KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Dec 15, 2007

DEDAH: Apa kaitan Web Power Sdn Bhd dengan PDRM?


dipetik: teresakok

Today is a tiring and crazy day for me. The Dewan Rakyat passed a resolution earlier in the morning that the Dewan Rakyat can only recess after we have passed the budget of Ministry of Higher Education, Ministry of Home Affairs and Ministry of Internal Security. This made me cancel my dinner appointment with some supporters tonight.

Fong Po Kuan presented a RM10 pay cut on Minister of Internal Security, i.e. the Prime Minister himself. She was ‘bashed up’ by all the naughty boys of BN with their loud voice and ridiculous statements, and of course, we yelled back at them too.

Today I am forced to write two speeches and I participated in three debates in the three ministries mentioned above. Parliament sitting ended at 11.30pm tonight.

Below is my speech on Internal Security Ministry, I spoke a lot about Web Power Sdn Bhd. When Deputy Minister Foo Ah Kiow replied he said he has no information about Web Power Sdn Bhd and he said he’ll give me written reply:

Ucapan YB Teresa Kok, Ahli Parlimen Seputeh Dalam Perbahasan Peringkat Jawatankuasa Kementerian Keselamatan Dalam Negeri Pada 10 Disember 2007

Butiran: 020000 POLIS DIRAJA MALAYSIA, 050000 PENJARA

Saya ingin tanya tentang hubungan di antara syarikat Web Power Sdn Bhd dengan PDRM.

Isu Pertama
Pada pertengahan tahun ini, Kementerian Keselamatan Dalam Negeri telah diarahkan oleh Perdana Menteri merangkap Menteri Keselamatan Dalam Negeri untuk menyewa 31 buah helikopter daripada syarikat WebPower/Eurokopter selama 30 tahun. Anggaran kos penyewaan ini ialah RM400 juta setahun.

Cadangan PDRM kepada kerajaan di bawah Rancangan Malaysia Ke-9 ialah membeli 8 buah helikopter dengan peruntukan sebanyak RM272 juta, dan saya difahamkan 8 helikopter adalah jauh lebih dari mencukupi untuk kegunaan PDRM.

Soalan saya ialah, apakah perlunya PDRM menyewa 31 buah helikopter daripada Web Power Sdn Bhd walhal cadangan PDRM kepada kerajaan pada asalnya hanya membeli 8 helikopter sahaja? Apakah perlunya PDRM menggunakan wang sebanyak RM400 setahun untuk menyewa 31 buah helikopter ini? Kenapakah PDRM tidak menggunakan peruntukan ini dalam usaha pembasmian jenayah dan peningkatan gaji dan elaun anggota polis, tetapi ia disalurkan untuk menyewa 31 buah helikopter?

Isu Kedua
Salah seorang pengarah Web Power Sdn Bhd, iaitu Dato’ Othman Talib adalah anggota kepada Suruhanjaya Pasukan Polis (SPP). Soalannya, apakah seorang anggota Suruhanjaya Pasukan Polis boleh mengadakan urusniaga dengan PDRM? Bukankah ini satu bentuk percanggahan kepentingan (conflict of interests)? Kita tahu seseorang anggota SPP mempunyai kuasa yang besar ke atas PDRM, dia diberi kuasa untuk menentukan samada pegawai polis boleh dinaikkan pangkat ataupun tidak.

Saya diberitahu bahawa Dato’ Othman Talib pernah secara langsung dan tidak langsung mengenakan pengaruh kepada pegawai polis yang berurus dengan beliau, iaitu mereka diugut untuk ditukar ke tempat lain, tidak dinaikkan pangkat dan dilaporkan kepada Ketua Polis Negara sekiranya mereka tidak memberi kerjasama dengan beliau. Bukankah ini satu bentuk penyalahgunaan kuasa?

Isu Ketiga
E-Police Force Solution
“E-Police Force Solution” merupakan satu rangkaian sistem wireless digital sepenuhnya yang berasaskan teknologi informasi dan komunikasi (ICT) yang canggih dengan litupan seluruh negara. Sistem ini berupaya menyalurkan suara, data, video, grafik dan maklumat biometrics dan DNA secara serentak dan tanpa batasan. PDRM berminat dengan sistem ini kerana mereka percaya ia dapat membantu pihak polis dalam siasatan dan membanteras jenayah.

Datuk Pengerusi, saya tidak ada masalah dengan keinginan PDRM untuk membeli sistem teknologi yang boleh membantu mereka menjalankan siasatan jenayah ini, tetapi apa yang tidak faham dalam urusniaga ini ialah:

i) Kenapakah Ketua Polis Negara boleh menghantar ‘letter of intent’ dan ‘letter of award’ terus kepada Perdana Menteri dan tidak melalui Ketua Setiausaha Kementerian Keselamatan Dalam Negeri? Prosedur yang patut dilakukan dalam apa-apa pembelian sepatutnya ialah Ketua Polis Negara harus menulis surat kepada Ketua Setiausaha Kementerian, Ketua Setiausaha kemudian menulis surat kepada Kementerian Kewangan, selepas diluluskan oleh Kementerian Kewangan, barulah Kementerian Keselamatan Dalam Negeri memanggil tender. Tetapi sekarang, Ketua Polis Negara terus ‘bypass’ Ketua Setiausaha Kementerian dan tulis “letter of intent”nya terus kepada Perdana Menteri. Kenapakah ini berlaku?

ii) Kertas cadangan “E-Police Force Solution” dikemukakan oleh WebPower Sdn Bhd kepada PDRM? Soalan saya ialah, kenapakah Ketua Polis Negara begitu gigih untuk meminta kerajaan mengeluarkan peruntukan untuk membeli “E-Police Force Solution” daripada sebuah syarikat yang dipunyai oleh seorang anggota Suruhanjaya Pasukan Polis?

Datuk Pengerusi, saya ingin minta Kementerian Keselamatan Dalam Negeri boleh memberitahu dewan yang mulia ini, kenapakah WebPower Sdn Bhd begitu bertuah yang mana syarikat ini diberi projek penyewaan helikopter yang memberinya sewa RM400 juta setahun selama 31 tahun, di samping itu syarikat itu akan diberi pula projek “E-Police Force Solution” ?

Isu Empat
Apakah kriteria perlantikan anggota Suruhanjaya Pasukan Polis?

Apakah seorang pengarah bagi syarikat yang mengadakan urusniaga dengan PDRM boleh dilantik menjadi anggota Suruhanjaya Pasukan Polis?

Mengikut rekod Suruhanjaya Syarikat Malaysia, Dato’ Othman bin Talib dilantik menjadi pengarah Web Power Sdn Bhd pada 2 Jun 2006, manakala beliau dilantik menjadi anggota Suruhanjaya Pasukan Polis pada awal tahun ini, ini bermaksud pihak yang melantik beliau menjadi anggota Suruhanjaya Pasukan Polis telah tahu bahawa beliau memegang jawatan pengarah di Web Power Sdn Bhd, bukankah ini satu bentuk penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan?

Apakah Hindraf dan Bersih Diberi Peluang Untuk Berhimpun di Dalam Stadium?

Dalam laporan dalam The Star pada 4 Disember 2007, Ketua Polis Negara berkata bahawa beliau pernah menawarkan Bersih untuk mengadakan perhimpunan mereka di dalam stadium, tetapi tawarannya ditolak. Di sini saya ingin menegaskan bahawa ini memang merupakan satu kenyataan yang tidak benar dan bohong. Jawatankuasa Bersih tidak pernah menerima apa-apa tawaran daripada pihak polis untuk berhimpun di dalam stadium, tetapi pemimpin Bersih hanya menerima surat daripada pihak polis yang meminta mereka memohon permit polis untuk mengadakan perhimpunan, dan Bersih memang telah menurut arahan polis tersebut, tetapi kesalnya selepas mereka membuat permohonan permit polis, permohonan mereka ditolak oleh polis.

Saya terbaca YB Timbalan Menteri juga pernah berkata tentang memberi ruang kepada parti pembangkang ataupun NGO untuk mengadakan tunjuk perasaan dan perhimpunan di stadium, bilakah cadangan ini akan dilaksanakan?

PENJARA
Macam manakah pihak Kementerian meredakan kesesakan dalam penjara? Apakah kementerian mempunyai rancangan untuk meredakan kesesakan di dalam penjara? Apakah menghantar penjenayah ataupun orang yang didakwa melibatkan diri dalam aktiviti gangsterisme ke pusat penahanan di Simpang Renggam di bawah Emergency Order ini menyumbang kepada penurunan kadar jenayah? Apakah penahanan di dalam Simpang Renggam telah membantu tahanan balik ke pangkuan masyarkat ataupun sebaliknya ia telah menyebabkan ramai tahanan merasa mereka dianiayai?

Apakah pihak penjara telahpun mula memberi kaunselling kepada penjenayah seks ataupun perogol di dalam penjara sebagai langkah untuk membantu mereka tidak berulang jenayah dan kesalahan mereka?

Teresa Kok

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive