Malaysiakini: PKR’s de facto leader Anwar Ibrahim wants Prime Minister Abdullah Ahmad Badawi to explain why the former has been branded as a threat to the national security.
"Pak Lah, please explain why I'm a threat to the national security? Why I'm the public enemy No 1?” asked Anwar today at a press conference in Penang.
Anwar, a former deputy premier and finance minister, said that he was told that Abdullah had branded him as such to a group of Malay NGOs during a national security council meeting at Putrajaya on Tuesday.
Anwar claimed that Abdullah had told the group that he (Anwar) was a national threat and a traitor of the Malay community.
He added that the premier did so to create an atmosphere of fear in the run-up to the forthcoming general election.
Anwar said that he was labelled as such due to his support to non-Malay cause and struggle for justice, notably the recent Hindu Rights Action Front (Hindraf) awareness campaign among Indian community in the country.
Anwar said that he learnt that Abdullah had informed the Malay NGOs that the government was accumulating evidence to prove Anwar's threat to the national security.
BN's fear factor
Anwar dismissed Abdullah’s allegations as baseless and malicious, adding that the premier had singled him out as a threat to the national security simply because he was a major threat to the ruling party.
"Is this what the Islam Hadhari that Pak Lah espouses? He owes me and fellow Malaysians an explanation," said Anwar.
The PKR leader said the Abdullah must realise that the political landscape and thinking among all races had changed dramatically and drastically over the past 40 years.
"We are now talking politics in a multi-racial society. So how could an issue pertaining to Indian and Chinese affairs become a threat to Malays?" he asked.
Anwar cautioned that although BN's fear factor was not a new political game, nonetheless it was becoming much more vicious than before.
"The people should reject the unhealthy tactic of instilling fear among voters and the threat of Internal Security Act with the general election being just around the corner," he said.
DAP advisor Lim Kit Siang, who was also at the press conference, chipped in to say that Abdullah should substantiate his accusation with evidence.
"BN should stop playing politics of fear and intimidation, and politicise the national security. The opposition parties are equally patriotic, if not more than, BN leaders.
"We will not allow the national security to be compromised for political gain,” he said.
Jan 10, 2008
PM creating state of fear - Anwar
Labels: Belit Pak Lah
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
KEPIMPINAN 'ALA BN' DI DALAM PERSATUAN ARTIS
Krisis kepimpinan: Datuk Aziz Satar letak jawatan
klpos
KL: "Tindakan saya meletak jawatan sebagai Ahli Jawatan Kuasa (AJK) Artis Veteran Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan) ialah kerana tidak puashati dengan kepimpinan persatuan".
Itu adalah penjelasan yang diberi oleh pelakon veteran Datuk Aziz Satar mengenai tindakannya melepaskan jawatan itu Rabu lepas.
Aziz mendakwa berlaku penyelewengan pengurusan dan dana persatuan selain cara Presiden Karyawan Freddie Fernandez membuat keputusan dengan membelakangkan ahli-ahli dan AJK persatuan."Saya telah beberapa kali menegur cara pengendalian dan pengagihan dana yang dilakukan tetapi tidak dipedulikan malah saya hanya dipanggil menyertai mesyuarat bila ada kepentingan untuk mendapat sesuatu projek sahaja.
"Saya juga cukup kecewa dengan cara presiden (Freddie Fernandez) membuat sesuatu keputusan tanpa pengetahuan dan persetujuan ahli dan AJK lain. Ini melibatkan keputusan penting yang boleh menjejaskan nama baik Karyawan," katanya pada sidang akhbar di kediamannya di sini. |more...|
Labels: Hiburan
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Pemuda Perlis turut lapor polis terhadap Pengerusi SPR
Harakahdaily
Laporan polis ini dibuat berdasarkan kepada kenyatan Abdul Rashid yang disiarkan akhbar Utusan Malaysia 1 Januari 2008 lalu yang bertajuk "SPR cabar pembangkang jangan tanding pilihan raya".
Dalam kenyataannya, Abdul Rashid dipetik sebagai berkata, tidak ada gunanya pihak pembangkang menyertai pilihan raya sekiranya mereka tetap dengan tindakan mengutuk dan menuduh sistem pilihan raya di negara ini penuh dengan penyelewengan.
