KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

May 14, 2008

Makanan pengaruh sikap kita

Dulu pernah wak keluarkan artikel tentang 'pemakanan pengaruhi sikap'. Kenapa kita dilarang makan daging babi dan haiwan yang tidak disembelih dengan sempurna. Tanpa kita sedari berapa banyakkah makanan yang tidak disembelih dengan sempurna dan makanan haram yang memasuki tubuh kita menyebabkan kita ketinggalan dalam semua perkara? ...... Lama dah arikel ini tapi berbaloi untuk dibaca.

Makanan tidak halal pengaruhi sahsiah diri
dipetik: jphk
oleh Mohd Zamri Shafie

FIRMAN Allah bermaksud: “Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan kepada kamu memakan bangkai dan darah dan daging babi dan binatang-binatang yang disembelih tidak kerana Allah. Maka, sesiapa terpaksa (memakannya kerana darurat) sedangkan dia tidak mengingininya dan tidak melampaui batas (pada kadar benda yang dimakan itu), maka tidaklah dia berdosa. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” (Surah al-Baqarah, ayat 173)
Makan dan minum adalah suatu perkara yang harus sifatnya bagi manusia. Oleh itu, ada suruhan dan larangan daripada Allah bagi aspek pemakanan manusia. Ia adalah peraturan bagi memelihara daripada terjebak dalam kemudaratan terhadap kesihatan fizikal dan rohani.

Makanan tidak halal secara maknawiyah amat memberi kesan kepada pembentukan sahsiah diri dan ahli keluarga. Islam menganjurkan agar umatnya berhati-hati dalam pengambilan sebarang bentuk pemakanan.

Begitu juga dengan sumber makanan atau rezeki yang disuapkan ke dalam mulutnya. Unsur riba, rasuah, perjudian dan hasil haram lain wajib dielakkan.

Allah membuat penegasan bahawa rezeki yang diperoleh dengan cara yang tidak halal akan diberi balasan yang setimpal di akhirat nanti.
Firman-Nya bermaksud: “Dan juga (disebabkan) mereka mengambil riba, padahal mereka telah dilarang melakukannya, dan (disebabkan) mereka memakan harta orang dengan jalan yang salah (tipu, judi dan sebagainya). Dan (ingatlah) Kami telah menyediakan bagi orang yang kafir antara mereka, azab seksa yang tidak terperi sakitnya.” (Surah an-Nisa', ayat 161)
Rezeki daripada hasil haram akan menumbuhkan tubuh, darah dan daging yang akan menjadi bahan bakar api neraka. Setiap suap makanan yang tidak halal, diisi ke perut akan memberikan kesan kepada tindakannya.
Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud: “Setiap daging yang tumbuh daripada makanan (sumber) yang haram, maka api nerakalah yang paling layak baginya.”
Perilaku seseorang akan berubah dengan sikap atau perangai yang buruk. Tindakannya akan menjurus kepada hawa nafsu dan mengikut telunjuk syaitan.
Ingatan ini turut dirakamkan menerusi firman-Nya bermaksud: "Wahai sekalian manusia! Makanlah daripada apa yang ada di bumi, yang halal lagi baik, dan janganlah kamu ikut jejak langkah syaitan, kerana sesungguhnya syaitan itu ialah musuh kamu yang terang nyata bagi kamu. Ia akan menyuruh kamu melakukan kejahatan dan perkara-perkara yang keji, dan (menyuruh) kamu supaya berkata (dusta) terhadap Allah, apa yang kamu tidak ketahui (salah benarnya)." (Surah al-Baqarah, ayat 168-169).
Makanan yang halal menjadi syarat utama bagi kesucian amal yang akan diterima oleh Allah. Orang yang beriman digesa agar segala amalnya bersih, jiwa dan hatinya digerakkan oleh kekuatan darah yang bersih. Sumbernya pula mestilah halal dan tubuh badannya dijauhi daripada hiasan pakaian yang bersumberkan yang haram.
Menurut sebuah hadis yang diriwayatkan oleh at-Tabrani dari Ibn Abbas, katanya: "Pernah aku membaca di sisi Rasulullah ayat al-Quran (bermaksud): Wahai sekalian manusia! Makanlah dari apa yang ada di bumi, yang halal lagi baik." (Surah al-Baqarah ayat 168).
Kemudian Saad Bin Abi Waqqas bangun seraya berkata: “Ya Rasulullah! Aku memohon kepada Allah supaya dijadikan aku orang yang diperkenankan doanya. Lantas baginda bersabda : “Wahai Saad! Baguskanlah (Makanlah) makanan engkau, nescaya engkau adalah orang yang diperkenankan doa (permintaan). Dan demi diri Muhammad di tangannya, sesungguhnya seorang hamba yang menyuapkan sesuap makanan haram ke perutnya, Allah tidak menerima amalnya 40 hari. Dan sesiapa di kalangan hamba Allah yang tumbuh dagingnya dari makanan yang haram, maka api neraka yang lebih layak baginya.”

