KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Aug 26, 2008

60% tak caya sumpah Saiful

Hampir dua pertiga masyarakat Melayu negara ini tidak mempercayai sumpah laknat yang dibuat oleh bekas pembantu peribadi Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mohd. Saiful Bukhari Azlan sehari sebelum hari penamaan calon.

Kajian pendapat umum yang dijalankan oleh badan penganalisis pilihan raya tempatan Merdeka Center menunjukkan seramai 56 responden yang ditemui mengatakan mereka tidak percaya langsung dan agak tidak percaya dengan sumpah Saiful bahawa dia telah diliwat oleh Anwar.

Kajian itu dijalankan dari 22 hingga 24 Ogos sempena pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh.

Kalau tak dengki bukan UMNO, kalau tak khianat bukan BN

bernama | ...."Tiada keperluan untuk beliau mengangkat sumpah dengan segera. Bukannya ada perebutan kuasa," kata Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

"Mengapa perlu tergesa-gesa. Kita tidak boleh membuat andaian bahawa orang yang menang pilihan raya itu akan terburu-buru datang dan berbahas dengan Speaker dan angkat sumpah.

"Mana tahu dia mahu pergi holiday kah, pergi umrah kah," katanya kepada pemberita di pejabatnya di bangunan Parlimen hari ini.

Beliau ditanya sama ada Wakil Rakyat Permatang Pauh akan mengangkat sumpah jawatan sebaik memenangi pilihan raya tersebut esok.

Dewan Rakyat sedang bersidang ketika ini.

Pandikar Amin menjelaskan beliau akan menunggu notis rasmi daripada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) terlebih dahulu sebelum menetapkan tarikh dengan persetujuan Wakil Rakyat Permatang Pauh yang baru untuk mengangkat sumpah.

Tiada tempoh masa tertentu ditetapkan untuk acara mengangkat sumpah itu.

"Ada sebulan lebih untuk sesiapa yang menang untuk kita tetapkan bila angkat sumpah, supaya Ahli Parlimen berkenaan boleh mengambil bahagian dalam perbahasan bajet. tetapi saya sudah bersiap sedia untuk segala-galanya," katanya. Pilihan raya kecil Permatang Pauh akan ditandingi oleh calon Barisan Nasional (BN) Datuk Arif Shah Omar Shah, Datuk Seri Anwar Ibrahim dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) and Hanafi Hamat dari Angkatan Keadilan Insan Malaysia (Akim).... selanjutnya.

Anwar pagi ini



imej dan lapuran WRLR

Anwar membuang undi di Sekolah Rendah Seri Penanti

Sebanyak 110 saluran di 28 pusat mengundi disediakan untuk tujuan pengundian.

Seramai 490 anggota polis sudah membuang undi secara pos di Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Tengah pada Sabtu lalu.

Semua kertas undi yang telah dikira di saluran-saluran mengundi akan dibawa ke Pusat Pengumpulan Undi di Dewan Aminuddin Baki, Institut Perguruan Tuanku Bainun di sini sebelum keputusan diumumkan. Ia juga merupakan tempat penamaan calon hari itu.

Pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh menyaksikan pertandingan tiga penjuru melibatkan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim, calon Barisan Nasional (BN), Datuk Arif Shah Omar Shah dan calon Angkatan Keadilan Insan Malaysia (AKIM) Hanafi Mamat.

Walaupun terdapat pertarungan tiga penjuru tetapi persaingan sengit adalah melibatkan Anwar dan Arif Shah - yang pernah menduduki platform politik yang sama satu dekad yang lalu.

Arif Shah telah mengundi di Sekolah Kebangsaan Seberang Jaya II pada pukul 8 pagi. Beliau memasuki pusat pengundian pukul 8 pagi bersama isteri dan anaknya dan keluar 15 minit kemudian.

Anwar membuang undi di Sekolah Rendah Seri Penanti pada pukul 9 pagi bersama isterinya, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail iaitu bekas penyandang kerusi itu dari 1999 hingga 31 Julai lalu.

