KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Mar 18, 2008

Boycott the Lying Newspapers!

surind

"From 24th March, 2008, commence a boycott of all the MSM for a period of one week. I urge that if at the end of that one-week boycott, the MSM continues to unjustifiably attack our Barisan Rakyat YBs, we resume our boycott of the MSM for a longer and more sustained period."

from:
- The People's Parliament

This post is lengthy as I feel obliged to try and justify that which I now ask you to do.

____________________________

Received the following 2 sms’s yesterday :

‘Dear M’sians. It’s time to reform media. The local media needs 2 b fair in reporting news to all m’sians. Pls ‘BUY NO PAPERS, READ NO LIES’. The NST, STAR, B. Harian, Utusan, chinese daily, Tamil Nesan & even TheSUN now r feeding lies & garbage 2 M’sians. They cant accept the elections defeat gracefully & r attacking opposition. There r bigger problems brewing in UMNO, MCA, MIC, Gerakan & PPP but no mention. LET’S STOP BUYING THESE PAPERS 4 1 WEEK FR Mon, 17/3 till 23’

‘Dear Malaysians, calling for ur action to show our ‘people’s power’ again! BOYCOTT THE NEWSPAPERS, READ NO LIES! Stop buying NST, THE STAR, Berita Harian, Utusan M’sia from Monday 17 March for 1 mth. They are feeding us with lies! BN could not accept d defeat & r now attacking the opposition & the new state gvnmts. There r bigger problems brewing in UMNO, MCA, MIC, Gerakan & PPP but not featured in the newspapers. Switch to Msiakini, M’siatoday, BBC, CNN, AlJazeera for real news. We M’sians r matured now. Pls send msg to 10 ppl u know NOW’. More...

"Jalan ke Putrajaya semakin dekat” - Anwar

dppwp.wordpress

ADA nada optimis apabila Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim memberitahu puluhan pemimpin kanan parti itu serta beberapa tokoh NGO agar “jalan ke Putrajaya semakin dekat”. Beliau berkata demikian dalam perjumpaan tertutup di rumah Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim petang semalam.

Menurut Anwar, biarpun apa yang dikatakan beliau itu ‘macam tidak masuk akal’ namun beliau memberikan bandingan, “Dulu saya kata PKR akan menang, orang tak percaya, pemimpin parti sendiri tidak percaya, tapi alhamdulilah kita menang juga,” katanya.

Sebelum ini, Anwar pernah memberitahu bahawa parti itu mensasarkan 30 kawasan parlimen tumpuan, tetapi seperti kata Anwar sendiri, ‘tidak ramai yang percaya,”.

Bahkan seorang pemimpin kanan PKR memberitahu penulis, tiga hari sebelum pilihanraya lalu, Anwar memberitahu beliau Barisan Rakyat akan menang sekurang-kurangnya 45 kerusi Parlimen.

“Saya tidak percaya waktu itu,” katanya.

Bahkan, menurut pemimpin yang tidak mahu namanya disebutkan itu, Anwar sendiri pada hari-hari akhir sebelum pembuangan undi mengatakan pembangkang boleh menawan Selangor dan Pulau Pinang.

“Ketika itu Perak dan Kedah tidak termasuk dalam perkiraan kita lagi,” katanya.

Berbalik kepada pertemuan Anwar dengan pemimpin-pemimpin PKR, kata sumber, Anwar menekankan bahawa semua ADUN dan Ahli Parlimen yang dipilih rakyat mesti balik ke kawasan masing-masing dan menubuhkan Pusat Khidmat secepat mungkin.

“Anwar menekankan peri pentingnya pemimpin PKR dilihat berkerja untuk rakyat jika mahu mengekalkan kemenangan besar parti,” kata beliau.

Jelas beliau, Anwar juga memberi amarah bahawa parti tidak teragak-agak mengambil tindakan kepada sesiapa sahaja yang terlibat dengan rasuah dan penyelewengan kuasa.

“Tiada kompromi dan kita akan pecat jika terbukti bersalah biarpun dia ahli Parlimen kita sendiri,” kata Anwar tegas.

Dalam pertemuan tersebut, Anwar juga memberitahu bahawa beliau ada berunding dengan ahli-ahli Parlimen BN yang ingin meloncat parti.

Namun syaratnya jelas, “Tiada bayaran dan mereka mesti menerima agenda kita,” kata Anwar.

Sementara mengenai, kedudukan ahli majlis, lembaga pengarah syarikat di negeri-negeri yang dikuasai Barisan Rakyat, Anwar membayangkan bahawa, beliau tidak akan bertolak ansur dengan mana-mana pihak yang melobi kedudukan tersebut.

“Kita pilih berdasarkan merit, kalau layak, layaklah, kalau tidak kita akan pilih orang yang layak biarpun bukan pemimpin parti,” kata Anwar.

ORANG BN SELANGOR KENA GALI PERIGI

air selangor
cikguyusof.blogspot.

NAMPAKNYA ramai warga kota Kuala Lumpur yang mahu berpindah ke Selangor sejurus negeri itu mengumumkan bekalan air secara percuma bagi warga negeri itu sehingga 20 meter padu sebulan mulai bulan depan (April). Menteri Besarnya, Tan Sri Khalid Ibrahim menyebut 20 meter padu penggunaan air adalah untuk kegunaan rumah atau domestik sebulan bernilai RM11.40.

Di Selangor terdapat hampir satu juta pengguna domestik dan ini bermakna hampir RM11.4 juta kutipan air sebulan akan dikecualikan. Langkah bijak Tan Sri Khalid ini dipercayai akan "menyentuh" hati setiap pengundi yang inginkan perubahan dan langkah ini diyakini menyukarkan BN untuk kembali berkuasa di Selangor.

Dalam perkembangan lain, rakyat di Kedah, Pulau Pinang dan Perak serta Kelantan juga mahukan "hidangan" serupa terlaksana di negeri mereka. Sekurang-kurangnya, ia akan mengurangkan bebanan hidup yang membungkam mereka sejak pelbagai barangan keperluan naik mencanak!

Secara simboliknya, orang-orang Umno dan BN di Selangor terpaksa minum dan mandi air subsidi dari Kerajaan Barisan Rakyat, jika tidak terpaksalah menggali perigi atau membeli air dari Kuala Lumpur.

Looking for a Bottom!

happenstance0203

The Cabinet line-up has been announced. It is a fair one but the market is not giving Nor Mohd Yakop a tumultuous welcome as Finance Minister II. Shahril inclusion as the Minister of Domestic Trade is a breath of fresh air! Pongy Rafidah, Jamaluddin, Radzi Shekh and Azmi Khalid has been booted out to the happiness of Malaysians. Too bad, we still have to see to looks of Azalina Osman - Minister Incompetence Extraordinaire! and shoo-in.

The CI continued to go to penguinland,albeit a ta slower pace. GLCs continued to get hit though some were recovering this morning. The water stocks continue to be sold down even though there was a light buying of KPS in the morning. Puncak is heading for a helluva beating because of that silly below the belt agreement signed on the fleeting hours of the dying UMNO-led government of apparently botoxy ex-MB!At noon, CI fell nominally by 2.27 points bringing down the market level to 1175.26. There were 168 gainers and 409 losers. Volume was 271 million shares worth RM485 million.

Gainers were led by BAT up 50 sen; KFC climbing 25 sen and LKT adding 24 sen. Tanjong went up 20 sen. The losers included Parkson down 35 sen,Puncak sinking 33 sen, Asiatic being pummeled 30 sen and Haisan slipping 28 sen.

Portfolio saw Genting adding 5 sen to RM6.15,Resorts world adding 6 sen to RM3.12. Metronic was unchanged at 8.5 sen. RCE lost 0.5 sen to 50 sen while BJ Sports Toto was down 2 sen to RM4.78. KHSB continue to lose,dropping also 0.5 sen to 33.5 sen.