Menurut riwayat yang lain, Saad Bin Abi Waqqas yang terkenal sebagai sahabat Baginda yang diperkenankan doanya. Beliau berkata: “Bahawa aku tidak pernah mengangkat sesuap makanan ke mulutku melainkan aku tahu dari mana datangnya dan dari mana keluarnya."

Sabda Rasulullah daripada Abu Hurairah bermaksud: "Sesungguhnya Allah itu baik, Dia tidak menerima melainkan yang baik. Dan sesungguhnya Allah memerintahkan orang mukmin apa-apa yang Dia perintahkan kepada Rasul.
Maka, Allah berfirman bermaksud: “Wahai Rasul-rasul, makanlah dari benda-benda yang baik lagi halal dan kerjakan amal-amal yang soleh. Dan Dia berfirman: Wahai orang yang beriman! Makanlah dari benda-benda yang baik (yang halal) yang telah Kami berikan kepada kamu.
Kemudian ia menyebutkan seseorang lelaki yang jauh perjalanan, yang kusut rambutnya lagi berdebu mukanya, lalu ia menadah kedua-dua tangannya ke langit (berdoa): Wahai Tuhanku! Wahai Tuhanku! Padahal makanannya haram, minumannya haram dan pakaiannya haram, dan (mulutnya) disuapkan dengan yang haram. Maka bagaimanakah akan diperkenankan doanya?" (Hadis riwayat Muslim)

Faktor lain yang menjurus kepada aspek penting dalam mengambil makanan yang halal juga bersangkut-paut dengan pembentukan kesempurnaan iman. Iman amat berkait rapat dengan hati atau jiwa. Sekiranya sesuap makanan itu tidak halal ia memberi kesan langsung terhadap peningkatan iman dan takwa seseorang itu kepada Allah. Jika hatinya dicemari dengan unsur-unsur yang boleh melemahkan keimanan dan keyakinan yang menjadi dasar kehidupan umat Islam.

Sabda Nabi yang diriwayatkan daripada Anas bermaksud: "Tidak lurus iman seseorang hamba hingga (lurus dulu) hatinya." Iman yang mantap akan menggerakkan kepada amal kebaikan dan sebaliknya.

Kebaikan dan kejahatan amat bergantung kepada hatinya sebagai pusat menggerakkan arahan. Hati dan jiwa perlu dipelihara dan disuburkan dengan iktiqad yang benar, kepercayaan yang luhur dan keyakinan yang bersih daripada sebarang kekotoran.

Untuk menjadi umat yang kuat dari segi mental dan fizikal, pemakanan yang berkualiti dan seimbang wajar dibudayakan sebaiknya. Fitrah kejadian manusia menghendaki setiap apa yang diterima oleh tubuh badan mestilah yang terbaik.

Tubuh yang baik akan mencerna kehidupan yang produktif dan progresif, seterusnya menjadi umat yang terbaik.

