KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Oct 4, 2008

Sheih dakwa PM terima RM200 juta dari isteri TPM

harakah | Blogger yang baru-baru ini ditangkap di bawah Akta Hasutan, Sheih, sekali lagi membuat dakwaan menggemparkan apabila meminta Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menafikan bahawa beliau pernah menerima RM200 juta dari isteri Timbalan Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, sebahagian dari komisyen urus niaga kapal selam berjumlah RM500 juta yang didakwa diterima oleh Abdul Razak Baginda.

"Adalah satu langkah baik jika Abdullah menafikan beliau pernah menerima RM200 juta dari komisyen urus niaga kapal selam berjumlah setengah juta ringgit yang kita dakwa diterima oleh Razak Baginda.

"Sumber saya menyatakan Rosmah membayar Abdullah RM200 juta dari komisyen urus niaga kapal selam. Beliau (sumber itu) tidak menyatakan apa-apa mengenai Razak Baginda," dakwa beliau dalam blognya, kickdefella.wordpress.com

Sheih juga mendakwa penyiasat persendirian yang menghilangkan diri, P. Balasubramaniam, menerima RM5 juta dari Rosmah untuk menutup mulutnya.

"Saya diberitahu bahawa isteri (Datuk Seri) Najib (Tun Razak) menemui Bala di British Isle beberapa hari selepas penyiasat persendirian itu menghilangkan diri dan membayar Bala RM5 juta.

"Saya diberitahu bahawa Bala dan keluarganya sedang berusaha untuk mendapatkan kewarganegaraan India. Saya benar-benar berharap ini tidak benar dan Rosmah akan membuat kenyataan menafikannya," dakwa blogger itu. ... selanjutnya.

Sep 30, 2008

Pemuda Gerakan anjur jelajah dapatkan maklum balas

Mstar | Kepimpinan baru Pemuda Gerakan melalui pemilihan pada 10 dan 11 Oktober ini akan menjelajah ke seluruh negara bagi memberi maklumat berhubung kesan jika parti itu terus kekal atau memilih untuk keluar daripada Barisan Nasional (BN).

Ketua Biro Belia dan NGO dan Ahli Jawatankuasa Pusat Pemuda Gerakan, Stephen Doss berkata, mereka akan mengadakan seminar dalam setiap jelajah bagi mendapatkan maklmat balas yang akan dikemukakan pada mesyuarat agung khas Pemuda Gerakan.

"Kami membuat keputusan untuk mengadakan jelajah bagi memberi maklumat ke peringkat akar umbi dan mendapatkan maklum balas mereka kerana sekarang banyak pihak yang membuat keputusan mengikut emosi.

"Kami menetapkan selama setahun untuk mengadakan siri jelajah berkenaan tetapi ia bergantung kepada keadaan dan tidak semestinya ia mengikut masa yang ditetapkan," katanya.... selanjutnya.

Surat terbuka Zaid Ibrahim kepada PM

malaysiakini | .... Sewaktu mengisytiharkan kemerdekaan negara, Perdana Menteri pertama kita telah melaungkan aspirasi dan mimpi indah rakyat Malaya: bahawa Malaya adalah diasaskan di atas prinsip-prinsip kebebasan dan keadilan serta di atas janji bahawa kita beramai-ramai akan sentiasa berjuang bagi meningkatkan lagi kebajikan dan kebahagiaan rakyatnya.

tunku abdul rahmanBertahun telah berlalu sejak peristiwa penting itu berlangsung, namun aspirasi dan mimpi tersebut masih benar dan masih relevan kepada kita hari ini sepertimana ia benar dan relevan kepada kita sebelum ini. Ini dimungkinkan dengan adanya satu pegangan teguh terhadap asas-asas negara pada peringkat awal kewujudannya. Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang yang dibuat sehubungan dengannya diletakkan di atas asas yang kukuh di mana ia menggabungkan elemen-elemen penting demokrasi yang dibina di atas Kedaulatan Undang-Undang.

Satu ketika dahulu, Kehakiman Malaysia sangat dihormati oleh warga Malaysia malah turut dijadikan panduan oleh negara-negara lain. Perdana Menteri-Perdana Menteri kita yang terdahulu, Tunku Abdul Rahman, Tun Razak and Tun Hussein Onn, adalah pemimpin-pemimpin yang sangat berintegriti, adalah pejuang-pejuang mengikut cara mereka yang tersendiri dan, yang paling penting sekali, adalah individu-individu yang serba sederhana. Mereka mempunyai kepercayaan terhadap prinsip-prinsip dan nilai-nilai yang terkandung dalam Perlembagaan kita dan membina negara ini berpandukan kepadanya.... selanjutnya.

Esok di PWTC



... selanjutnya di Harismibrahim.

More than half of all Malays found Ahmad Ismail's comments inappropriate

malaysianinsider | More than 50 per cent of Malay voters polled recently felt Bukit Bendera Umno division chief Datuk Ahmad Ismail's controversial remarks about the Chinese community were inappropriate, according to a recent survey by the independent Merdeka Centre.

As expected, a total of 90 per cent Chinese voters and 97 per cent of Indian voters found his "immigrant" remarks inappropriate.

Overall, 68.3 per cent of all Malaysian voters surveyed thought the statement inappropriate.

The findings appear to suggest that a majority of Malaysians would have supported tougher action against Ahmad.

The high percentage of Malays who felt the statement inappropriate also appears to suggest that Umno president Datuk Seri Abdullah Badawi would not have lost significant support among the Malay grassroots if he had taken stern action against Ahmad.

Ahmad was slapped with a three-year suspension from holding official party posts, in what has been considered a rap on the knuckle, especially since Seputed MP Teresa Kok, blogger Raja Petra Kamarudin and journalist Tan Hoon Cheng were subsequently arrested under the Internal Security Act for alleged involvement in racially sensitive issues.... selanjutnya.

‘Umno should talk to us before deciding’ - Gerakan

star | ...Umno should listen to the views of other Barisan Nasional component parties before deciding on issues that affect the entire nation, said national Gerakan Youth chief candidate Tan Keng Liang.

He said the change of the Prime Minister’s transition plan from June 2010 to 2009 should have been discussed in the Barisan supreme council meeting first.

Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi now says he will hand over the reins to his deputy Datuk Seri Najib Tun Razak next March.

“The appointment and change of the PM and DPM are not an Umno-only matter. The PM is the leader of all Malaysians and the chairman of Barisan,” Tan told reporters on Tuesday.... selanjutnya.

Manikavasagam kekal timbalan pengerusi PKR S'gor

malaysiakini | ...Ahli Parlimen Kapar, S Manikavasagam tidak akan meletakkan jawatannya sebagai Timbalan pengerusi PKR Selangor, kata Setiausaha Politiknya, M Shanmugam hari ini.

manikavasagamManikavasagam yang tidak dapat dihubungi, sebelum ini mengancam untuk meletakkan jawatan tersebut sekiranya tindakan tegas tidak diambil terhadap orang yang bertanggungjawab merobohkan sebuah kuil Hindu di Ampang.

Usaha untuk menghubungi ahli parlimen Kapar itu tidak berjaya kerana beliau telah menutup telefon bimbitnya.

Semalam, kerajaan negeri telah mengenakan tindakan menggantung tugas Timbalan Presiden Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), Hamid Hussein selama seminggu berhubung isu tersebut.

"Manikavasagam akan mengekalkan jawatan timbalan pengerusi PKR Selangor selepas penggantungan tugas orang di belakang perobohan tersebut," kata Shanmugam.... selanjutnya.

Dari jauh Ku Pohon maaf

lagu ni paling sedih bagi aku. Ntah ... teringat arwah ayah dan saudara yang dah meninggal dunia. Maklumlah ... umur dah lanjut, perasaan hiba senang sangat melanda. Korang jangan hairan kalau orang tua bersalam, air mata mengalir, tandanya dah banyak dosa. Nostalgia pun banyak. Garam pun dah berkilo kilo.

Nanti kalau korang tua .... korang tau la.Dan sempena hari raya esok ... aku sertakan senikata lagu Sudirman ini

Dari jauh Ku Pohon maaf

Dalam dingin subuh hatiku terusik
Kenang nasib diri di rantauan
Bergema takbir raya menitis air mata
Terbayang suasana permai desa

Rindu hati ini inginku kembali
Pada ayah bonda dan saudara
Tetapi aku harus mencari rezeki
Membela nasib kita bersama

( korus )
Hanya ku sampaikan doa dan kiriman tulus ikhlas
Dari jauh kupohonkan ampun maaf
Jangan sedih pagi ini tak dapat kita bersama
Meraikan aidil fitri yang mulia

Restu ayah bonda kuharap selalu
Hingga aku pulang kepadamu

( ulang korus )

Restu ayah bonda kuharap selalu
Demi anakmu yang kini jauh

Selamat Hari Raya untuk semua ... huhuhuhuhu.
Aku tak balik kampung tahun ni ... duit tak cukup ..... waaaaaaaa !!!

Saiful ucap Salam Lebaran untuk MAMA?



hah ... .satu lagi benda pelik di buat dek Saiful selepas sumpak lakhnatnya. Orang tak buat benda cam ni ... dia ucapkan Salam Lebaran untuk Arwah ibunya ...

Kalau ikut akal bodoh aku ni ... DOA untuk MAMA ... dan salam lebaran untuk yang masih hidup. Ini dah terbalik.

tajuk artikelnya terbarunya....

Salam Lebaran Buat Mama


Dan sila beri komen. Atau aku yang bingung?

Posting terkini

Blog Archive