KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Aug 21, 2008

Permatang Pauh di waktu malam

... selanjutnya.

Permatang Pauh ... strategi Najib nak jatuhkan Pak Lah

“Bukan di sini saja, tapi di Seberang jaya pun sama..” Yang lain menambah.

“Memang BN tak dak hati perut. Tak mahu ambik tau perasaan rakyat.” Sambut seorang lagi rakyat situ. “Konon bawa slogan dengan kata-kata 'Rakyat Di Hatiku' di gambaq Datuk Najib TPM terpampang menyemak di kiri kanan jalan. Naik muak rakyat tengok. Lebih banyak gambaq dia dari gambaq PM, apa lagi dari gambaq calon!”

“Hang nak tau pasai apa gambaq Najib lagi banyak dari gambak Pak Lah? Sebenarnya, tu la projek Najib nak jatuhkan Pak Lah. Najib lagi banyak kampen dan ceramah dari Pak Lah di Matang Pauh ni!”

Demikian sembang-sembang rakyat Permatang Pauh... dalam catatan santai kali ini.,Undilah PKR. - ibnuhasyim

Surat Bantahan KeADILan kepada SPR

RUJUKAN KAMI: SUA2008/SPR/0115
TARIKH: 21 Ogos 2008

Yang Berbahagia
Tan Sri Dato' Seri Ab. Rashid b. Ab. Rahman
Pengerusi
Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia
Aras 4 & 5, Blok C7, Kompleks C,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62690 PUTRAJAYA

Yang Berbahagia Tan Sri,

Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

ADUAN BERHUBUNG PERJALANAN KEMPEN PILIHANRAYA KECIL P.44 PARLIMEN PERMATANG PAUH

Menemui Yang Berbahagia Tan Sri semoga dalam lingkungan kesejahteraan yang baik.

Merujuk kepada perkara di atas dan seperti yang kita maklumi bersama bahawa Pilihanraya Kecil bagi Parlimen Permatang Pauh sedang rancak berjalan. Pilihanraya kali ini dianggap paling menjadi tumpuan negara dan dunia kerana mempertemukan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat, Dato' Seri Anwar Ibrahim menentang calon dari Umno dan AKIM.

Adalah sangat mendukacitakan ketika seluruh rakyat dan masyarakat antarabangsa begitu berminat mengikuti perkembangan pilihanraya, namun perjalanan kempen pilihanraya terus dicemari dengan pelbagai salah laku kempen yang memperlihatkan kelemahan sistem demokrasi di Malaysia dan tentunya memperlihatkan kegagalan SPR untuk mengendalikannya secara adil dan telus.

Saya sangat mempersoalkan kredibiliti dan kerja SPR kerana apa yang timbul bukanlah perkara baru malahan ianya adalah perkara sama yang berbangkit pada setiap kali pilihanraya walaupun berbagai-bagai aduan, kritikan, dan cadangan telah dikemukakan kepada pihak SPR.

Sehubungan dengan itu saya meminta dan berharap agar SPR dapat meneliti untuk bertindak dengan serius dan bersungguh-sungguh terhadap aduan yang saya kemukakan seperti berikut;

i. Nama Pengundi Hilang

Dilaporkan bahawa terdapat lebih dari 900 pengundi yang namanya tercicir dan hilang daripada buku daftar pemilih bagi Parlimen P.44 Permatang Pauh. Nama-nama tersebut terdapat dalam senarai daftar pemilih yang lepas dan boleh membuang undi pada pilihanraya umum ke 12 baru-baru ini kini didapati tercicir dari daftar pemilih terbaru.

ii. Pemilihan Hari Bekerja Sebagai Hari Membuang Undi

Dilaporkan bahawa pemilihan hari Selasa 26hb Ogos, 2008 iaitu hari bekerja adalah sesuatu yang sangat dipersoalkan kerana akan menyukarkan kepada pengundi untuk membuang undi terutamanya pengundi-pengundi yang bekerja dan pengundi yang berada diluar kawasan.

