KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Dec 27, 2007

My thank yous to Pak Lah, Samy and the IGP.

via achmedrauff.blogspot.com

What is there for us Malaysians? I feel that I have sold my citizenship to the devil. I am not calling anyone specifically but take a look around. Those who just shut up and blindly follow are safe and those that question a bit too much gets dragged into lock-ups. I am disappointed, very cross and feel very useless until the next elections are called. My Indian friends do not feel safe and wearing yellow or orange on weekends is not an option anymore. The paranoia is very real.

kedah

Anwar is rallying supporters. What are his motives I have no idea but still I remain skeptical. My Prime Minister just keeps on mumbling at random and his actions are even more random. Not to point that he does everything wrong but even a cub scout makes more noise and gives out orders more than him. At ground level it is very easy to see and make a conclusion that he is doing nothing. Keeping the people in the dark is not a very good idea.

Public areas are no longer public...any gathering more than 3 is a considered a crime so what are we suppose to do? Dating is it? What has 2007 end up to be? Thank you Pak Lah for deterring me from enjoying my weekends in the city. Thank you Samy for allowing me to listen to my Indian friends pissing on the very mention of your name and the plight of Indians nationwide. And thank you IGP for allowing me to witness all my friends giving your subordinates the middle finger whenever they pass them. I bet all of you are bloody proud. |more....|

AWAS, ANDA DIPERHATI ....

Cameras to focus on law-breakers

Cameras to track traffic offenders

Eye on roads: Motorists beware. Cameras at thousands of locations around the country will be tracking traffic offenders and bad drivers. The cameras form the basis for the soon-to-be-introduced Automated Enforcement System (AES) which will provide round-the-clock checks on traffic.

More..

DOLLAH LAWAT MANGSANYA


Gambar di ambil ketika lawaan dibuat. Kelihatan wajah samseng gedohol, dibelakang imam.

Menurut temubual yang dibuat, Dollah Baladi berkata,

‘Mereka semua akan dibantu segera sebab air adalah satu keperluan... hendak baiki kerosakan ini tidak mengambil masa yang panjang,” katanya kepada pemberita selepas melawat mangsa banjir di pusat pemindahan di Sekolah Sains Sultan Ahmad Shah di sini.

‘‘Di samping itu, kerjasama daripada mangsa-mangsa banjir juga elok.

“Saya berterima kasih kepada mereka yang turut membantu termasuk semua agensi dan jabatan kerajaan,” katanya sambil berharap mangsa-mangsa banjir dapat pulang ke rumah masing-masing dalam tempoh terdekat.

“Apa pun itu (bantuan kewangan) nanti kemudian, sekarang peringkat membuat taksiran (kerugian akibat banjir),” katanya.

Orang yang datang melihat kehadiran Dollah Beladi seperti melihat hantu turun ke bumi. Dah boleh dikategorikan sebagai makhluk pelik. Bukan kerana suka, tetapi terpaksa. Kalau Melayu tidak mempunyai sopan, sudah pasti maki hamun kedengaran.

LAGI PENDATANG DITIPU

Ada juga yang baru tiba di Malaysia selepas membayar sehingga RM15,000 kepada agensi pekerjaan di negara asal. Masing-masing mendakwa langsung tidak diberi kerja yang dijanjikan.
Sesetengahnya pula dibayar gaji terlalu rendah, misalnya hanya RM400 jika bekerja di kilang berbanding RM800 yang dijanjikan agensi kepada mereka.

Lebih malang, ramai juga yang tidak dibayar gaji langsung sehingga berbulan-bulan dan mendakwa tidak diberi makanan atau minuman manakala pasport serta dokumen perjalanan mereka disimpan oleh majikan.

Salah seorang pekerja Bangladesh itu, Belal Hossain, 40, memberitahu, dia telah ‘berkampung’ di kawasan itu sejak Hari Raya Aidiladha lalu.

“Saya tiada pilihan selain berkumpul di sini. Harapan saya kini hanya pada pihak Suruhanjaya Tinggi Bangladesh untuk membantu.
“Saya bekerja sebagai pencuci di sebuah pasar raya di Kuala Lumpur. Sudah empat bulan saya tidak dibayar gaji.

400 pekerja Bangladesh dakwa ditipu majikan ‘serbu’ kedutaan
KUALA LUMPUR 26 Dis. – Sekumpulan warga Bangladesh yang mendakwa menjadi mangsa penipuan ejen dan majikan di negara ini ‘berkampung’ di kawasan pejabat Suruhanjaya Tinggi negara itu di sini bagi menuntut pembelaan terhadap masalah mereka.