Kesejahteraan hidup haruslah diusahakan oleh tangan manusia, sekiranya manusia lalai dan alpa, maka akan lahirlah masyarakat yang lemah dan tidak bermaya.

China bloggers cook up quake conspiracies



timesonline - [...] Broadband connections across the country are pulsing with rumours of "earthquake omens" involving toads or butterflies - all allegedly ignored by the authorities. Some even talk of a vast pre-Olympic conspiracy.

One blogger from Shandong province, in eastern China, wrote that more than a month ago, he went to his local earthquake resesarch centre several times to report that his animals had been disturbed and restless.

But, he wrote: "They not only ridiculed me, they accused me of making up stories."
Related Links

Other blogs link to Chinese newspaper reports of bizarre natural occurrences in the past few weeks.
The Chutian Metropolis Daily reported that on April 26, 80,000 tonnes of water suddenly drained from a large pond in Enshi, Hubei province. The province shares a border with Chongqing Municipality, which was devastated by the earthquake on Monday.

On May 10, a Sichuan-based newspaper, the West China Metropolis Daily, reported that hundreds of migrating toads descended upon the streets of Mianyang, the second largest city in the province which neighbours Wenchuan County, the epicentre of the earthquake. ...selanjutnya [KLIK DI SINI]

"Pemberontakan" Sabahan Bakal Bermula?

atranungkite - [...] Rakyat Sabahan sekalian, politik Sabah bakal mengalami gelombang Tsunami ke-2 ekoran dari “cakap-cakap” pemimpin veteran Sabah, tindak-tanduk pemimpin kita yang “pelik” pada persidangan dewan parlimen dan info sulit yang saya perolehi dari maklumat “dalaman” beberapa parti politik di Sabah. Pemimpin-pemimpin Sabah bakal “memberontak” kerana cukup merasa tersisih dari arus perdana medan politik Negara apatah lagi Sabah dan Sarawak memegang “anak kunci” kepada ketuanan mutlak Melayu UMNO. Hati-hatilah kamu BN!

Tidak salah jika saya katakan 1 undi Sabahan atau Sarawakian lebih penting dari 100 undi saudara kita di Semenanjung Malaysia di dalam konteks hidup mati parti “baru” UMNO. Ya, ini bukan parti UMNO yang digagaskan oleh Dato Onn Jaafar, Dato Panglima Bukit Gantang, Dato Nik Ahmad Kamil dan Dato Hamzah Abdullah pada 1946 tetapi parti baru yang mengguna-pakai nama UMNO semula yang didaftarkan pada 1988 berdasarkan corak pemikiran pemilik Chedet.com blog.

Inilah masa dan ketikanya pemimpin-pemimpin Sabah mempertaruhkan karier politik serta prinsip perjuangan mereka yang “kotor” selama ini demi kepentingan bersama di masa akan datang. Jatuh bangun mereka selepas ini akan menetukan hala tuju negeri Sabah seterusnya sama ada masih lagi ingin menjadi antara negeri yang termiskin di Malaysia walhal Sabah lebih kaya dari Selangor, lebih kaya dari Terengganu malah jauh lebih kaya dari Kelantan ataupun mahu membangun seiring sejalan dengan pembangunan pesat seperti di Semenanjung Malaysia.

Realitinya Malaysia tidak mampu berdiri se-gah negara-negara membangun yang lain jika bukan kerana sumbangan Trillion Ringgit royalti minyak dari Sabah, Sarawak dan Terengganu selama berpuluh tahun selama ini apatah lagi berbangga dengan pencapaian ekonomi negara yang hanya sekadar meminjam bank minyak Sabah, Sarawak ataupun Terengganu.

