KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Dec 15, 2007

KENYATAAN KHIR TENTANG RIMBA JAYA

Rujukan: KUALA LUMPUR, 9 Dis (Bernama)
Berikut transkrip penuh wawancara itu:

Menurut Khir: Masalah di Kg Rimba Jaya pula, ramai yang salah faham mengenai tindakan merobohkan kuil di kawasan itu yang dikatakan dilakukan sebelum Deepavali. Sebenarnya kita telah menghentikan perobohan kuil itu sebelum Deepavali lagi dan hanya diteruskan selepas lima hingga enam hari perayaan itu, iaitu pada 15 November 2007.

Isu kuil ini ramai tidak faham, saya ingin menjelaskan bahawa tanah ini merupakan tanah milik swasta, yang dimiliki rakan kita dari kaum Cina, Syarikat Ho Hah Development Sdn Bhd pada 1977.

Pada 1988, Ho Hah mendapat keputusan mahkamah untuk mengeluarkan setinggan di kawasan ini, termasuk kuil dan bangunan yang lain tanpa sebarang pampasan.

Pada 2003, syarikat ini disenarai hitam (kerana bankrap) dan kita cuba selesaikan masalah kerana sebahagian besar setinggan kerap bertanya kepada kerajaan apa akan jadi pada mereka. Masalahnya tanah ini bukan tanah kerajaan, sebaliknya tanah persendirian, maka adalah tidak munasabah jika kerajaan memberikan tanah tersebut kepada mereka dan syarikat itu pula telah dimasuk dalam senarai hitam. Maka kerajaan negeri berbincang dengan beberapa syarikat termasuk PKNS, maka syarikat yang berjaya ialah Kem Rimba Jaya yang menawarkan untuk membeli tanah RM2.5 juta.

Tetapi kerajaan negeri juga mensyaratkan jika mahu membeli kawasan tersebut, perlu menyediakan kawasan rumah untuk setinggan yang tinggal di situ, tapak untuk rumah ibadah, dan dua lagi tadika, iaitu tadika KEMAS dan tadika untuk masyarakat India.

Mereka juga diwajibkan untuk menyediakan sebuah dewan tempat perhimpunan orang ramai. Syarikat itu bersetuju untuk menyediakan semua keperluan kerana kerajaan negeri amat prihatin dengan mereka yang tinggal di setinggan sebab itu walaupun kerajaan Persekutuan menetapkan bayaran bagi rumah kos rendah RM45,000, kerajaan negeri menurunkannya lagi kepada RM35,000 dan duit perpindahan bayaran sewa untuk dua tahun dan sebagainya.

Apabila syarikat setuju dan kita tawarkannya kepada setinggan, ada 1,220 keluarga setinggan yang tinggal di situ, dan ada sebuah surau dan sebuah kuil besar serta dua buah kuil kecil.

Apabila telah setuju, kira-kira 800 daripada 1,000 lebih keluarga itu setuju untuk terima, dan mereka ini berpindah ke kawasan perumahan milik kerajaan, rumah pangsa Seksyen 26, Kampung Baru Hicom.

Maka mereka tinggal dan sewa terpaksa dibayar oleh syarikat (Kem Rimba Jaya) dan oleh kerajaan negeri. Apabila hendak ambil tindakan pada 2003, kita tidak boleh ambil tindakan kerana mereka ambil tindakan mahkamah, jadi kita tunggu sampai 2005 pun tak boleh lagi. Jadi sewa ini terpaksa dibayar oleh kerajaan dan pihak syarikat.

Kemudian pada tahun 2007, kita bawa kes ini kepada Mahkamah Rayuan, dan hakim secara consensus menolak keputusan hakim mahkamah sebelumnya. Dan kita mengambil tindakan sewajarnya dengan berbincang dengan pemilik kuil.

No2umnO - Kita diajar untuk bertindak adil. Pemimpin mahupun rakyat. Kalau pemimpin memberikan pelbagai alasan mereka, kita tidak perlu percaya 100%. Kita sudah tahu hakikat bahawa media adalah milik mereka. Mungkin ada rakyat yang terus mempercayai apa kata pemimpin, itu tidak mustahil. Tetapi keterangannya tidak disertakan sebarang bukti dan fakta.