iii. Menggunakan Agensi Kerajaan Untuk Tujuan Kempen Umno/BN

Agensi kerajaan telah dugunakan secara terang-terangan untuk berkempen bagi pihak Parti kerajaan Umno/Barisan Nasional. Penglibatan agensi kerajaan untuk tujuan kempen adalah menjadi suatu kesalahan dan melanggar etika kempen pilihanraya

iv. Laporan Media Yang Berat Sebelah

Laporan media terhadap kempen pilihanraya secara keseluruhannya menyebelahi calon Umno/BN dan pendekatan menyerang calon Parti Keadilan Rakyat secara keseluruhannya laporan media adalah sesuatu yang malang bagi prinsip etika media dan sistem Demokrasi Malaysia.

v. Penggunaan Pasukan Anggota Keselamatan

Kempen pada kali ini menampakkan kawalan keselamatan yang berlebihan. Ramainya anggota polis, menggunakan helikopter dan polis simpanan persekutuan adalah bertujuan untuk mengganggu kempen dan mewujudkan rasa takut kepada pengundi disamping media cuba melabelkan Parti Keadilan Rakyat dengan keganasan yang langsung tidak berasas sama sekali.

vi. Mengambil Kad Pengenalan Pengundi

Terdapat laporan petugas-petugas kempen Umno/BN telah berjumpa dengan pengundi dan mengambil kad pengenalan pengundi atau salinan kad pengenalan. Tindakan ini adalah menjadi suatu kesalahan dan mewujudkan kesangsian tindakan Umno/BN.

vii. Sogokan Wang kepada Pengundi

Dilaporkan bahawa kempen Umno/BN telah menggunakan sogokan wang untuk meraih undi. Petugas Umno/Bn bertemu pengundi menawarkan wang supaya pengundi diminta mengundi calon Umno/BN atau pun pengundi menyerahkan kad pengenalan mereka. Tindakan ini selain menyalahi etika pilihanraya dan mempunyai unsur amalan rasuah.

Kerjasama dan tindakan dari pihak Tan Sri saya hargai dengan ucapan terima kasih. Semoga usaha bersama kita memartabatkan demokrasi Malaysia akan mencapai kejayaan.

Sekian, terima kasih.

DATO' SALEHUDDIN HASHIM
Setiausaha Agung
Parti Keadilan Rakyat

rujukan Harakah

Hamzah Zainuddin yang buruk perangai

Anwar ugut akan menyaman Datuk Hamzah Zainuddin sebanyak RM10 juta kerana dituduh mengganggu isterinya. Isu ini adalah isu yang diulang ulang sejak tahun 1998. Rujuk lapuran Malaysiakini

Dulu kes ini pernah di bicarakan tetapi gagal.

Tuduhan terbaru ini pula di siarkan di dalam akhbar Sin Chew Jit Poh baru baru ini bertujuan untuk meracun fikiran rakyat untuk tidak mengundi Anwar pada pilihanraya di Permatang pauh pada 26hb ini.

Realitinya, Anwar menolak di ganggu oleh isteri ke 2 nya dan bertindak menapis dan menolak setiap panggilan yang dibuat.

But Anwar was so fed up with the persistent phone calls from Hamzah’s wife that he eventually instructed his office to block all her calls and not allow any calls to get through. This angered Hamzah who then accused Anwar of ‘chasing his wife’ and of trying to seduce her whereas it was the other way around. - freeanwar
Nak tahu tentang Hamzah secara lanjut sila KLIK SINI dan SINI.

Dendam Datuk Hamzah tidak pernah selesai dan sekarang, beliau masih lagi berusaha untuk menghalang Anwar dari memenangi kerusi Parlimen Permatang Pauh ... Itu lah busuknya sikap UMNO. Tak berubah dan semakin teruk.

Telah saya katakan.. Dato YaaCob Memang Perancang Kejahatan!!

 tranungkite | ..tetapi mengulang ulang Konspirasi yang sama, liwat tahun 1998 diulang kembali pada tahun 2008, dan adegan Batu Buruk diulang di Permatang Pauh. saya ingatkan mereka ini memang jahat, kini Ketua Polis Negara telah mendapat deposit balasan dari tuhan untuk menghantarnya ke Neraka. kejahatanya kalau dia tidak Insaf dan tidak akan dimaafkan dan tempatnya adalah Neraka.