Bukan sahaja pinjaman tersebut di”lupa”kan atau di”abai”kan malah isu-isu untuk menaikkan peratus royalti sering dipermainkan oleh pemain-pemain terkenal di dalam gelanggang politik negara. Aiiii takkan duit sendiri pun mahu dikawal oleh orang lain kan! Woiiiiii sedarlah sikit BN, lu guna duit gue lah….duit gue sejak zaman nenek moyang gue lagi. ...selanjutnya [KLIK DI SINI]

Reformasi .... siapa punya?

http://bigdogdotcom.files.wordpress.com/2007/04/reformasi.jpgRadenjowo
Kalau merujuk kepada perjuangan Keadilan pada tahun 1999, mereka lebih kepada usaha reformasi yang berlandaskan kepada pembebasan rakyat dari kuasa diktator Barisan Nasional. Kerana muaknya rakyat dengan Kerajaan tersebut, maka pada pilihanraya ke 12, mac lalu, kejayaan parti Pakatan Rakyat telah tercapai. Namun bukan semua menjadi milik pembangkang kerana pada saat akhir tempoh berkempen, dakwat jari telah di batalkan penggunaannya. Semua ini dilakukan untuk BN terus kekal berkuasa. Dan kini beberapa negeri telah jatuh ke tangan PR sementara kerajaan Pusat masih di kawal selia oleh Kerajaan BN. Bukan mudah, ada perkara perkara yang masih menjadi halangan. Perjuangan masih panjang.

Adun dan Ahli Parlimen lantikan Keadilan kebanyakannya adalah calun lompat. Ramai antara mereka bukan lah wakil tempatan. Kesukaran ketika itu adalah kerana kurangnya pembabitan rakyat tempatan yang mempunyai kelulusan dan layak menjadi pemimpin. Itu lah politik sekarang.

Kerana masa, maka semua di cekau guna jari dan pantang ada lompang, ia nya perlu diisi. Utara turun ke Selatan, Tengah naik ke Utara, Barat lari ke Timur dan pencalunan pun berjaya dibuat.

Jika kalah, tiada lah isu besar yang timbul. Tetapi tanpa di duga, banyak kerusi kerusi di menangi Pakatan Rakyat. Terima kaseh kepada UMNO kerana gagal mengekalkan kepercayaan rakyat pada mereka. Banyak isu yang menjadikan rakyat terlalu benci dan akhinya BN di tolak.

Pucuk sudah kelihatan tapi akarnya tidak mencengkam. Begitu lah yang berlaku pada Keadilan. Kejutan kemenangan telah melupakan seketika tentang tujuan pilihanraya diadakan dan kerana terkejut itu juga Selangor seperti terkapai kapai tidak tahu kemana harus di tuju dan tidak tahu dimana harus dimulakan dulu.

Menurut teman yang hadir di dalam mesyuarat Bahagian di Selangor mendapati, ramai ahli asal Keadilan yang berjuang bersama reformasi dulu, telah pun meninggalkan Keadilan. Bibit bibit perebutan kuasa mungkin dan sedang berlaku di dalam Bahagian Bahagian. Kelihatan beberapa individu yang perasan dirinya berjasa dan meminta balasan dari Ketua Bahagian.

Di dalam dewan semua bercampur, lama, baru dan ada jugak yang cuba menjadi baru, sebagai ahli.

Ada juga orang lama yang tidak ambil kisah dan masih dengan perjuangan reformasi. Tidak mengejar pangkat dan masih terus berdiam diri. Melihat lihat perkembangan yang berlaku dari peringkat cawangan ke bahagian. Kerisauan jelas kelihatan apabila menyedari bahawa perjalanan terlalu perlahan sedangkan rakyat menanti kan perubahan.

Yang menariknya, ada antara orang lama yang bimbang dengan kemasukan ahli baru. Menurut mereka ada usaha MCA dan parti komponen BN yang lain cuba untuk menyerap dan menubuhkan cawangan Keadilan di tempat tempat tertentu. Kerisauan ini membuatkan mereka sentiasa di dalam ketakutan dan berjaga jaga. Yang tambah menariknya, mereka mereka ini bukan dari pucuk pempinan dan tidak dikenali pun. Gaya seperti pahlawan kuntaw tapi rasanya ketika reformasi dulu, wajah pun tak kelihatan. Kalau ada yang mengekori, mungkin kita boleh tahu kemana mereka pergi. berkejaran di ibukota atau lebih kepada perniagaan.