Kalau bijak sangat pun KHir Toyo di dalam segi menghafal, bukti adalah penting untuk ditunjukkan kepada rakyat. Rancangan yang disiarkan tersebut, lebih kepada sessi penerangan sebelah pihak. Kita tidak dengar apa kata mangsa di Rimba Jaya. Apa yang kita tahu adalah apa yang Khir Toyo katakan. Mungkin ada betul dan mungkin tidak. Kita tidak boleh membuat sebarang keputusan.

Kita sering kata pemimpin tidak adil. Tetapi sedar kah kita bahawa mempercayai hanya satu pihak menyebabkan kita tergolong kepada golongan mereka juga. Kalau kita mahu menjadi lebih adil di dalam memerikan pendapat, kita perlu sedikit rajin untuk mencari keterangan dari pihak lain. Memberikan kepercayaan kepada apa yang diterangkan oleh Khir Toyo menjadikan kita bodoh di dalam membuat pertimbangan.

Berpendapat biar lah berfakta. Agar kenyataan tidak disanggah.



Berpendapat biar lah berfakta. Agar kenyataan tidak disanggah.

Writ of habeas corpus filed for Manoharan (Malaysiakini)

via presentpowerpoint

IPOH: A writ of habeas corpus for the release of lawyer M. Manoharan from detention under the Internal Security Act (ISA) has been filed. DAP national chairman Singh, who is acting as lawyer for the detainee, said the application was filed at 4.30pm at the High Court here Friday. The High Court here fixed next Wednesday to mention the case, in which the Internal Security Minister and head of the Kamunting detention camp have been named as respondents. Karpal Singh said the two-year detention order issued by the Internal Security Ministry was unconstitutional and invalid. He said the detention order was not done in accordance with Section 73 of the ISA, which requires police investigations and recommendations to be given to the Internal Security Minister within a period of 60 days before a detention order is issued. During the 60-day period, he said, a detainee would be allowed to put up his defence before the Minister made a decision on the detention order. Manoharan, who was detained at 2pm on Thursday in Kuala Lumpur, is already put under a two-year detention order, which was handed to his wife V.N.S Pushpaneela when she visited Manoharan at the Kamunting detention camp in Taiping Friday morning.

“For the first time in the legal history of the ISA in Malaysia, a two-year detention order has been issued against a detainee without the initial 60-day period,” said Karpal Singh. “The order made by the Minister is defective,” he added. Manoharan and V. Ganabatirau, who are DAP members, are among five who were detained under the ISA on Thursday. The other three are lawyers P. Uthayakumar and R. Kenghadharan, and Hindraf coordinator T. Vasanthakumar.

Earlier at 10.30am yesterday outside the gates of the Kamunting detention camp in Taiping, Karpal Singh was denied entry to visit the detainees as their lawyer.

GELAGAT ANAK PAK HASSAN

(Imej dipetik dari Fuiyoh Malaysia)

Ini Abang nya

http://mstar.com.my/cms/storage/images/com.tms.cms.image.Image_a03065b9-c0a85062-1eafe130-97e60370/1/musa%20hassan.jpg

Ini Adiknya.



Dan ini, adik dan kawan kawannya



Abang nya satu hal....adiknya pun satu hal. Kalau sebelum ini Tamimi Sharegar menjadi MAK NYAH, kini JALALUDDIN HASSAN pulak. Nak cakap macamane lagi? Dah itu jalan yang dipilih. Apa komen Ustaz Hassan tenang anak anak nye? Aku cuma geleng kepala saje. Tentu berbangga seorang ayah melihat kejayaan anak anaknya.

p/s: Nak minta Musa Hassan tolong check "TILAM" adik dia.


ISA detainee misses his three children

via Star 15/12


TAIPING: The first thing Hindraf legal adviser M. Manoharan asked his wife when she visited him at the Kamunting detention camp here yesterday was about his three children.

V.N.S. Pushpaneela, 46, said Manoharan missed the two boys, aged eight and 10, and girl, also 10, because he had not seen them for two weeks.

“He asked why I did not bring the children along,” she said after she was allowed to see Manoharan, 46, for 45 minutes.

Concerned wife: Pushpaneela answering questions from newsmen who surrounded her at the gates of the Kamunting detention camp in Taiping on Friday. On her left is Ipoh Barat MP M. Kulasegaran.
She added that her husband had not seen the children because they were away visiting their cousins in Klang during the school holidays.

On Thursday, Manoharan and four others – lawyers V. Ganabatirau, P. Uthayakumar and R. Kenghadharan and Hindraf coordinator T. Vasanthakumar – were detained for two years under the Internal Security Act (ISA).

Pushpaneela said she was shocked to find out that her husband had been detained because he was only fighting for the rights of the Indian community.

“He did not do anything wrong,” she said.

She added that her children were very disturbed when they heard that their father would be detained for two years.

On her visit, Pushpaneela said her husband looked fine and he met the other detainees for breakfast.

“He looks healthy and went for a jog this morning,” she said.

She added that Manoharan was sent to Kamunting at midnight after he was arrested on Thursday afternoon.

Pushpaneela said the camp authorities allowed her to visit Manoharan once a week, adding that the families of the other four detainees were also there for a visit.

Gamuda, MMC dapat projek, rakyat dapat apa?

Gamuda, MMC win RM12.5 billion Malaysian rail project
By Stephanie Phang

(Bloomberg) -- Gamuda Bhd. and MMC Corp. won a 12.5 billion ringgit ($3.8 billion) contract to build a railway in western Malaysia, the nation's biggest rail project.

The 329-kilometer (204 mile) double-rail link connecting Ipoh in Perak state to Padang Besar on the northern border with Thailand, will take five years to complete, Gamuda, the country's second-largest builder by market value, said in a statement today.

Malaysia revived the project, first awarded to the companies in 2003, to replace a single rail system and build new stations as Prime Minister Abdullah Ahmad Badawi seeks to boost economic growth by lifting public spending. Revenue from the project will contribute to Gamuda's earnings this fiscal year ending July 2008, the Petaling Jaya-based company said.

``Their numbers are going to come in very strongly from this year onward,'' said Wong Chew Hann, an analyst at Aseambankers Malaysia Bhd. with a ``buy'' rating on Gamuda stock. Completing the project ``shouldn't be a problem.''

The original contract awarded in October 2003 was valued at 14.5 billion ringgit, and included a link in the south. Abdullah, who came into power in November that year, postponed the project in December to cut spending and trim the nation's deficit. |more...|

No2umnO - Rakyat dapat resit cukai dan dapat bayar tambang. Kita kena lagi !!!

15/12: INDAH KHABAR DARI RUPA



KPN: Waythamoorthy tidak akan terlepas KPN: Waythamoorthy tidak akan terlepas (Utusan Meloya)
KUALA LUMPUR 14 Dis. - Polis akan memastikan seorang lagi dalang dan penggerak utama Hindu Rights Action Force (Hindraf), P. Waythamoorthy yang dipercayai kini berada di luar negara tidak terlepas daripada tindakan undang-undang.

Kerajaan, rakyat belanja lebih kerana kurang integriti
KUALA LUMPUR 14 Dis. – Percaya atau tidak, jika dikatakan rakyat negara ini terpaksa menanggung kos antara 15 peratus dan 20 peratus kerana kurangnya integriti di kalangan masyarakat.

‘Mereka telah diberi peluang’
KUALA LUMPUR 14 Dis. – Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, penahanan lima orang mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) semalam kerana mengetuai demonstrasi haram di ibu negara bulan lepas, bukanlah satu perkara mengejutkan.

NGO kaum India puas hati
PUTRAJAYA 14 Dis. – Para pemimpin 13 Badan Bukan Kerajaan (NGO) kaum India berpuas hati dengan pertemuan yang berterus terang dan terbuka bersama Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di Pejabat Perdana Menteri di sini hari ini.

Sokong tindakan ISA
KUALA LUMPUR 14 Dis. — Peniaga di sekitar ibu kota hari ini menerima baik tindakan kerajaan yang mengutamakan kepentingan awam, keamanan dan keselamatan negara, termasuk tindakan menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) terhadap lima dalang perhimpunan haram di ibu negara.

Perhimpunan haram jejas pelancongan
PUTRAJAYA 14 Dis. – Tindakan sekumpulan individu menganjurkan perhimpunan haram di ibu kota baru-baru ini secara tidak langsung telah menjejaskan industri pelancongan negara.

Pemuda UMNO anjur Korban Perdana di Kelantan
KUALA LUMPUR 14 Dis. – Pemuda UMNO akan menganjurkan program Korban Perdana di Kelantan pada 22 Disember ini bersempena sambutan Hari Raya Aidiladha.

Pengarah didakwa terima suapan RM119,000
JOHOR BAHRU: Seorang pengarah syarikat didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, semalam, atas empat tuduhan menerima rasuah RM119,000 kononnya untuk beberapa orang, termasuk Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Datuk Johari Baharum dan Umno Kubang Pasu pada Februari dan Mac lalu. [+]

JKM siasat kes tipu bantuan banjir
GEMAS: Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) akan menyiasat dakwaan wujud penipuan oleh sesetengah pihak yang mendakwa mangsa banjir di daerah ini, sedangkan kediaman mereka langsung tidak terjejas dengan bencana itu. [+]

Tindakan ISA disokong: NGO
KOTA BHARU: Majlis NGO Kelantan yang mewakili 50 pertubuhan dan badan bukan kerajaan seluruh negeri ini dengan keahlian lebih 100,000 orang, menyokong penuh langkah kerajaan menahan lima pemimpin Barisan Bertindak Hak-hak Hindu (Hindraf) mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). [+]

Sayangkan negara dan pengkhianat sebenar

dipetik: klpos

Oleh Fudzail

Dubai Online 2.0 MAKA ISA pun menjadi senjata paling mudah untuk membisukan mereka yang konon-kononnya menjejaskan keamanan negara. Seperti dijangkakan, ISA akan terus hidup untuk 1,000 tahun lagi di Malaysia selagi parti yang memerintah memerlukan suntikan nafas paling mujarab setiap kali dalam kecemasan.

Semua skrip yang biasa didengari setiap kali ISA digunakan juga meriah berkemundang. Justifikasi menggunakan ISA memang mudah dan tidak perlu berhujah secara dialog di mahkamah atau berbahas di Parlimen, semuanya monolog. Ikut Suka Aku.

Begitulah lapuran terkini sebuah akhbar perdana milik UMNO, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, penahanan lima orang, yang mendalangi perhimpunan haram di ibu negara bulan lepas, mengikut Akta Keselamatan Dalam Negara (ISA) berkuatkuasa hari ini dibuat berdasarkan kewajaran menjaga keselamatan negara.

Menjaga keselamatan negara memang tidak mudah kalau tidak mempunyai kemampuan. Apalagi kalau kepopularan yang berkuasa semakin menurun, dengan penyelewengan dan kebobrokan dipelbagai peringkat. Apabila kesedaran rakyat semakin meningkat terhadap hak-hak mereka sebagai rakyat dalam negara demokrasi yang konon-konon mengikut hukum-hakam Hadhari.

Dalam berita lain diakhbar yang sama bertajuk 'Mereka tak sayang negara', PM, "Mereka sebenarnya tidak sayangkan negara, mereka hanya tamak kuasa dan, apa jadi kepada negara, mereka tak kisah," katanya kepada pemberita selepas menerima memorandum daripada kumpulan Damai Malaysia yang membantah demonstrasi jalanan di negara ini.

Dalam lapuran yang sama,
Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini berkata golongan yang membuat fitnah terhadap Malaysia di luar negara terdiri daripada mereka yang tidak sayangkan negara ini.
"Rakyat juga marah kepada golongan yang pergi ke luar negeri yang cari sokongan dan membuat cerita serta tuduhan bukan-bukan" .
Walau berita tersebut tidak kena mengena dengan kami yang menjadi ekspatriat, apa yang ingin diulas ialah mengenai 'tidak sayangkan negara'.

Pada hari ini, dulu, kini dan selamanya, majoriti rakyat memang sayangkan negara. Bak lirik lagu patriotik, Malaysia tanah tumpah darahku. Walau berada di perantauan mencari rezeki dan tidak pulang untuk mengundi.

Tetapi sayang kami kepada negara, tidak semestinya sayangkan pemimpin negara atau mereka yang menjadi menteri, termasuk perdana menteri, isteri, anak dan menantu. Tidak juga keluarga dan kroni para menteri dari pelbagai keturunan yang membahagikan kekayaan negara sesama mereka dengan menidakkan hak-hak rakyat yang lain.

Menuduh mereka yang keluar negara untuk memberitahu keadaan sebenar tanahair tumpah darah, terutama kebobrokan pemerintahan bukanlah pengkhianat namanya. Bukan cerita bukan-bukan yang dibawa kerana dalam dunia yang dipenuhi teknologi canggih, apa sahaja maklumat boleh dikesan sama ada benar atau fitnah.

Kalau kita mahu disenaraikan pengkhianat sebenar, kita boleh bermula dari kepimpinan negara sendiri dan kalangan mereka yang menduduki kerusi parlimen atau DUN.

Ramai pemimpin lebih sayangkan kuasa dan harta dari sayangkan negara. Sudahlah mereka mendapat pelbagai keistimewaan sewaktu berkuasa, masih tidak cukup demi survival perut. Mereka sayangkan rakyat selagi memerlukan mereka untuk lima tahun sekali.

Ramai pemimpin superfisial ini bimbang menjadi seorang tua yang sepi di kaki bukit selepas pencen, seperti yang dialami oleh mantan PM yang nampaknya tidak dipedulikan. Walau harta bertimbun, dengan maki hamun dari rakyat terniaya, apakah mereka boleh bahagia dalam sisa-sia kehidupan? Itu belum mengenang nasib di akhirat terutama berdepan dengan keadilan sebenarnya, dan mereka yang mencuri hak rakyat terpaksa meminta halal segala yang dibaham semasa berkuasa dari jutaan rakyat!

Contoh terbaru, Dewan rakyat meluluskan dengan sebulat suara untuk meminda umur persaraan anggota Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) daripada 65 tahun sekarang kepada 66 tahun.

Apakah signifikannya kepada negara dan rakyat dengan pindaan ini?

Mereka yang sudah berusia lebih 65 tahun dengan kredibiliti dan rekod perkhidmatan yang cukup teruk mahu dilanjutkan dengan membazirkan ruang parlimen serta dibentangkan sendiri oleh PM. Perlukah kita dengan mereka yang boleh dianggap pelawak yang tidak kelakar ini?

Malah beberapa jawatan penting juga diisi oleh mereka yang sudah sepatutnya pencen. Tentu ada strategi untuk melanjutkan khidmat orang-orang tertentu. Sudah pasti strategi yang memihak kepada mereka yang berkuasa untuk mempertahankan kekuasaan.

Begitu juga skandal hakim dalam video Lingam yang mana Suruhanjaya Diraja dianggotai oleh beberapa orang yang sudah hilang kredibiliti.

Itu belum disebut kes pendakwaan di mahkamah seperti pembunuhan Altantuya yang nampaknya mengikut skrip yang sudah tersedia. Begitu juga dengan kes penyelewengan Perwaja dengan bintang utamanya, Eric Chia.

Bagaimana dengan skandal ECM Libra? Monsoon Cup? Lapuran Audit Negara? Skandal membekal centrifuge? Skandal Minyak Iraq?

Terlalu banyak yang boleh disenaraikan walaupun untuk sekadar tempoh 4 tahun lalu.

Apakah segala tindakan bertaraf nasional ini bererti mereka yang berkuasa sayangkan negara? Tidakkah mereka yang menulis skrip dan pelaku kesemua siri kebobrokan 'Malaysia Boleh' terbitan Islam hadhari ini boleh diklasifikasikan sebagai PENGKHIANAT?

(Fudzail adalah ekspatriat Malaysia yang bermastautin di Dubai sejak tahun 2000. Berkelulusan sains komputer dari New Zealand. Pernah terlibat dalam pembangunan Dubai Internet City, Palm Jumeirah dan 15 projek mega lain. Kini menguruskan projek pembinaan prasana dan utiliti di Palm Jabel Ali. Beliau boleh dihubungi melalui fudzail@yahoo.comThis e-mail address is being protected from spam bots, you need JavaScript enabled to view it serta kerjadubai.blogspot.com)

Demokrasi In Malaysia (Versi Terjemahan)

(Democracy in Malaysiat)
Petikan drp Wall Street Journal
melalui: MARHAEN

Semasa Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi memulakan jawatannya pada 2004, dia telah disambut sebagai seorang pengubah yang akan menyuburkan kebebasan demokrasi di Malaysia. Kelmarin, kerajaan beliau telah menyuburkan kembali Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), satu undang-undang peninggalan penjajah dahulu yang memberikan kuasa mutlak kepada Eksekutif untuk menahan pihak penentangnya. Tindakan itu mencetuskan persoalan serius tentang iltizam Abdullah terhadap demokrasi.

Malaysia sedang berdepan dengan krisis politik yang paling besar sejak 1998, ketika mantan Timbalan Perdana Menteri Anwar Ibrahim, mengepalai pergerakan Reformasi. Sejak November, sekitar 30,000 orang telah bersatu melaungkan agar diadakan perubahan kepada sistem pilihan raya, lebih 20,000 orang etnik India telah membantah terhadap perbezaan ekonomi dan para peguam telah berjalan kaki tunjuk perasaan menentang rasuah penghakiman. Protes yang sama telah diadakan lebih awal pada minggu ini.

Pada mulanya Abdullah menyahut cabaran secara bertahan, meminta para pembantah supaya duduk di rumah. Polis juga menolak setiap permohonan mahukan permit membantah, dengan alasan mahu mengekalkan perpaduan rakyat. (Di Malaysia, walaupun Perlembagaan membenarkan hak berkumpul secara aman, mana-mana kumpulan yang berkumpul lebih daripada lima orang mesti terlebih dahulu mendapatkan satu permit).

Apabila tindakan ini tidak berhasil, Abdullah mengambil satu cara kekerasan yang pernah diamalkan oleh bekas ketuanya dahulu, Mahathir Mohamad, dengan memperlekeh pembangkang politik. Kelmarin, aktivis India yang turut sera dalam perhimpunan aman pada 25 November, telah ditahan di bawah ISA. (Mereka boleh ditahan selama dua tahun kerana menghasut dan menjalankan aktiviti yang mengancam keselamatan nasional,” demikian kata Johari Baharom, Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri kepada BERNAMA. Beliau tidak menjelaskan bagaimana satu bantahan aman boleh “mengancam keselamatan negara.”

Abdullah memang sudah lama berdepan dengan ledakan itu sepanjang minggu. Pada hari Ahad, satu kumpulan peguam dan aktivis - termasuk penggerak utama yang melancarkan bantahan yang paling besar bulan lalu - telah ditangkap, dan dibebaskan kemudiannya. Pada hari Selasa, beberapa orang pemimpin parti pembangkang telah dipenjarakan. Ada segelintirnya - walaupun bukan semuanya – sudahpun dibebaskan dengan ikat jamin. Ada yang tidak pun didakwa. Akan tetapi mesejnya amat jelas. Anda kritik kerajaan sebelum pilihan raya umum yang akan diadakan, mengikut jangkaannya pada awal tahun hadapan, ataupun mendesak agar proses pilihan raya dibersihkan, anda boleh disumbat
dalam penjara.

Tindakan beliau secara kekerasan ini sesungguhnya memburukkan keadaan Abdullah. Rakyat Malaysia bukannya mempunyai kebebasan bersuara yang sama dengan negara demokrasi yang lain. Pihak media memang begitu dipengaruhi oleh kerajaan. Jadi, salah satu daripada segelintir cara untuk ahli politik pihak pembangkang dan aktivis menyuarakan rintihan ialah keluar di jalan raya. Dengan menafikan hak itu, Abdullah sebenarnya mencabar kumpulan tersebut menganjurkan bantahan orang ramai yang lebih besar lagi.

Rakyat Malaysia memang tidak suka dengan bantahan ganas si jalan raya. Seperti yang pernah dilalui oleh negara ini pada 1969 dahulu, ketika beratus-ratus orang telah terbunuh dalam rusuhan antara orang Melayu dan Cina. Akan tetapi dalam sebuah negara demokrasi yang matang, tidak ada sebab kenapa rakyat Malaysia, tidak boleh dipercayai mengadakan debat aman mengenai masa depan politik mereka. Cara Abdullah menangani protes masa depan akan menentukan hala tuju demokrasi Malaysia. Kalau diambil kira tindakan semalam, pertandanya memang tidak bagus.


UBAH SEBELUM PARAH
UBAH DEMI MARUAH

DEDAH: Apa kaitan Web Power Sdn Bhd dengan PDRM?


dipetik: teresakok

Today is a tiring and crazy day for me. The Dewan Rakyat passed a resolution earlier in the morning that the Dewan Rakyat can only recess after we have passed the budget of Ministry of Higher Education, Ministry of Home Affairs and Ministry of Internal Security. This made me cancel my dinner appointment with some supporters tonight.

Fong Po Kuan presented a RM10 pay cut on Minister of Internal Security, i.e. the Prime Minister himself. She was ‘bashed up’ by all the naughty boys of BN with their loud voice and ridiculous statements, and of course, we yelled back at them too.

Today I am forced to write two speeches and I participated in three debates in the three ministries mentioned above. Parliament sitting ended at 11.30pm tonight.

Below is my speech on Internal Security Ministry, I spoke a lot about Web Power Sdn Bhd. When Deputy Minister Foo Ah Kiow replied he said he has no information about Web Power Sdn Bhd and he said he’ll give me written reply:

Ucapan YB Teresa Kok, Ahli Parlimen Seputeh Dalam Perbahasan Peringkat Jawatankuasa Kementerian Keselamatan Dalam Negeri Pada 10 Disember 2007

Butiran: 020000 POLIS DIRAJA MALAYSIA, 050000 PENJARA

Saya ingin tanya tentang hubungan di antara syarikat Web Power Sdn Bhd dengan PDRM.

Isu Pertama
Pada pertengahan tahun ini, Kementerian Keselamatan Dalam Negeri telah diarahkan oleh Perdana Menteri merangkap Menteri Keselamatan Dalam Negeri untuk menyewa 31 buah helikopter daripada syarikat WebPower/Eurokopter selama 30 tahun. Anggaran kos penyewaan ini ialah RM400 juta setahun.

Cadangan PDRM kepada kerajaan di bawah Rancangan Malaysia Ke-9 ialah membeli 8 buah helikopter dengan peruntukan sebanyak RM272 juta, dan saya difahamkan 8 helikopter adalah jauh lebih dari mencukupi untuk kegunaan PDRM.

Soalan saya ialah, apakah perlunya PDRM menyewa 31 buah helikopter daripada Web Power Sdn Bhd walhal cadangan PDRM kepada kerajaan pada asalnya hanya membeli 8 helikopter sahaja? Apakah perlunya PDRM menggunakan wang sebanyak RM400 setahun untuk menyewa 31 buah helikopter ini? Kenapakah PDRM tidak menggunakan peruntukan ini dalam usaha pembasmian jenayah dan peningkatan gaji dan elaun anggota polis, tetapi ia disalurkan untuk menyewa 31 buah helikopter?

Posting terkini

Blog Archive