MEMANG DASAR PENGAMPU

Geli geleman, tegak bulu roma kegelian membaca berita pagi ini. Loya tekak melihat gelagat pak ampu dan mak ampu yang turut serta di dalam rancangan forum TV1. Alhamdulillah kerana wak tidak menonton. Kalau menonton munkin muntah berlambak lambak, hingus meleleh leleh, atau setidak tidaknya terkencing kencing mendengar apa yang mereka semua katakan. Geli.......macam termakan sosej usus babi rasanya. Baca berita dibawah ini pun sudah cukup memeluatkan diri anda.

Kebebasan Media Masih Wujud Di Malaysia, Kata Pengurus Besar Bernama

KUALA LUMPUR, 26 Dis (Bernama) -- Malaysia masih mengamalkan kebebasan media tetapi ia dilaksanakan secara bertanggungjawab, kata Pengurus Besar Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Datuk Azman Ujang.

Beliau berkata ini kerana rakyat negara ini mempunyai kebebasan untuk bersuara menerusi media alternatif sekiranya merasakan media perdana tidak mampu menyampaikan `suara' mereka dengan cara yang dikehendaki.

"Menerusi media perdana dan media alternatif, rakyat berpeluang menerima maklumat daripada kedua-duanya," katanya dalam program khas "Imbasan 2007" yang membicarakan isu-isu sepanjang 2007, di Angkasapuri di sini malam ini.

Program satu jam itu yang disiarkan secara langsung menerusi RTM1 bermula pukul 9.30 malam turut disertai dua panel lain iaitu Ketua Pengarah Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa Dr Mahani Zainal Abidin dan Pengarah Eksekutif Yayasan Strategik Sosial Datuk Dr Denison Jayasooria, dengan perantara oleh Nurazli Noh.

Azman turut menafikan dakwaan bahawa ketiadaan kebebasan bersuara menerusi media menyebabkan berlakunya demonstrasi jalanan.

Beliau berkata media di Malaysia masih mempunyai kredibiliti berdasar kepada jualannya.

"Sekiranya media tidak mempunyai kredibiliti, ia akan hilang kepercayaan rakyat dan rakyat tidak akan membeli akhbar itu lagi," katanya.

Sementara itu, Mahani pula berkata walaupun era teknologi maklumat memungkinkan rakyat mendapatkan informasi dengan cepat, namun ia tidak semestinya tepat.

"Rakyat perlu memberi reaksi kepada maklumat yang begitu banyak diterima, dan bagaimana menghayati dan menyebarkan maklumat itu secara bertanggungjawab," katanya.

Beliau juga berkata setiap peristiwa yang berlaku di Malaysia menjadi tumpuan dunia luar, terutama negara yang mempunyai kepentingan di sini, dan rakyat seharusnya memikirkan impak daripada segi ekonomi, sosial dan hubungan antarabangsa sebelum mengambil sesuatu tindakan.

Denison pula berkata masyarakat tidak seharusnya mengambil kesempatan atas dasar keterbukaan yang diamalkan negara ini.

"Walaupun rakyat diberikan hak untuk bersuara, mereka harus bertanggungjawab atas hak itu," katanya.

PATUTLAH KENA BELASAH

http://newsimg.bbc.co.uk/media/images/42557000/jpg/_42557055_ap_relief416.jpg

Dalam hati bertanya tanya kenapa penduduk kampung belasah kakitangan jabatan Bekalan Air, tentu ada masalah, tapi berita tak siarkan.

Kakitangan JBA Hantar Bekalan Air Dipukul Penduduk Kampung
Selepas berita 'kena belasah' baru lah keluar berita masalah air berlaku sejak 2 minggu yang lalu. Proses membaikinya makan masa 7 hari. Maka masalah bakal berlanjutan selama 3 minggu.
Kira-Kira 165,000 Penduduk Terputus Bekalan Air

KUANTAN, 26 Dis (Bernama) -- Banjir yang melanda Pahang sejak dua minggu lepas menyebabkan kira-kira 165,000 penduduk terputus bekalan air berikutan beberapa motor dan pam yang membekalkan air ke kawasan mereka rosak.

Pengarah Jabatan Bekalan Air (JBA) Pahang Datuk Ismail Mat Nor berkata bekalan air itu terputus disebabkan kebanyakkan motor yang menggerakkan pam air tersebut tidak dapat berfungsi seperti biasa berikutan ditenggelami banjir.

Beliau berkata kawasan yang terlibat dengan masalah itu ialah daerah Maran, Bera, Temerloh, Mentakab dan Kuantan.

Bagaimanapun belakan air dijangka pulih seperti biasa dalam tempoh tujuh hari selepas kesemua motor dan pam yang rosak itu diperbaiki, katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat dengan anggota Jawatankuasa Penduduk Bukit Goh di sini, hari ini.

Katanya kerja-kerja membaiki motor dan pam berkenaan sedang dijalankan dalam pada itu JBA telah menggerakkan 21 lori tangki bagi membekalkan air ke kawasan yang terjejas.

"Saya berharap orang ramai mengambil air yang dihantar oleh JBA hanya untuk kegunaan harian sahaja dan kadang-kala, terjadi kes air yang dihantar tidak mencukupi kerana ada sesetengah pihak bersikap tamak dengan menyimpan air dalam kadar yang banyak," katanya.

SIT !!! SIT !!!, UMNO PUN DUDUK DAN DIAM

http://omong.files.wordpress.com/2007/03/windowslivewriterhishammuddindefendsputeraumnonorthpolesk-b764hishamuddin.jpg
dipetik: ntbn

Apabila Hindraf tunjuk perasaan, PEMUDA UMNO bukan main hebat menghentam. Bila Tuan berlembut hati, UMNO terus diam.

Kaum India terus mendesak, Tuan pula tidak jadi bertindak kejam. 31 tahanan dilepaskan, Pak Lah tunduk sopan kononnya kasihan.

The minister said he would travel to all the states soon to prepare a report on the number of temples in the country and their problems, which will be submitted to the Cabinet."We will identify the illegally-built temples first and check on their status. We want to know if there have been any moves or notices to demolish or relocate them," he said.
Bila anjing sudah diam, Naik Ketua Pemuda Gerakan pula tunjuk garang.
"Mereka mengapi-apikan sentimen perkauman di kalangan masyarakat mereka dalam usaha untuk meningkatkan karier politik mereka," kata Naib Ketua Pemuda Gerakan, S Paranjothy
Pemuda UMNO kembali menyalak, untuk tunjuk dia jantan. Bila jerit anjing menjadi jadi, Tuan akan berikan arahan. Sit !! Sit !!! Umno pun duduk diam.

TANGKAP, TAPI TAU NAK DAKWA



SUDAH TANGKAP TAK TAHU MACAMANA NAK DAKWA

dipetik: pemudabukitkatil

Tempoh ikatjamin ke atas 17 aktivis Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih) yang ditahan kerana melanggar perintah larangan berhimpun di bangunan Parlimen pada 11 Disember lalu, telah dilanjutkan lagi.

Nampaknya Polis hanya tahu menangkap peserta himpunan aman tetapi tidak tahu macamana hendak mendakwa mereka kerana sememangnya perhimpunan mereka adalah himpunan aman yang dibenarkan perlembagaan negara. Mungkin kerana itulah Polis gagal mengemukakan pendakwaan sehingga tempoh lanjutan ikatjamin terhadap mangsa tangkapan berakhir dua kali.

Salah seorang peguam mereka, Latheefa Koya, memberitahu Malaysiakini bahawa pihak polis tidak mengenakan sebarang tuduhan terhadap 17 anggota Bersih tersebut dan tempoh ikatjamin mereka telah dilanjutkan sehingga 2 Januari 2008.
“Salah seorang pegawai penyiasat memberitahu peguam kita, Amer Hamzah, mengenai lanjutan tempoh (ikatjamin itu),” kata Latheefa.

Ini adalah kali kedua tempoh ikatjamin mereka dilanjutkan - kali pertama dilanjutkan pada 18 Disember lalu yang berakhir hari ini," katanya.

Latheefa berkata, pihak polis mungkin memerlukan lebih masa untuk menjalankan siasatan.

Tujuh belas aktivis Bersih tersebut termasuk beberapa pemimpin pembangkang - Ketua Penerangan PKR, Tian Chua (kanan); Bendahari PAS, Dr Hatta Ramli; Ketua Muslimat PAS, Nuridah Mohd Salleh: ahli jawatankuasa pusat PAS, Dr Lo'Lo' Ghazali; Pengerusi penaja Parti Socialist Malaysia (PSM), Dr Nasir Hashim; Setiausaha Agung penaja PSM, S Arutchelvan serta ahli jawatankuasa pusatnya, S Sivarajan.

Pada 11 Disember lalu, seramai 26 anggota Bersih telah ditahan dalam kawasan Parlimen ketika cuba menyerahkan memorandum membantah penyambungan tempoh persaraan pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) melalui satu pindaan perlembagaan.

Sembilan daripada mereka dibebaskan tanpa syarat pada hari yang sama manakala baki 17 orang lagi dibebaskan dengan jaminan polis pada kira-kira jam 10 pagi hari yang sama.

Perintah larangan

Polis Sentul telah mendapatkan perintah mahkamah untuk melarang individu dan pihak-pihak yang berkenaan daripada menyertai satu perhimpunan untuk menyerahkan memorandum tersebut. Bagaimanapun, tiada perhimpunan yang diadakan.

Antara individu tersebut ialah pemimpin PAS - Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi, Mohamad Sabu dan Adenaan Saad serta Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Syed Shahir Syed Mohamud.

Polis menutup semua jalan masuk ke Parlimen dan mengadakan sekatan jalanraya di sekitar Kuala Lumpur sehingga mengakibatkan berlaku kesesakan lalulintas yang teruk. Trak dan anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU) serta anggota anggota polis biasa ditempatkan di sepanjang Jalan Parlimen.

Rujuk : Perhimpunan di Parlimen: 29 akan di dakwa Selasa depan

SURAT DARI RAKYAT KEPADA PERDANA MENTERI

http://bigdogdotcom.files.wordpress.com/2007/03/big-dog-dollah.jpg
dipetik: Malaysiakini

dari Saminathan Munisamy

Saya merupakan warganegara Malaysia yang berumur dalam lingkungan 30-an kelahiran negeri Johor. Masih terpahat di hati saya, buat pertama kali saya mendengar amanat Datuk Seri sebagai Menteri Pelajaran di sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah Rendah. Walaupun pada ketika itu, saya kurang memahami keseluruhan teks ucapan Datuk Seri, jauh di hati dapat dirasakan bahawa ini adalah kata-kata ikhlas daripada seorang pemimpin yang jujur yang berjiwa rakyat.

Perasaan yang sama saya alami kembali apabila mendengar ucapan sulung Datuk Seri setelah mengambil alih tunjak kepimpinan negara daripada Tun Mahathir Mohamad. Kami, khususnya orang India, berasa amat lega dan gembira kerana kami yakin perit rintihan yang kami alami selama 50 tahun, akan didengar oleh Datuk Seri.

Ketika Datuk Seri membebaskan Datuk SeriAnwar Ibrahim, harapan kami mula menggunung dan kami mula menaruh kepercayaan terhadap pimpinan Datuk Seri. Kami amat yakin bahawa Datuk Seri akan melakukan segala yang mungkin untuk memulihkan sistem kehakiman kita yang semakin parah.

Tetapi segala harapan ini hancur berkecai pada pagi Ahad 25 November 2007, satu lagi titik hitam bukan sahaja dalam era pimpinan Datuk Seri tetapi dalam sejarah Malaysia secara amnya. Pada hari ini, kami kesal dan menitiskan airmata melihat bangsa kami dipukul, diterajang, diaibkan di depan mata kami sendiri.

Lebih menyedihkan polis yang sepatutnya menjaga keselamatan kami menggunakan kekerasan untuk meleraikan kami yang berkumpul secara aman untuk menyerah memorandum kepada Suruhanjaya Tinggi British. Jalan raya menghala ke Kuala Lumpur diperiksa ketat. Suatu perbuatan yang saya rasa sengaja dilakukan oleh polis untuk menyemarak perasaan marah kaum lain terharap kaum India.

Perbuatan memeriksa dan menahan hanya orang India diibaratkan sama seperti perangai Aparteid. Rakyat dikongkong kebebasannya untuk bersuara secara demokrasi. Apa maknanya kebebasan ini sekiranya kami tidak boleh berkumpul dan menyatakan ketidakpuasan kami di bawah pemerintahan Barisan Nasional selama 50 tahun.

Apa yang kami pinta cuma secebis masa Datuk Seri untuk mendengar rintihan kami. Tetapi kesal melihat sikap Datuk Seri yang tidak mengendahkan semua memorandum yang dihantar ke pejabat Datuk Seri sebelum perarakan raksasa ini.

Datuk Seri, kami mempunyai sejarah 150 tahun di negara ini. Tetapi ketika kemerdekaan, pihak British hanya memerdekakan tanah ini tetapi gagal untuk memerdekakan kami. Ketuanan British digantikan dengan ketuanan Melayu. Tatkala British memerintah, kami menjadi hambanya. Kini, kami masih lagi menjadi hamba kepada "’Ketuanan Melayu’ yang lantang dipolitikkan oleh pemimpin-pemipin Umno.

Pada hari ini, negara kita terkenal sebagai negara perindustrian. Tetapi yang menjadi asas kepada pertumbuhan ekonomi dan industri di negara kita adalah hasil komoditi getah dan kelapa sawit. Untuk beberapa dekad, bangsa kami menitis keringatnya untuk mencipta dan mengekalkan nama Malaysia sebagai pengeluar nombor satu getah di dunia.

Bolehkah Datuk Seri sangkal kenyataan ini? Tetapi lihatlah apa yang menimpa kami sekarang? Sungguh tragis nasib kami. Kami dilabelkan sebagai penjenayah di negara sendiri dan ramai anak muda kami yang "hilang" dalam tahanan polis. Bangsa yang pada suatu ketika dulu berkerja keras untuk membangunkan negara ini, kini hidup sebagai masyarakat kelas 4 di negara sendiri.

Datuk Seri, mangkuk mangkuk plastik yang menadah susu getah busuk dan basi di ladang ladang getah itu, adakalanya lebih mengerti penderitaan kami daripada mereka yang datang dengan janji bak puisi lima tahun sekali. Setiap kali kami mengundi atas telunjuk MIC, kami menagih harapan mungkinkah kali ini nasib kami yang tertindas sekian lama akan berubah.

Malang sekali, kerajaaan Barisan Nasional yang kami harapkan itu telah merampas ladang-ladang kami and membogelkan kami tanpa sebarang jaminan sehinggakan kami terpaksa hidup merempat tanpa kemudahan asas di tanah haram di kota. Tangisan kami tidak didengar langsung oleh MIC. Malah MIC menggunakan sentimen ini untuk meraih undi ketika pilihanraya. Apa yang menanti kami cuma masa depan yang gelap.

Kini rakyat sudah bersuara. Kami ingin berurusan sendiri dengan wakil rakyat kami, ahli parlimen kami, menteri dan perdana menteri kami. Bukannya melalui MIC dan S Samy Velu yang bertindak sebagai "mandor" untuk kami.

Datuk Seri, kami berasa kagum dengan kebolehan Datuk Seri memperdebatkan hujah-hujah yang merangkai kesengsaraan rakyat tertindas Palestin di persada dunia dengan begitu lantang sekali, tetapi amat kesal dengan pendirian hipokritis kerajaan Barisan Nasional yang bertindak keras ke atas rayuan dan rintihan kami sama seperti si zionis melayani rakyat di bumi Palestin.

Masih ingatkah Datuk Seri kepada balu bekas pendaki gunung Everest, M Moorthy dan kes M Revathi, mangsa institusi kehakiman negara yang melaksanakan dual justifikasi di negara ini. Keluarga mereka ranap dalam kemelut sistem kehakiman negara. Inikah yang diteraskan dalam Islam Hadhari?

Tiada siapa yang tampil membantu mereka. Mahkamah, MIC, Samy Vellu, Barisan Nasional tidak dapat membantu mereka. Ke mana lagi akan kami pergi sekiranya ditindas di negara sendiri? Ke mana akan kami lari sekiranya dianiaya di negara sendiri?

Demonstrasi yang diadakan Ahad lalu jelas menunjukkan kemarahan orang India yang dipinggirkan selama 50 tahun di bawah Barisan Nasional. Seluruh dunia telah melihat "makkal sakti" (kuasa rakyat) dan mula celik dengan "demokrasi" di Malaysia. Kini, semua mata melihat kerajaan Barisan Nasional. Dunia menanti jawapan Datuk Seri.

Walaupun begitu, masih ada di antara kami yang mengharapkan kerajaan Barisan Nasional boleh membantu menyelamatkan kami. Kami meminta Datuk Seri mengambil berat tentang rintihan kami dan memandang serius demonstrasi ini.

Kami telah menjangkaui empat generasi di sini. Sekiranya, rakyat boleh menerima anak warga Indonesia sebagai menteri besar mereka, kami yakin rakyat negara ini sudah bersedia untuk berkongsi bersama hak mereka dengan kami.

Kami tidak ingin merampas hak mereka tetapi pada masa yang sama kami tidak akan berganjak untuk melepaskan hak kami.

Posting terkini

Blog Archive