Afternoon may see a good re-start after a fair Cabinet line-up! We should see some reclamation of lost price territory

CINA DAN INDIA SOKONG PAS

BATU PAHAT 17 Mac – Penerimaan masyarakat India dan Cina terhadap Pas merupakan faktor penting yang telah membantu kejayaan dua calonnya pada Pilihan Raya Umum Ke-12 di negeri ini pada 8 Mac lalu.

Pesuruhjaya Pas Johor, Datuk Dr. Mahfodz Mohamed berkata, kejayaan Pas menumpaskan calon Barisan Nasional (BN) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Maharani dan Sungai Abong menunjukkan parti itu kini semakin diterima oleh masyarakat Malaysia yang berbilang kaum.

Beliau turut menyifatkan kejayaan itu sebagai kemenangan 'anak jantan' bukan seperti kemenangan akibat masalah teknikal pada calon lawan di DUN Senggarang pada Pilihan Raya Umum Ke-11 .

"Ia merupakan perkembangan yang baik dan Pas bukan lagi parti yang ditakuti oleh orang bukan Islam terutama kaum Cina dan India khususnya di Johor yang sekian lama menjadi kubu kuat UMNO dan BN,'' katanya

Beliau berkata demikian kepada para pemberita ketika ditemui di majlis meraikan dua calon Pas yang menang pada pilihan raya umum di sini baru-baru ini.

Dua wakil rakyat Pas itu ialah Dr. Sheikh Ibrahim Sheikh Salleh yang berjaya menewaskan calon BN, Kamaruddin Suratman di DUN Sungai Abong dan Dr. Mohammad Taslim yang menewaskan calon BN, Datuk Mohd. Ismail Mohd. Shah di DUN Maharani.

Dr. Mahfodz berkata, cubaan Pas Johor mencalonkan wanita bukan Islam daripada Lujnah Perpaduan Nasional (LPN) yang diwakili peguam, R. Kumutha, 29, yang juga ahli Kelab Penyokong Pas turut berjaya menarik sokongan pengundi bukan Islam.

Katanya, Kumutha yang bertanding di DUN Tiram berjaya memperoleh 8,827 undi sementara penyandang kerusi DUN itu, Datuk Maulizan Bujang daripada BN mendapat 17,005 undi.

Awas! Ada Musang Berbulu Ayam

riwayathayat.