Ada pula ahli lama yang LARANG serah borang kosong keahlian. Ada pula yang mengenakan pelbagai syarat untuk menyertai Keadilan. Keadaan ini menjadikan Keadilan sukar untuk bergerak di dalam Selangor. Di dalam PAS menggalakkan semua orang menyertai dan tidak kira dari parti mana, Keadilan di dalam terumbang ambing dengan perkara yang bukan bukan. Kerana itulah maka banyak isu di dalam menyuarat di bangkit kan sedangkan ia tidak berkaitan menjadikan mensyuarat Bahagian berlanjutan sehingga sampai ke 3 jam.

Walaupun sudah ditegah untuk tidak mendiskriminasikan sesiapa dalam menyertai Keadilan, namun kebimbangan hilang jawatan telah menyelubungi peringkat bawahan sehingga sukar benar ianya untuk menjadi lebih maju.

Kerana itu sekarang, Keadilan di dalam laungan reformasinya, sebenarnya mereka keletihan dengan isu isu yang remeh temeh sehingga bergerak perlahan dan ketinggalan. Beberapa persoalan yang timbul di dalam kepala. Adakah reformasi dahulu benar benar oleh ahli keadilan atau di bantu oleh parti lain? Baik pada tahun 1999 dan selepas itu. Namun sehingga sekarang, bila cerita tentang Reformasi, ahli Keadilan berkata, itu mereka yang punya dan mereka lah yang bereformasi.

Apa yang boleh dibuat kesimpulan, REFORMASI bukan lah milik Keadilan semata mata. Reformasi adalah milik semua orang. Tujuan sebenar adalah untuk menjatuhkan kepimpinan Barisan Nasional dan ini adalah hak semua orang yang mahukan reformasi berlaku. Tak kira dari PAS, DAP, Keadilan mahupun dari UMNO dan BN sendiri. So ..... kalau kita kaji, kenapa reformasi mendapat sambutan? Kita akan kata ianya adalah usaha bersama dan kalau hendak diselidik dari setiap kertas undi, yang tolak BN bukan lah Keadilan sahaja malah semua orang. Kenapa sukar benar untuk menjadi ahli Keadilan sedangkan tujuan kekukuhan parti terletak pada perkara pokok, keahlian.

Pada yang berada di dalam Keadilan, buka lah pintu agar semua orang boleh turut membantu. Kalau boleh hidup sendiri, maka letakkan sahaja notis "Keahlian sudah cukup dan ianya ditutup" Mudah kan? Tak payah nak panjang cerita. Buang masa dan membazir bill elektrik kerana mesyuarat berjela jela, tapi masalah tak selesai.

Sukar nya rakyat nak bantu kerana ada segelintir apek apek dan mamat mamat yang kekang perjalanan menjadi lancar. Berpolitik di peringkat bawahan kalahkan pemimpin besar. Cakap lebih, buat kerja kurang, tapi nak habuan.

Weyyyyy.... kalau betul betul hebat, tunjuk pada kerja dan bukan pada kata. Cakap semua orang boleh cakap, buat kerja belum tentu lagi. Kalau nak layan orang seperti ini, rasanya buang masa kerana mereka mereka ini lah menyebabkan kerja terbengkalai. Kepada pemimpin pemimpin Bahagian. Kamu layan, masa terbuang, lupa kan soal remeh temeh dan teruskan perjuangan. Masih ramai diluar sana yang mahu menjadi ahli dari layan manusia seperti ini.

