Kalau ada syarikat mesti kerajaan boleh bantu. Takkan diorang tak kenal muka. Masuk paper, kena gari ... muka dah cukup famous.
Pendaftaran syarikat memakan masa 2 minggu. Lepas tu memohon Kementerian kewangan terlalu banyak karenahnya. Syarat syarat nya mesti cukup. Kakitangan mesti ada EPF dan SOCSO, akaun bank dan wang perlu ada.
Alamat pejabat, No tel, No fax dan email mesti ditulis dalam borang. EPF, SOCSO dan penyatan akauan bank syarikat mesti cukup 3 bulan. Kurang dari tu .... kementerian tolak permohonan.
Syarikat yang cukup dengan prasyarat sebagai kontraktor perlu di daftarkan ke PBT PBT untuk berpeluang membeli borang borang tender.
Semua tu perlu tempoh dan kita anggarkan tempoh yang perlu untuk menyiapkan semua syarat tersebut, adalah seperti berikut,
Tempoh yang di perlukan untuk menyiapkan semua prasyarat dan keperluan adalah sekitar 6 bulan. Maknanya selepas kemenangan Pakatan Rakyat pada Mac, hanya pada bulan September baru semua sudah siap. Itu pun kalau cukup modal? Sedangkan semua modal dah selesai ketika berkempen membantu Pakatan Rakyat untuk menang tempoh hari ...
- Tubuh Syarikat - 2 minggu
- Kakitangan [EPF dan Socso] - 3 bulan
- Buka akaun bank - 2 minggu
- Penyatan akaun - 3 bulan
- Permohonan Kementerian Kewangan - 1 bulan
- Pendaftaran ke PBT - Seminggu
Di dalam tempoh 5 bulan pertama pemerintahan Pakatan Rakyat, banyak tender dah keluar. Kontrak bertempoh seperti mencuci kawasan dan pembersihan dan keluar sejak selesai di agih agihkan sejak bulan April lagi.
Kontrak bertempoh untuk 2 tahun dan 3 tahun mereka dah terlepas. Semuanya di belasah oleh kontraktor kontraktor lama. Yang baru dan terkial kial ni kena tunggu lagi 3 tahun untuk kontrak itu di buka semula. Reformist tongkat dagu pening kepala. Walau semangat juang mereka tinggi, cuma peluang tak der. Sekarang ni waktu tengok orang lain mengorek peluang yang ada, menjejeh air liur sambil tongkat kepala.
Siapa yang dapat ... tentu UMNO lagi. Pokoknya, kemenangan Pakatan Rakyat tidak menjanjikan kebahagiaan kepada pejuang reformasi. Baik korang duduk kat rumah, buat ketupat untuk jual bila nak dekat raya. Itu antara perniagaan yang tak perlu ada kementerian kewangan dan lesen kontrak.
Reformis perlu kekal sebagai reformis. Modal tak der, syarikat pun tak punya. Bila Pakatan Rakyat perlukan korang ... korang datang. Bila tak perlu ... korang duduk jauh jauh. Tiada siapa perjuangkan hak kalian selain diri sendiri. Jawatan tinggi di dalam kerajaan negeri pun korang tak boleh dapat kerana kelulusan tak der, otak pun tak berkualiti. Korang cukup dengan duduk di tepi jalan, kena simbah dan kena belantan pihak FRU. Bercerai berai, pokai dan papa kedana memang label yang korang kena guna. Itu lah nasib reformis.
Ini lagi cerita menarik tentang rakyat dan kerajaan baru KLIK SINI.
Labels: reformasi 2
cilok & ciplak by radenjowo 3 comments
Jul 20, 2008
Reformasi bergema semula?
umnoreform | ...memimpin perlu berhati-hati. Sebarang langkah yang tidak menampakkan ketelusan perlu diselesaikan agar rakyat yakin atas sebarang tindakan yang mahu diambil ke atas Anwar Ibrahim biar dia berada dipihak yang benar atau tidak.
Apa yang ada hari ini adalah keyakinan mereka yang menyokong Anwar Ibrahim terhadap sistem yang ada. Mereka mencurigai kerajaan. Mereka mencurigai badan kehakiman dan Jabatan Polis. Adakah salah mereka mencurigai kedua-dua badan ini? Sekiranya Polis Di Raja Malaysia tidak diragui, pasti Anwar tidak akan mendapat sokongan. Pasti mereka yang menyokong Anwar akan menyerahkan kepada polis secara keseluruhan untuk menyiasat kes ini. Sehingga hari ini, yang menjadi masalah ialah kepercayaan mereka terhadap Institusi ini. Mereka ragu campur tangan kuasa-kuasa politik dalam isu ini.
Adakah mungkin mereka yang terlibat dalam reformasi tahun 1998 lupa. Kalau golongan reformasi sewaktu itu berumur 30 tahun – hari ini mereka berusia 40 tahun dan pasti ingatan mereka masih segar lagi. Mereka pasti sedar dan bertanyakan khabar Azizan Abu Bakar yang membuat tuduhan liwat pertama. Apa pula khabar Umi Halfida yang membawa cerita anak Azmin Ali itu adalah anak Anwar Ibrahim? Bagaimana pula Lim Kong Boon, pakar DNA – membuang sampel dan akhirnya proses itu dibuang oleh mahkamah. Bagaimana pula Agustine Paul ?... selanjutnya.
Labels: reformasi 2
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