Beberapa orang teman terkejut apabila mengetahui yang saya telah melakukan tapisan terhadap ulasan-ulasan yang singgah di blog ini. Kata mereka, tindakan saya itu bakal merosakkan imej sebagai seorang pendukung kebebasan bersuara. Petang semalam, saya kembali melupuskan praktik tersebut dan kini ulasan serta komentar dalam blog ini kembali bebas tersiar.
Saya punyai alasan tersendiri dalam hal ini. Menyorot kembali entri 'Awas! Ada Musang Berbulu Ayam', jelas terdapat beberapa individu yang sensitif lantas melatah tanpa memikirkan kesan dan akibatnya kepada diri mereka sendiri. Saya menganggap pihak yang merasakan diri mereka 'musang berbulu ayam' ini sebagai terdesak dan gelisah serta kurang matang dalam berhadapan dengan realiti. Bermula dari kesilapan mengeluarkan kenyataan, seterusnya menukar identiti melalui nama samaran, 'musang' yang sedang resah ini kemudiannya mengambil tindakan jahat dengan menyerang dan mencemuh peribadi beberapa individu yang sebetulnya tidak ada kaitan dengan persoalan yang dibangkitkan.
Saya suka untuk menjawab tuduhan fitnah seorang bekas 'pemimpin' mahasiswa (yang kandas dalam pengajiannya) yang menyebut saya sebagai penyebab kejatuhannya sewaktu beliau berkuasa sebagai seorang pimpinan kampus serta menyebabkan kehidupannya terumbang-ambing. Persoalannya, apakah saya yang menentukan hala tuju hidup individu ini? Jika benar saya punca kejatuhannya, maka saya kira hujah beliau cukup dangkal memandangkan saya hanyalah seorang mahasiswa biasa tanpa kuasa yang mampu menentukan naik turun seseorang. Bekas 'pemimpin' mahasiswa (yang kandas dalam pengajiannya) ini harus merenung dirinya kembali. Urusan pemecatan dari kampus ini merupakan subjek di bawah bidang kuasa pentadbiran universiti, bukan saya.
Jika dibaca kembali entri 'Awas! Ada Musang Berbulu Ayam', jelas bahawa saya tidak pernah menyebut atau menuduh nama sesiapa pun, namun demikian masih ada juga seorang dua individu yang resah. Dan individu-individu resah ini kemudiannya menyerang dan mencemuh peribadi mereka yang langsung tiada kaitan dalam isu ini.
Kelab Anwar Ibrahim (AIC), sebuah organisasi anak muda yang mewacanakan idea serta pemikiran Anwar Ibrahim dijadikan sasaran fitnah dan lepas-geram individu-individu resah ini. Melalui penyamaran identiti, individu yang dikesan sebagai salah seorang pemimpin AIC ini mencemuh dan mengeluarkan kenyataan-kenyataan berniat jahat yang disanggah oleh banyak pihak. Tuduhan-tuduhan jahat tanpa asas ini mengingatkan saya kepada tragedi yang menimpa Anwar hampir 10 tahun yang lalu gara-gara fitnah dan permainan kotor pihak yang tidak menyenanginya. Ini kelihatan mulai berlaku dalam AIC, melalui individu yang dikatakan diangkat sebagai pemimpin organisasi itu sendiri.
Situasi sebegini akhirnya memaksa saya untuk mengambil tindakan menapis semua ulasan yang singgah di blog ini demi memastikan tidak ada individu yang bakal teraniaya dek kerana agenda politik sempit segelintir oportunis yang rakus kuasa.
Saya menyeru kepimpinan AIC agar dipertimbangkan satu rombakan kepimpinan demi meletakkan semula objektif AIC pada landasan yang sepatutnya. Reputasi serta kredibilti AIC sebagai sebuah kelab pemikiran tidak seharusnya dipertaruhkan setaraf dengan kelab Mat Rempit ala Putera UMNO yang sarat dengan para oportunis rakus kuasa.
Barangkali benar dugaan saya. Musang berbulu ayam mungkin wujud dalam lingkungan kakitangan di pejabat Anwar. Sama-sama kita tunggu dan lihat apa pula percaturan mereka selepas ini.

BN AKAN TUMBANG

PRU-12: HoT..HoT..HoT-"ANWaR SeDiA TuBuH KeRaJaaN PuSaT, BN AKaN TuMBanG BiLa-BiLa MaSa...
saiful-anis.

Pemimpin utama pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim bersedia untuk menubuhkan kerajaan bagi menggantikan Barisan Nasional, namun tindakan tersebut tidak akan dilakukan secara tergesa-gesa. Bagaimanapun Harakahdaily difahamkan, Anwar yang diuar-uarkan bakal Perdana Menteri telahpun mengadakan perundingan dengan parti-parti gabungan pembangkang untuk menyediakan 'Kabinet Bayangan', terutamanya jika terjadi apa-apa kepada BN.

Dalam kenyataannya semalam, Anwar memperakui terdapat 'sejumlah' anggota Parlimen BN yang ditemui dan berhubung dengannya bagi menyatakan kesediaan mereka untuk menyertai Parti KeADILan Rakyat atau mana-mana parti gabungan pembangkang. Namun menurut Anwar, beliau tidak akan mempraktikkan amalan 'membeli wakil rakyat' atau menjanjikan apa-apa jawatan bagi mereka yang berhasrat untuk menyertai pembangkang. Pakatan pembangkang menguasai 82 kerusi daripada 222 kerusi di Parlimen. BN hanya memenangi 140 kerusi sahaja, kehilangan majoriti dua pertiga, pertama kali selepas 50 tahun memerintah.

51 kerusi Parlimen adalah diwakili dari kawasan Sabah dan Sarawak. Jika fenomena ini berlaku, bermakna pembangkang akan memperolehi 112 berbanding BN 110, kelebihan dua kerusi untuk memerintah Malaysia. Menurut sumber, berdasarkan perkembangan terkini, tidak mustahil Anwar boleh memperolehi tambahan 30 kerusi dari kalangan wakil rakyat BN, khususnya daripada Umno untuk menyertai pakatan pembangkang.

"Sebenarnya kita percaya Anwar boleh mendapatkan lebih dari 30 kerusi." "Perubahan kerajaan (Pusat) boleh berlaku pada bila-bila masa, namun kita tidak mahu ianya berlaku secara tergesa-gesa kerana ia boleh menimbulkan keresahan rakyat dan menjejaskan kepentingan para pelabur," kata sumber yang rapat dengan Penasihat KeADILan itu. Anwar bagaimanapun secara berterusan mempertegaskan agenda ekonomi untuk semua pihak sama ada rakyat atau sektor korporat bagi menjamin keselesaan pada masa akan datang. Dalam kenyataan medianya sejak akhir-akhir ini, Anwar sering memberi penekanan kepada persoalan ekonomi dan taraf hidup serta jaminan pelaburan, dipercayai untuk memberikan keyakinan kepada rakyat.

Menurut sumber, Anwar sedang berusaha untuk menubuhkan kerajaan yang stabil, membawa masuk pelaburan asing dan mempertingkatkan taraf ekonomi rakyat. Pada masa ini dilaporkan, Anwar banyak membuat perjumpaan dan perundingan dengan pelabur-pelabur asing dalam dan luar negeri bagi menyatakan komitmen dan jaminan semuanya tidak akan terjejas jika Kerajaan Persekutuan bertukar. "Kita tidak ada 'target date' bila perubahan kerajaan akan berlaku, mungkin dalam tempoh terdekat atau setahun dua. "Keadaan tergesa-gesa tidak akan berlaku, lagi pun kita mahu Anwar berpeluang masuk ke Parlimen sebagai Ahli Parlimen terlebih dahulu, untuk menjadi Perdana Menteri," kata sumber berkenaan - HaRaKaHDaiLY (18 Mac)

P/s: I wish this could be happen ASAP...We knew that you're capable of doing these reforms...

Ada Abdullah memohon maaf?

penarikbeca

Mungkin ramai yang sudah terlupa berita Utusan Malaysia bertajuk "Nik Aziz mohon maaf kesilapan kerajaan negeri" yang disiarkan selepas pilihan raya umum ke-11 2004 yang lalu. Tok Guru merendah diri memohon maaf. Soal dia cadang atau tidak cadang, soal dia buat atau tidak buat, itu soal lain. Dia ketua kerajaan negeri Kelantan, dia bertanggungjawab.

Lantaran itulah Tok Guru memohon maaf dan mungkin rakyat Kelantan telah memaafkannya.

Polis mengganasi rakyat yang memprotes harga minyak (Ihsan Malaysiakini)

Barisan Nasional pimpinan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi boleh dianggap kalah di Semenanjung dalam pilihan raya umum 8 Mac lalu. Setakat ini, saya tidak ingat membaca mana-mana laporan bahawa Abdullah memohon maaf. Tidak juga dalam wawancara ini. Mungkin ada, tetapi saya tidak baca dan tidak juga terjumpa.

Anda pernah melihat, mendengar atau membaca mana-mana media melaporkan Abdullah memohon maaf?

MAT TYSON Tak Lepas BPR Boleh Jadi Menteri?

The BlogHuntercuitsikit

Perlantikan Tan Sri Muhammad Muhd Taib menjadi Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah sungguh mengejutkan.

Ini kerana menurut cakap-cakap di UMNO Pusat, telah dua kali nama Mat Taib dicalonkan oleh UMNO Selangor untuk pilihan raya tetapi digugurkan kerana tidak lepas tapisan BPR.

Justeru kita tertanya-tanya apakah tidak layak jadi calon tapi layak jadi Menteri?

Posting terkini

Blog Archive