Kalau di fikir fikirkan, seronok lagi ketika reformasi. Perjuangan ketika itu adalah sama, untuk reformasi dan kejayaan pada waktu itu adalah melarikan diri dari pihak berkuasa. Ingat.....Pakatan Rakyat menang 5 negeri sahaja. Kalau kalian leka ..... yang dikejar tak dapat yang di kendong keciciran

Khalid, beware your balls!

selangortoday - [...] I’m not into more about the seminar. Talks during lunch and coffee time were more interesting. First, I had the opportunity meeting old pals during my newspaper days. One guy that really touched me was Nasir. He was the former Selangor Menteri Besar (Mohammad Taib) Press Secretary.

We talked about yesteryears. I still vividly remember helping Nasir writing text for the former MB when he was too exhausted.

“When Abu Hassan came in as Selangor MB, he flushed all of “Muhamadtaibism” in the state secretariat”, recalled Nasir. He further relied to me how he was chased out of his quarters in a manner of a convict. Nasir asked me if I experienced something like him?. I whispered to him, I lost and closed my business.

With this, I pondered why my present MB is a little slow dispensing the many questionable heads in the state secretariat, GLCs and state bodies.

Before goodbye, Nasir asked me to remind my boss TS Khalid to be very careful with some journalists from the MSM . I asked why?

“They will pull his balls down”, as he made his way to the exit.

Back home I browsed the net. I discovered what my old pal said was true. A lot of reports tried to discredit him and even asking him to resign - like one in Malaysiakini.

I remembered what Khalid said in his response to my open letter to him. “ We are not only being smart, but must be smarter. We are not only clean, but must be cleaner than the previous one”.

Khalid seems to be slow in his acts. But no. He was just finding the better solutions to hundreds of problems inherited from the previous administrations. Khalid is the typical perfectionist he was....selanjutnya [KLIK DI SINI]

Hati hati dengan Ali Rustam

empanganjernih - [...] ITU DATUK WIRA MOHD ALI RUSTAM YANG BERTANDING DI DUN PAYA RUMPUT ,DI MELAKA DIWARWARKAN AKAN MENJADI KETUA MENTERI MELAKA YANG BARU( JIKA MENANG ) DALAM PILIHANRAYA KE-10 PADA 29 NOVEMBER NANTI.

DAHULU BELIAU MEWAKILI PARLIMEN BATU BERENDAM.

DIA INI ADALAH BUDAK SURUHAN TAN SERI ABDUL RAHIM TAMBY CHIK,BEKAS KETUA MENTERI MELAKA YANG MENJADI KESAYANGAN DR MAHATHIR DAN DR SITI HASMAH MOHD ALI, KERANA ITU BANYAK PERKARA SALAHLAKU YANG DILAKUKAN OLEH TAN SERI RAHIM PM TUTUP MATA TAPI TIDAK BAGI RAKYAT MELAKA.

DATUK WIRA MOHD ALI SEMASA TAN SERI RAHIM MENJADI KETUA MENTERI MELAKA BANYAK MEGALIRKAN AIR MATA KERANA BANYAK TANAH ORANG MELAYU DIAMBIL BALIK KONON DEMI UNTUK KEMAJUAN NEGERI MELAKA DENGAN BAYARAN YANG PALING MEMALUKAN WAKIL PARTI UMNO YANG MELAONGKAN HASRAT MENINGGIKAN MARTABAT BANGSA MELAYU....selanjutnya [KLIK DI SINI]

Tolak Khairy -Pemuda Johor mulakan

kzahmad - [...] Antara intipati ucapan adalah membawa maksud KJ mestilah pandai membawa diri bersama-sama Pemuda UMNO ibarat kalau menuruni lembah, sama samalah dituruni, kalau mendaki bukit sama samalah mendaki, bersama sama Pemuda UMNO. Juga disentuh, betapa mudah mendapat takhta, kelak cepat lupa daratan kalau tidak tahu mengemudinya. Saya masih ingat lagi….