Turut serta membuat laporan tersebut ialah Setiausaha DPPPs, Azmal Zaid Ahmad Azmi dan beberapa orang Exco DPPPs. |more...|
Labels: Belit Rashit/SPR
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
PEMIMPIN PANIK KERANA SPEKULASI PILIHANRAYA
Spekulasi tarikh pilihan raya jejas kestabilan negara
Berita Haruan
KUALA LUMPUR: Semua pihak perlu menghentikan spekulasi mengenai tarikh pilihan raya umum akan datang kerana tindakan itu hanya akan menjejaskan kestabilan politik dan ekonomi negara.
Tindakan tidak wajar itu juga, kata Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional (BNBBC), Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar, memberi peluang kepada pihak tidak bertanggungjawab untuk melaga-lagakan pemimpin hingga wujud isu perebutan dan melobi jawatan.
Lebih memburukkan keadaan, katanya, spekulasi itu akan menyebabkan pemimpin gagal memberi tumpuan pada tugas dan tanggungjawab diamanahkan kerana masing-masing sibuk melobi menjadi calon.
“Sebagai pemimpin, bekerjalah kerana parti dan rakyat bukan kerana hendak menjadi calon. Spekulasi akan menimbulkan perpecahan sehingga menjejaskan perpaduan di kalangan pemimpin parti.
No2umnO -Menjelaskan kepada umum bahawa pemimpin negara ditahap yang menyedihkan kerana KEPUTUSAN untuk mengadakan pilihanraya adalah milik mereka. Tetapi mereka sendiri yang PANIK. Atau berita ini sekadar mahu menyalahkan pihak lain kerana pemimpin BN tidak bertugas dengan betul akhir akhir ini. Bukankah ini yang mereka lakukan selama ini. Maka sejak dahulu lagi tanggung jawab diketepi, politik di utamakan. Elehhhhh konon tak pernah buat la tu....geli nya aku.
Labels: Belit BN, Belit UMNO
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
KERANA YURAN ATAU KERAJAAN YANG LEMAH
Malaysia semakin kecoh. Bukan pembangkang buat hal tetapi ibu bapa yang sudah tidak tahan dengan sikap BODOH dan BANGANG menteri dan kementerian. Kita baca berita dari BERITA HARUAN.
Bayar yuran cara ansuran jejas pembelajaran
KUALA LUMPUR: Langkah Kementerian Pelajaran memberi kelonggaran kepada ibu bapa untuk membayar yuran tambahan tahunan persekolahan secara ansuran serendah RM2 sebulan akan menjejaskan urusan pengajaran dan pembelajaran pelajar.
Presiden Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN), Prof Madya Dr Mohd Ali Hassan, berkata langkah itu boleh menyebabkan pelajar tertekan apabila sering diingatkan guru mengenai pembayaran yuran berkenaan setiap bulan.
Lebih memburukkan keadaan, katanya, apabila pelajar terbabit mendapati hanya beliau saja di kalangan rakan sekelas yang belum menjelaskan bayaran yuran tambahan itu. “Di pihak guru pula, bebanan kerja mereka juga akan turut bertambah kerana selain
mengajar di kelas, mereka kini harus memperuntukkan masa untuk mengutip bayaran ansuran daripada ibu bapa”, katanya kepada Berita Harian, di sini, semalam.
Beliau mengulas langkah Kementerian Pelajaran yang memberi kelonggaran kepada ibu bapa untuk membayar yuran tambahan tahunan persekolahan secara ansuran serendah RM2 sebulan.
Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Alimuddin Mohd Dom, dalam kenyataannya kelmarin berkata, bayaran secara ansuran itu bertujuan memastikan ibu bapa tidak menanggung beban menyekolahkan anak.
Dr Mohd Ali berkata, kementerian terbabit seharusnya memikirkan alternatif lain bagi pembayaran yuran berkenaan, termasuk membenarkan ibu bapa menyelesaikan bayaran yuran itu apabila penggal kedua persekolahan bermula.
Selain itu, katanya, pengecualian pembayaran harus dibenarkan bagi ibu bapa yang kurang berkemampuan iaitu yang berpendapatan kurang daripada RM1,500 sebulan.
Sementara itu, suri rumah, Zarina Idris, 29, berpendapat, lebih baik pihak sekolah memansuhkan bayaran bagi perkara yang tidak penting.