Dalam pada itu, Hanafi walaupun bertanding di sini tetapi tidak mengundi kerana beliau merupakan pengundi kawasan Tanah Merah, Kelantan. - MStar

Terkini: Permatang Pauh

Cuaca baik. Rakyat dan pengundi sudah turun untuk menjalankan tanggung jawab. Matahari memancar cerah dan ramai penyokong kedua dua pihak sedang memenuhi kawasan tempat pengundian. Mereka keluar awal takut hujan di waktu tengahari dan petang.

Najib sudah turun ... tak tau kat mana. Dan Anwar Ibrahim mungkin di dalam perjalan untuk membuang undi. Tak tau kat mana. Tapi sambutan OK. Keselamatan OK, cuaca OK dan di harap semuanya berjalan lancar.
Nanti .. .akan di beritahu.

Tiada bas membawa pengundi hantu yang di tahan setakat ini. Liputan di buat di tv bernama, AStro. Pada yang kat pejabat tu, call call la kawan yang ada kat sana.

Permatang Pauh mempunyai 58,459 pemilih berdaftar - 69.49 peratus Melayu, Cina 24.56 peratus, India 5.79 peratus dan lain-lain 0.13 peratus.

Kira-kira 15 peratus pemilih merupakan mereka yang tinggal di luar Permatang Pauh.

Pengundian akan ditutup 5 petang manakala keputusan dijangka diketahui antara 8 dan 9 malam ini.

Di beritahu oleh penyokong penyokong pKR yang ada di sana bahawa kalau PKR menang, keputusan akan lewat di umumkan sementara kalau BN menang, keputusan mungkin akan di umukan segera ... biasa la..

Kenapa Mamak mengaku Melayu?

AKu jawa ... kalau nak di kategorikan aku sebagai bangsa Melayu .. . aku boleh terima dan kalau ada yang kata aku bukan Melayu ... pun aku terima. Asalkan aku masih lagi diterima sebagai umat Nabi. Tiada apa yang penting kecuali di terima di sisi Allah.

Di Permatang Pauh, kecoh dengan istilah Melayu dan bangsa asing kerana tujuan politik masing masing. Tapi yang penting ... isu ini boleh cetuskan kemarahan rakyat yang berbilang kaum. Sentimen seperti ini di pergunakan untuk memperbodohkan rakyat untuk terus dungu dan bangang.

Tapi sejauh mana Pengundi Permatang Pauh boleh terpedaya dengan semua ini walaupun calun yang di pilih UMNO adalah seorang Mamak.

Nak aku bagitau maksud mamak ....

Mamak is a term (derived from a Tamil word meaning uncle) used in Malaysia to describe the Tamil Muslim community and culture. Most Indian Muslims consider this term to be pejorative - wikipedia
Maknanya ... ikut sistem akal dan struktur kulit dan rupa bentuk, mamak itu asal nya dari keturunan India Islam. Kalau di Melaka dulu, kita panggil 'keling'. Tapi jangan sebut 'keling' pada orang India kerana mereka itu India Hindu yang bangga di gelar India.

Satu persoalan yang cukup menarik tentang kaum mamak yang aku tau melalui persahabatan dan rakan rakan adalah, mereka memang hebat berniaga. Hangpa campak lah mamak kat mana pun, mereka boleh hidup. Kalau restoran semua besaq besaq belaka. Kalau kecik pun, mereka masih boleh survive. Cukup tahun balik India naik flight angkut anak bini. 'Cendeke' bukan main, maksudnya 'kedekut'.

Sifat perkauman cukup kuat. Nak kawin kena cari golongan yang sama dan nak bantu berniaga pun antara mereka sahaja. Tolong boleh .... untung mesti lebih kat dia. Kawan .... pun boleh, asalkan tidak merugikan.

Bila cerita pasal politik ... depa mengaku 'melayu' pulak. Itu yang menariknya. Yang peliknya perkauman Melayu depa ni lebih kuat dari Melayu. Depa sikit pun tak sebut pasal mamak. Dan kalau mula mula DAP memerintah Pulau Pinang di bawah Ketua Menteri Lim Guan Eng pada Mac lepas ... depa lah yang mula mula bangun menentang. 'Hak orang melayu' jadi tajuk cerita. Kononnya ... Tapi Melayu ori, nun kat tepi laut, tunggu masa untuk di tolak jatuh ke laut.

Siapa mamak mengaku melayu ni ...? Kalau nak tau .. tanya Arif Shah yang sekarang mengaku melayu bila menjadi calun di Permatang pauh. Pandai berbahasa Cina pulak tu.

Hangpa ingat oghang melayu ni bodoh sangat ka? Tu sebab kita kena tahu nilai diri. Orang putih mengaku Arab ... kita ketawa. Orang melayu mengaku mat salleh, depa ketawa.

Orang mamak mengaku Melayu... kita ketawa. Untuk apa? Mesti ada udang di sebalik batu. Depa sebenaq nya nak apa?

Selamat Mengundi

Selepas jam 1.00 malam tadi, tempoh ceramah dan kempen pun selesai. Tunggu berita terbaru dari Permatang Pauh, yang ada hanya dari Tukartiub. Hisamuddinrais mungkin tak tidur. Lapuran yang dibuat hampir sampai je jam 5.00 pagi atau, tangannya aje yang gerak, matanya tertutup. INi berita yang dibuat pada jam 3.00 pagi tadi.

Lapuran dari tukartiub

Sekitar jam 3 pagi di Kubang Semang.
Polis mulai mengeluarkan sama ke atas kenderaan di simpang masjid Kubang Semang.
FRU telah mulai bergerak.
Budak-budak motor yang mahu buat kacau juga telah mulai bergerak semula.
Agenda siapakah semua ini?
Anwar telah menasihatkan anak muda PKR supaya jangan mengadakan perarakan.
Penyokong PKR juga telah diberikan arahan supaya tidur awal.
Dan pagi ini .... sepatutnya orang sibuk untuk membuat persediaan untuk keluar mengundi tapi sejak pagi lagi, TV3 tak selesai lagi bercerita tentang sisa sisa berita semalam. Dah macam tak der tempoh kempen. Pro BN .... punya cerita.

Harapan kita kepada penduduk Permatang Pauh ... jangan jadi yang bukan bukan. Minta minta jangan hujan dan semua boleh keluar mengundi.

Selamat mengundi kepada semua .. masa depan kami terletak pada keputusan korang. Jangan buat hal ....

Ceramah terakhir ?

Aku tak tau samada artikel ini berkaitan dengan ceramah malam ini. tapi korang check la sendiri.
Raja Petra pun datang untuk memberikan sokongan kepada DS Anwar Ibrahim .......



KLIK kat SINI untuk lapuran lanjut.

50,000 hadir ceramah terakhir Anwar Ibrahim



Jalan sesak teruk !!!

Ramai antara kawan memberitahu, mereka tidak sanggup bersama ke ceramah tersebut. Malam ini juga di beritahu, TG Nik Aziz akan membuat Qiamullail. Tak tahu di mana lokasi sebenar. Teman di sana tidak dapat dihubungi kemungkinan handphone kehabisan kuasa atau ... sukar untuk mendapatkan laluan.

Ikuti berita dan lapuran dari anilnetto.

dan ini lapuran dari Tukartiub jam 12.34 am/pagi

Terdapat beratus ratus penunggang motorsikal daripada kalangan penyokong Barisan Nasional.
Mereka memakai baju-t Parti Keadilan Rakyat. Sekarang ini mereka berada di sekitar kawasan masjid di Kubang Semang. Mereka menunggang motorsikal ke hulu dan ke hilir sambil membuat huru-hara.

Posting terkini

Blog Archive