Ketegasan juga diungkapkan sekiranya KJ gagal dalam pembawakannya sebagai Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia; prestasinya yang tidak baik, maka pemuda tidak akan teragak-agak menurunkan beliau. Mesej yang jelas itu mendapat tepuk gemuruh dari perwakilan tanda bersetuju. Saya masih ingat lagi.......

2004, kita tidak menolak KJ kerana pada ketika itu keadaan UMNO semuanya adalah baik baik belaka. Suasana ketika itu adalah 'feel good' dengan kepimpinan Abdullah Badawi yang mesra dengan gelaran Pak Lah, yang lemah lembut orangnya, yang berbeza watak berbanding Tun Mahathir....selanjutnya [KLIK DI SINI]

Pig Farm Issue in Papar

tilltheytellthetruth - [...] Why choose a pig farm to bully?

Is it because those Musa can’t eat pork and he can’t stand the temptation so he wants all Sabahan to follow him not to eat pork?

Both farms have over 1,000 pigs and have been operating since 2000. It’s stupid of the authority to ask them to stop work. What do they mean by stop work?

Stop feeding the pigs until the court verdicts? That will takes months even years by then those pigs would have become skeleton.

About breaching the land usage that was originally meant for agricultural activities, there are hundred of thousands of people breading cow, chicken, goat and etc all over Sabah illegally…

So go catch them all la…

Gila... all they want is under table money! When the owner refuse to pay more than they demanded after 6years! They start kacau2!!!...selanjutnya [KLIK DI SINI]

PENJUALAN LADANG SAWIT KEPADA BUKAN BUMIPUTERA

mtdpulautawar - UMNO Pahang semakin bergolak, terbaru semalam bekas Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Pahang Dato’ Ahmad Tajuddin Sulaiman yang meletakkan jawatan itu baru-baru ini telah mendedahkan penyelewengan yang berlaku atas penjualan ladang sawit milik UMNO kepada bukan Bumiputera. Pendedahan yang dibuat oleh Ketua UMNO Paya Besar itu membabitkan kawasan ladang sawit milik UMNO Pahang seluas lebih 1000 hektar dengan keuntungan mencecah RM600 juta. Akibat penjualan ladang itu, menyebabkan rata-rata pekerja ladang penduduk tempatan terutamanya di sekitar Kg. Paya Rambutan kini terpaksa berputih mata apabila pemilik baru ladang berkenaan mengambil pekerja asing yang lebih murah untuk bekerja sebagai buruh diladang berkenaan.

Perkara ini didedahkan dalam buletin 7.30 di TV3 pagi tadi. Menurut beberapa orang penduduk yang juga pemimpin UMNO tempatan, perkara ini telah beberapa kali dirujuk kepada pihak UMNO pusat. Namun segala laporan diendahkan oleh pihak berkenaan, mungkin juga mereka turut menerima habuan atas penjualan ladang berkenaan.

Sikap tutup mata pemimpin UMNO Pahang terutamannya Menteri Besar Dato' Seri Adnan Yaakob amatlah mengecewakan semua pihak terutamanya UMNO Bahagian Paya Besar. Menurut penduduk di kawasan berkenaan, sebelum ini pihak UMNO telah berjanji untuk menjualkan ladang tersebut kepada Yayasan Pahang. Namun, apa yang berlaku adalah sebaliknya. Mereka bukan sahaja menipu rakyat, malahan sanggup bersekongkol dengan menjual ladang berkenaan kepada bukan Bumiputra, sedangkan dalam masa yang sama mereka mengatakan parti pembangkang bekerjasama dan lebih mengutamakan kaum lain dari Melayu.

Ahmad Tajuddin mahukan perkara ini disiasat kerana kemungkinan besar ada pihak yang mendapat keuntungan lumayan atas penjualan harta UMNO itu. Kita menantikan komen daripada MB Pahang atas pendedahan berani TV3 ini.
...selanjutnya [KLIK DI SINI]

Posting terkini

Blog Archive