“Pembayaran komputer sebagai contohnya, kami tidak kisah jika anak kami benar-benar dapat menggunakan komputer, tapi jika kunjungan mereka ke bilik komputer pun boleh dikira dengan jari, apa relevannya pihak sekolah mengenakan bayaran itu?” katanya ketika ditemui, di sini, semalam.
Bagaimanapun, seorang bapa, Fahmi Jaafar, 37, menyokong langkah kerajaan membenarkan bayaran secara ansuran kerana ia akan mengurangkan beban ibu bapa berpendapatan rendah dan terpaksa menyekolahkan ramai anak.
Pendapat Fahmi disokong Abdul Rahman Abdul Aziz, 60, bapa kepada seorang anak yang masih bersekolah.
Beliau berkata, pembayaran yuran tambahan secara ansuran itu dapat meringankan bebannya sebagai ibu bapa, tambahan lagi apabila pendapatannya sebagai seorang pemandu teksi tidak menentu.
No2umnO - Pasal komputer tu sebenarnya PROJEK FAIL. Projek itu fail kerana tujuan projek itu di lancarkan bukan untuk memberi ilmu kepada kanak kanak dan pelajar tetapi semata mata untuk memberikan dana bantuan kepada syarikat KRONI dan anak anak. Cerita hebat, anak anak kita jengok pun jarang ke kelas tu. Bila niat Kerajaan tidak suci, maka perancangan akan gagal kerana ianya tidak ikhlas. Tanyakan Mahathir dulu. Budaya Mahathir sudah menjalarkan ke pemimpin sekarang. Malah lebih teruk. Aku tak pernah seumur hidup sokong UMNO dan BN, makanya aku tidak terlibat di dalam sebarang kebodohan dan kesundalan yang mereka lakukan. Ayoh HIJRAH kita tahun ini !!!!
Labels: Penipuan Yuran Sekolah
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
BAS NAIK TAMBANG ... RAKYAT NAIK DARAH
Beliau berkata, jika masalah itu berlarutan, ia bukan sahaja akan menyebabkan ramai pekerja bas kehilangan mata pencarian, tetapi turut memberi kesan besar kepada orang ramai yang menggunakan perkhidmatan itu.Persatuan tetap mahu naikkan tambang bas
No2umnO - Kali ini pengusaha bas tidak boleh bersabar lagi dengan karenah kerajaan agaknya. Asyik asyik naik. Selepas naik, kerajaan melalui lidah mereka Shapiee anak APDAL akan berkata, larangan kepada perkhidmatan untuk menaikkan harga. Tahun ini TOL pun sudah naik, maka tiada lah jalan lain dan terpaksa naik harga. Harap rakyat Malaysia faham keadaan mereka kerana punca kenaikan harga adalah kerana Kerajaan yang lemah longlai macam sotong yang kegemukan. Tidurnya siang dan malam dan akhirnya semua kenaikan harga bakal menyeksa rakyat. Letih aku......
Sementara itu, Tindakan tegas naik tambang
Pengerusi LPKP, Datuk Markiman Kobiran, memberi amaran pihaknya akan mengambil tindakan tegas terhadap pengusaha bas menaikkan tambang tanpa kelulusan lembaga itu.
LPKP sudah melantik juruperunding yang kini membuat penilaian kadar tambang bersesuaian untuk pelbagai jenis perkhidmatan pengangkutan awam merangkumi bas sekolah, bas ekspres, teksi dan bas berhenti-henti.
Rujukan lain: TAMBANG BAS NAIK BULAN DEPAN
Labels: Naik Harga
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
PENGUSAHA ROTI CANAI UGUT HENTI JUAL ROTI
No2umnO - Tiap hari ada sahaja barangan yang naik harga nya. Barang yang turun? Tiada nampaknya. Kalau begini lah sistem cara kerja kerajaan, rasanya sesal benar kalau BN untuk dikekalkan. Tiada tindakan yang boleh dipuji. Tiada langkah awal untuk bendung. Menyedihkan......kalau UMNO buta, aku tak kesah sebab pada mereka memang segala puji pujian itu pada PAk Lah,tapi yang atas pagar tu kena lihat betul betul. Jangan buat silap. Hijrah kita tahun ni......
Labels: Naik Harga
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
TERKINI: Lagi Kanak-kanak Hilang
Lagi Kes Kanak-kanak Hilang, Kali Ini Di Taman Medan
PETALING JAYA, 10 Jan (Bernama) -- Tidak sampai 48 jam selepas adik Nur Fateha Zaidi dilapor hilang, satu lagi kejadian sama berlaku di kawasan berhampiran di Taman Medan, PJS 2 di sini, pagi Rabu.
Dalam kejadian pukul 11.30 pagi itu, mangsa Sharlinie Mohd Nashar, 5, atau dikenali sebagai Nini dilapor hilang ketika bermain bersama kakaknya Sharliena, 8, di taman permainan yang jaraknya hanya 200 meter
dari rumah mereka.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Arjunaidi Mohamed berkata polis menerima laporan kehilangan kanak-kanak itu kira-kira pukul 4 petang daripada kedua ibu bapa kanak-kanak itu.
Beliau berkata ketika dilapor hilang, Sharlinie yang merupakan anak bongsu dari tiga beradik memakai baju tanpa lengan berbelang biru muda dan putih bersama skirt pendek yang juga berwarna biru muda serta selipar merah jambu.
"Mangsa berketinggian tiga kaki dua inci, bertubuh kecil, berwajah bulat, berkulit sawo matang dan rambut pendek paras telinga," katanya kepada pemberita di pejabatnya di sini hari Rabu.
Arjunaidi berkata buat masa ini polis mengklafisikasikan kes itu sebagai kes hilang tetapi tidak menolak kemungkinan ia ada kaitan dengan kes penculikan Nur Fatiha Zaidi Isnin lepas.
"Buat masa ini kami siasat sebagai kes hilang, siasatan selanjutnya akan dibuat dari segala sudut bagi mengenalpasti motif sebenar kehilangan kanak-kanak itu," katanya.
Sementara itu, ibu mangsa, Suraya Ahmad, 28, berkata anaknya Sharliena (kakak mangsa) baru pulang dari sekolah agama dan mengajak Sharlinie pergi mengaji di rumah jiran di belakang rumah mereka.
"Saya nampak mereka bawa Muqaddam, tetapi rupanya mereka ke taman permainan yang tidak pernah mereka pergi sebelum ini.
"Kakak menunggang basikal manakala Nini berjalan kaki," katanya.
Suraya, seorang suri rumah berkata ketika dalam perjalanan pulang dari taman permainan, Sharliena menoleh ke belakang dan mendapati adiknya tiada di belakangnya.
"Setibanya di rumah, Sharliena memberitahu saya Nini hilang di kawasan buaian dan sebelum itu dia tidak sedar adiknya hilang," katanya.
Suraya berkata beliau dan jirannya bermotosikal ketika hujan untuk mencari Nini sehingga pukul 2 petang tetapi usaha mereka gagal menemui anak bongsunya itu.
"Saya menghubungi suami Mohd Nashar Mat Hussien, 29, yang bekerja sebagai juru elektrik, dia juga mencari di seluruh kawasan tetapi tidak menemuinya," katanya.
Mohd Nashar berkata sudah dua tahun mereka menetap di kawasan itu.
"Saya juga berikhtiar dengan membuat pengumuman di masjid di kawasan itu tetapi tiada sesiapa yang muncul... tolong kembalikan anak saya," katanya.
Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai Sharlinie diminta menghubungi balai polis berdekatan atau menghubungi terus Suraya di talian 016-2709096 atau Mohd Nashar di talian 016-2583450.
Sementara itu, dalam sidang akhbar yang sama polis mengeluarkan lakaran wajah seorang lelaki berusia dalam lingkungan 30-an yang dipercayai dapat membantu siasatan kes Nur Fateha Zaidi, 6, yang diculik dua hari lalu di Flat Seri Manja, Desa Sepakat, Kampung Medan.
Nur Fateha dikatakan diumpan oleh seorang lelaki bermotosikal untuk melihat kucing dan burung.
Nur Fateha yang dilaporkan hilang pada pukul 5 petang ditemui kira-kira tiga jam selepas itu di Wangsa Maju.
"Lelaki itu berambut kerinting dan bermisai," kata Arjunaidi.
Labels: Alert
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments

