imej: melayuhot
Hmmm...macam macam kat Malaysia ni. Dah macam rumah urut lak.
Jun 11, 2008
Makan sampai climax
Labels: Islam
cilok & ciplak by radenjowo 2 comments
Orang Sarawak pengecut?
Samada pengecut, kaya atau tak ambil tahu. Tapi politik kat Sarawak ganas sikit. Kalau berlawan arus, bakal berdepan dengan ugut. Semua orang politik tau. Kat Sarawak, kalau berani sangat .... esok kepala kat semak, tangan kat hutan, kemaluan kat rumah dan Telinga kat ofis. Kalau tak caya tanya pada orang politik yang berkempen kat sana.
Tapi tabik gua bagi sama ni Ketua Bahagian Keadilan nihhh......
"Saya sudah maklumkan kepada ahli PKR, DAP, PAS dan rakyat miskin untuk menghadiri demonstrasi aman ini tetapi semua tidak hadir... semua mungkin takut," katanya kepada pemberita dengan nada kecewa di hadapan kediaman rasmi Ketua Menteri.
Selepas itu, Saidin ke pondok pengawal di situ meminta kebenaran berjumpa dengan Taib, namun beliau dimaklumkan Ketua Menteri berada di luar negara.
"Saya tidak pandai membaca. Saya tidak tahu Ketua Menteri berada di luar negara.
Kalau beliau ada, saya hanya mahu menyampaikan mesej kepada beliau," kata peniaga kecil itu.
Hampir sejam menunggu hingga 10 pagi, Saidin masih berseorangan. - klpos
Labels: Minyak naik
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Bahya .... mana mau pigi?
Aku ingat bagla mana tu. Rupanya 'Shahrir Ogos minyak naik'.
Bukan tak boleh .... cuma tak nak buat. Kalau Menteri dah boleh naik kemudahan awam, apesal tak pupuskan sahaja elaun korang. Setakat 10% potongan. Aik tu celah gigi je. Rakyat duduk rumah murah, pemimpin rumah kelompok kuarters la. Banyak potong elaun, lagi banyak kerajaan boleh untung. Semua tu boleh buat subsidi. Tapi Tok...kemudahan awam tu tak menyeluruh. Tok kena rasa naik bas dan teksi. Kalau masuk bas berhimpit, dapat cium bau ketiak orang Bangla dan pendatang lain. Itu baru real ......
Tapi jangan lupa tok...Elaun menteri bercuti di luar negara tu pun nak kena slash gak. Apa? Ingat dah tak der tempat menarik lagi ke kat Malaysia ni? Kan Membazir tu. Membazir tu kawan ngan syaitan. Amacam?
TRACKING THE SYSTEM: Domestic Trade and Consumer Affairs Minister Datuk Shahrir Samad arriving at the Express Rail Link station in Putrajaya yesterday, the second day he was trying public transport from his home in Jalan Tunku in Kuala Lumpur to his office in Putrajaya. His verdict after two days? “It’s not so convenient since there is no bus connection from my house to KL Sentral to take the ERL to Putrajaya. My wife has to send me to KL Sentral and my driver picks me up in Putrajaya. He will be bringing the matter up in the Cabinet today. Shahrir is a frequent user of ERL to KLIA - thestar
Labels: Belit Shahrir
cilok & ciplak by radenjowo 1 comments
'Sakabangsa' jadi bilik maki terkini
Pelayar ni pantang ada peluang .... belasah cukup cukup. Dulu Menteri dan pemimpin UMNO di belasah, pastu diorang tutup komen dan tapis. Sekarang bilik jerit baru dihasilkan.
Hai .... memang nasib la UMNO nih. Bukan je kena belasah masa pilihanraya, dah lepas pilihanraya pun kena belasah lagi .... korang tengok komen yang diorang terima. Mak aiii.....menarik jugak. Semua kutok semacam je. Ada blog susah, tak ada blog pun susah. Tak lama lagi ruang komen ni nak kena tapis ... mata tak tahan nak baca bro.
korang tengok antara kutukan kutukan maut yang diorang terima
KELAB PEMUDA JIWA LUKA said...Gua sedih huhuhu.... kesian......korang baca la sendiri .... di http://sakabangsa.blogspot.com/
saka...ni kalau bahasa melayu harian dikaitkan dengan warisan kepada perkara-perkara mistik dan tahyul, mungkin dalam kamus dewan maksudnya lebih jelas...
jangan media saka bangsa jadi saka berhantu mcm keris panca sitara..memburu tuannya sampai tidur tak nyenyak makan tak lalu...
akhirnya minta maaf..memalukan umat melayu..
hisham u sucks..!
------------------------------------------------------------------------
Pangkis Pangazou said...
Saya setuju dengan komen kelab pemuda jiwa luka.... especially "Hisham.. you sucks...!".
Era politik ala UMNO sudah lapuk dimakan masa. Kini tibanya kita tegakkan "Ketuanan RAKYAT MALAYSIA".
No one should be lord over others except GOD. So, Pemuda UMNO.... YOU ALL SUCKS!
------------------------------------------------------------------------
Azuri said...
baru sekarang nak dengar kata orang-orang Melayu.. Jahanam. UMNO fikir hanya mereka layak memerintah. Persetan dengan semua itu. Allah Taala dah sebut dalam Quran.. Dia yang mengangkat pemimpin dari kalangan Ahlul Bait - Bukan kamu UMNO...
Labels: sakabangsa
cilok & ciplak by radenjowo 6 comments
Mahathir diburu dosa dosa lama
Dah masuk 6 tahun Mahathir terlucut dari jawatan dan baru baru ini, keluar dari UMNO. Sekarang dah ada yang semakin berani. Dah tua, tapi pening sampai sekarang. Ada hikmahnya tu. Kes Vk tidak selesai dan sekarang masuk isu lain. Ingat kot dapat rehat dengan cucu, rupanya sampai tua kepala pusing.
Aku ingat kata kawan kawan. Sekali menipu, perlu 10 tipu untuk tutup satu tipu tadi. Mana mahathir nak lari. asyik di buru dosa lama.“Selepas apa yang berlaku kepada Tun Salleh Abas yang dipecat sebagai Ketua Hakim Negara pada 1988, mereka bimbang mengalami nasib yang sama jika ingkar terhadap arahan pihak berkuasa politik,” katanya ketika dihubungi Berita Harian, di sini semalam.
Ketika ditanya sama ada beliau pernah mengalami kejadian seperti itu, Shaik Daud berkata, beliau tidak pernah diganggu orang politik dalam tugasnya tetapi ada pihak atasan kehakiman cuba mempengaruhi tugasannya.
“Wujud cubaan daripada pihak atasan kehakiman yang memberi arahan kepada saya dalam satu kes membabitkan politik. Saya tidak mengendahkan arahan berkenaan dan memberikan penghakiman mengikut kesahihan kes itu,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Ian HC Chin, yang mendakwa bekas Perdana Menteri itu pernah membuat kenyataan berunsur ugutan untuk melucutkan jawatan hakim menerusi satu tribunal khas, jika keputusan mereka dalam kes tertentu tidak menyebelahi kerajaan. ..selanjutnya di Bharian
Rujuk berita lain ; Pendedahan hakim: Majlis Peguam terperanjat
dan Perbuatan bekas PM dianggap keterlaluan
Labels: Belit Mahathir
cilok & ciplak by radenjowo 3 comments
Debat Minyak .... Wal asal balik hasil
Baca dari analisa siasahreform
Satu hal yang ketara Salahuddin tidak berhujah dengan idea kepalanya sendiri dan nampak jelas dia lebih bersandar dengan kenyataan pihak lain dan merujuk petikan buku dan majalah.Walaupun dia diminta mengemukan idea sendiri tetapi saya bersetuju sangat dengan ketegasan Salahuddin yang menyatakan kita perlu mengenepikan politik tetapi semua pertubuhan politik dan NGO perlu diajak bersama bagi membincangkan masalah kenaikan petrol dan membincangkan secara terbuka akan plan jangka pendek dan panjang yang boleh dilaksanakan bagi menghadapi masalah minyak negara ini.Ada beberapa persoalan yang masih berlegar dalam kepala otak aku ... merujuk kepada soalan yang tidak berjawab dari Salahuddin kepada Shahrir ... kenapa kerajaan buat tindakan dan keputusan tanpa berbincang dengan kerajaan Pakatan Rakyat? Kalau pun berjam jam perbincangan di buat, tidak sekali pun mengajak Parlimen untuk berbincang. Bukan kah negara kita demokrasi dan di Parlimen adalah wakil wakil dilantik oleh rakyat?
Memang itulah masalah kerajaan kita yang mana keputusan sesuatu perkara cuma dibuat berdasar pandangan ahli kabinet sahaja . Adalah sangat baik digabungkan seluruh kepala bijak pandai kita berbincang biarpun selama enam bulan sekalipun dalam mencari pendekatan yang terbaik untuk kepentingan negara dan kesejahteraan rakyat.
Kerajaan tidak boleh mengenepikan begitu sahaja peranan pembangkang dan NGO dalam menyalurkan idea yang boleh dikongsi bersama oleh kerajaan. Salahuddin ada menyebutkan bahawa pembangkang pun ada tanggungjawab dalam soal yang dibangkitkan kerana mereka juga ada lima negeri yang perlu dijaga amanahnya . Bermakna pembangkang juga adalah kerajaan dan apalah salahnya dua kerajaan ini duduk di satu meja untuk mencari idea terbaik untuk kebaikan bersama dan rakyat. Tetapi saya lihat Dato' Shahrir seperti merasa YB salahuddin seperti nak berbanggakan dengan lima negeri yang dipegang oleh pembangkang....selanjutnya.
Seterusnya, kenapa lah perlu, minyak dinaikkan harga dan dalam masa yang sama subsidi diberi ... Wal asal balik asil, itu pasal tak hasil. Sedangkan kalau di kekalkan harga minyak, kemudahan itu dinikmati semua orang tetapi subsidi hanya sebilangan syarikat sahaja. Bimbang juga pengagihan subsidi yang tidak telus. Kalau di rujuk. kenaikan harga minyak menyebabkan kenaikan harga barangan lain, pastu .... bagi subsidi untuk kemudahan? Macam ada yang tak kena.
Kesimpulannya ... debat malam tadi, tak membawa sebarang kebaikan pada aku dan hari ini, minyak masih mahal dan aku kena bayar benda mahal yang sepatutnya aku beli murah. Aku tak bijak soal ekonomi, apa yang aku mau, harga minyak selari dengan pendapatan rakyat. Kalau tiada ..... buang masa. Apa Debat pun aku anggap hampessss....
Labels: Debat, Minyak naik
cilok & ciplak by radenjowo 1 comments
Hubungan Rahsia Khalid Ibrahim dan Lim Kim Hong
anotherbrickinthewall - [...] Mengikut jurucakap kumpulan ahli PKR itu, Remy Iskandar, pegawai kanan itu dipercayai telah meluluskan kontrak dan tender kepada empat buah syarikat tanpa pengetahuan menteri besar.
Penyelewengan itu didakwa melibatkan pengagihan kontrak pembersihan dan kutipan sampah di Petaling Jaya dan mereka mempunyai "semua dokumen yang boleh menjadi bukti."
Laporan yang tidak mendapat liputan suratakhbar perdana mungkin merupakan “tip of the iceberg”.
Mana mungkin seorang pegawai yang bekerja di pejabat Menteri Besar melakukan pemalsuan letterhead pejabat Menteri Besar? Adakah pegawai tersebut begitu bodoh untuk melakukan sesuatu kesalahan yang mudah dikesan?
Reaksi Khalid yang dilaporkan Sinar Harian Ahad seolah-olah membuat "ugutan" tindakan disiplin terhadap ahli-ahli PKR tersebut.
Ramai ahli-ahli perniagaan dan pegawai-pegawai kerajaan yang bekerja di Pejabat Kerajaan Negeri menyedari sesuatu perubahan.... selanjutnya.
Labels: MB Selangor
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Gambar menarik - Pink Turtle
pinkturtle.
Truck drivers began an indefinite strike over rocketing fuel prices at La Roca’s toll on AP-7 highway, near Barcelona, Spain. They were among 70,000 truck drivers who joined in the strike that blocked distribution centers and ports in their call for the government to establish a minimum haulage fee to counter a 35 percent rise in fuel costs over the past 12 months.Photo: Albert Gea/Reuters... selanjutnya.
Labels: Berita
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Berita pelik hari ini [10-June-2008/Selasa]
PKR man held over cheating [nst]
Koh to give up state Gerakan chief post [nst]
Mokhzani: I will not quit SIC [nst]
Call to remove tolls in Selangor [nst]
Food Watch: Most shops sticking to ceiling prices [nst]
Taxi drivers in the lurch [nst]
ACA grills PJ City Council officers [nst]
Govt undecided on monthly review or to wait till March [nst]
His wish for fourth wife granted [nst]
Elaun keraian menteri, timbalan dikurangkan 10 peratus [utusmeloya]
Pengundi Melayu tanggung padah [utusmeloya]
DAP dolak-dalik larangan pakai songkok [utusmeloya]
Selangor cari alternatif air mentah lain [utusmeloya]
Rakyat Selangor dapat 'hadiah' lagi [utusmeloya]
Tambang feri naik RM35 [utusmeloya]
BPR panggil pegawai MBPJ [utusmeloya]
Harga 6 barang basah naik [utusmeloya]
Rebat kenderaan dibayar Sabtu ini [kosmo]
Sudahlah tiket mahal, trip bas pula dipotong [kosmo]
Tambang feri ke Tioman bakal naik [kosmo]
Minta penumpang bayar lebih [kosmo]
Labels: Berita Semasa
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