dibatu Buruk dulu adegannya lebih kurang sama, gambar disiarkan berulang ulang dimedia massa, mereka main serkup jarang entah gambar siapa yang diambil, janji hasrat mereka tercapai iai menjadi barua kepada UMNO.sehingga kini bila Datuk Ayub hilang ke Pulau Pinang kes batu buruk pun hilang sama, kini Datuk Ayub memulakan adegan yang sama di Permatang Pauh. jadi kini hanya kuasa rakyat untuk menghalang kejahatan Polis berleluasa. Polis yang dipimpin oleh Musa Hassan nyata sehingga kini tidak dapat menjejak pembunuh Nurin Jazlin, walaupun ada rakaman CCTV dan dihantar pula ke FBI di Amerika tetapi sehingga kini mereka gagal menjejak pembunuh tersebut, jadi.. Polis sibuk mencari orang yang bergaduh di Permatang Pauh. tetapi gagal menjejak penjenayah. inilah dikatakan Polis yang dipimpin oleh manusia bergelar Syaitan. mereka memakai uniform Polis dan bekerja untuk kejahatan.... selanjutnya.

26 nama pengundi hilang?

SPR sudah kelihatan belangnya ....

PKR mengesan 26 nama pengundi berusia 100 tahun ke atas telah dikeluarkan dari daftar pemilih yang diberi oleh Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) kepada calon parti yang bertanding dalam pilihanraya kecil Parlimen Permatang Pauh, kata Pengarah Strategi PKR, Saifuddin Nasution Ismail.

Menurutnya, daftar pemilih tersebut diserahkan oleh SPR pada hari penamaan calon pada 16 Ogos lalu.

"Kita mahu tahu bagaimana nama 26 orang tersebut dikeluarkan daripada daftar pemilih tanpa rang daftar dipamerkan," katanya dalam satu sidang akhbar di Yayasan Aman di Penanti, Permatang Pauh pagi ini. - Malaysiakini

Siapa VIP ini?

Korang tau tentang cerita ni? Sebenarnya kes ini cukup sensasi, tapi ada pihak yang main cover cover ... takut UMNO malu....baca dulu,

Sakina Kushi Muhamad with photographs of her badly-injured son, Mohd Farid Sarader Ali, taken in Serdang Hospital before he died.

Police believe that with the arrest of the suspects, all in their 20s, they had solved the murder of Mohd Farid Sarader Ali, 24, who was alleged to have snatched the handbag of a VIP’s wife.

Following the incident, Mohd Farid, an odd job worker, was allegedly beaten up by the VIP’s son and his friends in Kampung Sri Puchong on Aug 5.

bla bla bla .....

“We followed the VIP son’s car to the place but could not do anything as some 25 men bashed him up in front of the Datin,” he said, adding that after a while, the police arrived and the men escaped.

“Although Mohd Farid was quite badly injured, the officers took him to the station to make a report and that wa s where he collapsed and slipped into a coma,” he said. selanjutnya.
Kalau korang pandai ... cuba korang cari siapa VIP yang buat undang undang macam bapak dia punya?

UMNO amat terdesak sekali

Terdesak ... UMNO ibarat nak lemas capai semua ranting yang ada. Lee Chong Wei ... pun jadi. KLIK sini untuk berita lanjut.

Alahai .... kesian.

Nak tau terdesaknya UMNO ... baca sini
Chong Wei 'dilarikan' dari 'airport' Bayan Lepas

PDRM disaman RM2 juta kerana cuai

Jazimin Abdul Jalil hari ini memfailkan saman fitnah dan kecuaian terhadap polis dan kerajaan Malaysia kerana mendakwanya meminjam duit daripada ah long serta membenarkan penyebaran gambar bedah siasat anaknya, Allahyarham Nurin Jazlin.

Jazimin, 33, menuntut RM2 juta untuk saman fitnah manakala saman cuai diserahkan kepada mahkamah untuk menentukannya.

Writ saman difailkan di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di Jalan Duta di sini pagi ini.

dan berikut alasan Bakri pulak ...

"Jika dia saman polis, kita akan lihat perkara itu. Kita sebahagian dari masyarakat kadang kala membuat silap juga, jadi terpulang kepadanya untuk mengambil apa-apa tindakan," katanya - MStar
Tiba tiba Bakri jadi baik .... Silap silap juga....tindakan nya mana? Siapa yang dedahkan gambar bedah siasat? Takkan itu pun nak ajar camane nak siasat.

Posting terkini

Blog Archive