KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Dec 15, 2007

Demokrasi In Malaysia (Versi Terjemahan)

(Democracy in Malaysiat)
Petikan drp Wall Street Journal
melalui: MARHAEN

Semasa Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi memulakan jawatannya pada 2004, dia telah disambut sebagai seorang pengubah yang akan menyuburkan kebebasan demokrasi di Malaysia. Kelmarin, kerajaan beliau telah menyuburkan kembali Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), satu undang-undang peninggalan penjajah dahulu yang memberikan kuasa mutlak kepada Eksekutif untuk menahan pihak penentangnya. Tindakan itu mencetuskan persoalan serius tentang iltizam Abdullah terhadap demokrasi.

Malaysia sedang berdepan dengan krisis politik yang paling besar sejak 1998, ketika mantan Timbalan Perdana Menteri Anwar Ibrahim, mengepalai pergerakan Reformasi. Sejak November, sekitar 30,000 orang telah bersatu melaungkan agar diadakan perubahan kepada sistem pilihan raya, lebih 20,000 orang etnik India telah membantah terhadap perbezaan ekonomi dan para peguam telah berjalan kaki tunjuk perasaan menentang rasuah penghakiman. Protes yang sama telah diadakan lebih awal pada minggu ini.

Pada mulanya Abdullah menyahut cabaran secara bertahan, meminta para pembantah supaya duduk di rumah. Polis juga menolak setiap permohonan mahukan permit membantah, dengan alasan mahu mengekalkan perpaduan rakyat. (Di Malaysia, walaupun Perlembagaan membenarkan hak berkumpul secara aman, mana-mana kumpulan yang berkumpul lebih daripada lima orang mesti terlebih dahulu mendapatkan satu permit).

Apabila tindakan ini tidak berhasil, Abdullah mengambil satu cara kekerasan yang pernah diamalkan oleh bekas ketuanya dahulu, Mahathir Mohamad, dengan memperlekeh pembangkang politik. Kelmarin, aktivis India yang turut sera dalam perhimpunan aman pada 25 November, telah ditahan di bawah ISA. (Mereka boleh ditahan selama dua tahun kerana menghasut dan menjalankan aktiviti yang mengancam keselamatan nasional,” demikian kata Johari Baharom, Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri kepada BERNAMA. Beliau tidak menjelaskan bagaimana satu bantahan aman boleh “mengancam keselamatan negara.”

Abdullah memang sudah lama berdepan dengan ledakan itu sepanjang minggu. Pada hari Ahad, satu kumpulan peguam dan aktivis - termasuk penggerak utama yang melancarkan bantahan yang paling besar bulan lalu - telah ditangkap, dan dibebaskan kemudiannya. Pada hari Selasa, beberapa orang pemimpin parti pembangkang telah dipenjarakan. Ada segelintirnya - walaupun bukan semuanya – sudahpun dibebaskan dengan ikat jamin. Ada yang tidak pun didakwa. Akan tetapi mesejnya amat jelas. Anda kritik kerajaan sebelum pilihan raya umum yang akan diadakan, mengikut jangkaannya pada awal tahun hadapan, ataupun mendesak agar proses pilihan raya dibersihkan, anda boleh disumbat
dalam penjara.

Tindakan beliau secara kekerasan ini sesungguhnya memburukkan keadaan Abdullah. Rakyat Malaysia bukannya mempunyai kebebasan bersuara yang sama dengan negara demokrasi yang lain. Pihak media memang begitu dipengaruhi oleh kerajaan. Jadi, salah satu daripada segelintir cara untuk ahli politik pihak pembangkang dan aktivis menyuarakan rintihan ialah keluar di jalan raya. Dengan menafikan hak itu, Abdullah sebenarnya mencabar kumpulan tersebut menganjurkan bantahan orang ramai yang lebih besar lagi.

Rakyat Malaysia memang tidak suka dengan bantahan ganas si jalan raya. Seperti yang pernah dilalui oleh negara ini pada 1969 dahulu, ketika beratus-ratus orang telah terbunuh dalam rusuhan antara orang Melayu dan Cina. Akan tetapi dalam sebuah negara demokrasi yang matang, tidak ada sebab kenapa rakyat Malaysia, tidak boleh dipercayai mengadakan debat aman mengenai masa depan politik mereka. Cara Abdullah menangani protes masa depan akan menentukan hala tuju demokrasi Malaysia. Kalau diambil kira tindakan semalam, pertandanya memang tidak bagus.


UBAH SEBELUM PARAH
UBAH DEMI MARUAH

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive