KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Oct 23, 2008

Aktivis siswa nafi tumbuk pegawai UPM

upm student fiasco 23108 blog websitemalaysiakini | ...Dalam blog Angin Perubahan, aktivis itu didakwa memukul pegawai berkenaan Fahmi Azar Mistar sewaktu mereka hadir menyaksikan perpindahan keluar dua mahasiswi Nor Farhana Farzieana Azmi dan Nur Shafiqa Mohd Ali dari Kolej Tun Perak sehari sebelumnya.

Blog itu mendakwa aktivis pelajar bertelingkah dengan Fahmi Azar "sebelum bertindak ganas memukul pegawai terbabit" pada 12.15 tengah hari 15 Oktober lepas.

Kejadian itu telah dilaporkan kepada polis dengan nombor Serdang/006582/08, lapor blog itu lagi.

"Mangsa menegur Norfarhana dan rakan-rakannya agar menjelaskan hutang kepada kolej sebelum berpindah kerana menduduki kolej secara haram.

"Kemudian tiba-tiba mangsa dipukul sekuat hati oleh Lokman," coretan di blog itu dipetik.

Dalam laporannya, Mohd Lukman Al-Hakim yang juga jurucakap kumpulan pelajar 'promahasiswa' itu turut menyebut Fahmi Azar mempunyai kaitan dengan blog tersebut berdasarkan gambar yang dimuatkan dalam blog itu.... selanjutnya.

Untuk ke laman yang di maksudkan KLIK SINI

40,000 nelayan tak bantu, RM5 billion untuk ValueCAP

Bharian | Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani akan mengkaji status 40,000 nelayan yang belum menerima skim insentif RM200 sebulan yang diperkenalkan kerajaan bulan lepas bagi menentukan sama ada mereka benar-benar layak menerima skim itu.

Timbalan menteri berkenaan Datuk Rohani Abd Karim berkata daripada 70,000 orang nelayan di negara ini, 30,000 telah mula menerima insentif itu manakala status 40,000 nelayan lagi masih dikaji bagi menentukan mereka adalah nelayan sepenuh masa. ... selanjutnya.
Pusing kepala otak aku memikir .. mana logiknya 40,000 nelayan belum terima bantuan, ValueCap pulak dah dapat RM5 billlion.
Rujuk Perak Epress untuk artikel berkaitan Duit..duit..duit

'Buta' dan 'main main'

malaysianinsider | Karpal Singh (DAP-Bukit Gelugor) was thrown out and suspended from Dewan Rakyat for two days after accusing Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia of not being serious and “main-main (playing around).”

Karpal had taken offence to Minister in the Prime Minister's Department Datuk Seri Nazri Aziz for calling Wee Choo Keong (PKR-Wangsa Maju) “blind.”

The DAP chairman, who is wheelchair-bound, criticised the minister for his insensitivity towards the disabled.

Pandikar Amin however, decided to interject and ask the House to carry on with the next order of business as he ruled that the statement did not refer to disabled people in general.... selanjutnya.

no2umno - Ini pun nak gaduh ... Nazri tu buat apa nak layan ... dia memang celaka. Lawan dia akhirnya yang lawan kena keluar dewan. Yang celaka terus jadi sial.

Umno has lost its popularity - Musa Hitam



Star | Umno is in dire need of a drastic change and young blood with new ideas are the plausible solution, said former deputy prime minister Tun Musa Hitam.

“I understand that the experience of seniors are needed for top posts like president or vice-president, but other than that, they should choose the younger ones,” he said... selanjutnya.

Tidak guna solat kalau tidak bayar yuran

malaysiakini | Sewaktu mulai reda isu dua pelajar cemerlang Universiti Putra Malaysia (UPM) dibuang asrama, universiti itu kini berdepan satu lagi isu panas yang dibangkitkan oleh pelajarnya.

Seorang pegawainya dituduh menyentuh sensitiviti agama apabila didakwa berkata "tidak guna solat kalau tidak bayar yuran" kepada seorang aktivis pelajar sewaktu dua mahasiswi tersebut diarahkan keluar asrama minggu lepas.

Nor Farhana Farzieana Azmi dan Nur Shafiqa Mohd Ali mulai semalam dibenarkan kembali menginap di Kolej Tun Perak sepanjang minggu peperiksaan yang sedang berlangsung.

Persatuan Mahasiswa Islam UPM (PMIUPM) membuat aduan tersebut kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) di Putrajaya hari ini berhubung kenyataan pegawai Bahagian Hal Ehwal Pelajar itu yang disifatkan boleh menimbulkan kekeliruan.... selanjutnya.

Enggan akui kesilapan punca Berita Harian dilarang buat liputan - Speaker

harakah | ....Ustaz Nasuruddin Daud berkata, larangan itu dibuat bukan untuk menghalang kebebasan akhbar, sebaliknya memberi pengajaran kepada petugas media supaya lebih berhati-hati ketika membuat laporan.Image

"Kami sudah memberi ruang secukupnya kepada akhbar berkenaan membuat pembetulan terhadap tajuk digunakan Selasa lalu, yang tidak menggambarkan keadaan sebenar berlaku.

Image"Sepatutnya mereka menggunakan ruang tersebut atau setidak-tidak datang menemui pihak dewan bagi menjelas perkara sebenar," katanya ketika ditemui ketika persidangan berhenti rehat hari ini.

Semalam Nasuruddin mengeluarkan arahan menarik balik kebenaran kepada akhbar berkenaan membuat liputan sepanjang persidangan ini berlangsung apabila enggan membetulkan laporannya.

Keputusan itu dibuat berdasar kepada Perkara 14, Peraturan-Peraturan Tetap Dewan Undangan Negeri Kelantan yang dibaca bersama Perkara 13. ... selanjutnya.

50,000 Kakitangan Awam Kontrak Mungkin Diberhentikan

bernama | Kira-kira 50,000 kakitangan awam yang berkhidmat secara kontrak mungkin ditamatkan perkhidmatan mereka menjelang akhir tahun ini berikutan kekangan kewangan kerajaan, kata Presiden Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) Omar Osman.

Mereka adalah kakitangan yang kontrak disambungkan dari setahun ke setahun, yang berkhidmat di semua jabatan dan kementerian di seluruh negara, tidak menikmati kemudahan seperti yang diterima kakitangan awam tetap, tetapi melakukan tugas yang sama.

Omar memberitahu Bernama, Cuepacs tidak boleh menerima alasan kekangan kewangan, kerana kerajaan masih mampu mengekalkan perkhidmatan golongan ini.

Cuepacs, katanya telah menghantar rayuan kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk mengekalkan kakitangan ini, yang kebanyakannya telah berkhidmat antara lima hingga 10 tahun malah terdapat yang berkhidmat lebih 20 tahun.

"Cuepacs telah mencadangkan sama ada JPA mengambil semula pekerja ini atau menyerap mereka ke dalam kedudukan tetap," kata Omar.

Beliau berkata isu ini akan dibincangkan pada persidangan perwakilan Cuepacs bulan depan.

Artikel menarik dari Tukartiub

Artikel menarik dari Tukartiub

TASIK UTARA- PLENTONG 1974 - 2008
[...] Kerajaan Pakatan Rakyat yang akan ditubuhkan tidak lama nanti wajib mendirikan syarikat pemaju perumahan. Cara pengurusan dan pembangunan rumah-rumah DBKL yang hidup segan mati tak mahu ini wajib dihentikan. Ini amat senang untuk dilakukan kerana tanah adalah milik kerajaan. Kerajaan ialah orang ramai. Ertinya tanah adalah milik kita semua. Maka di atas tanah kita dirikan rumah untuk kita semua.

Pasti ada yang akan berhujah bahawa kerajaan TIDAK ADA MODAL. Sesiapa yang berani berkata demikian wajib kena penampar.
Biasanya mamat-mamat yang berhujah demikian adalah mereka yang memiliki kepentingan untuk membuat duit menjual rumah. Atau mereka adalah barua pemaju dan pemodal syarikat perumahan. Mereka ini adalah tukang cari kontrek.

Untuk mereka ini hanya satu jawapan : Kenapa beli kapal selam bukankah baik membuat rumah untuk rakyat? Kenapa naik ke angkasa bukankah lebih baik buat rumah di bumi. Kenapa beli kapal terbang Sukhoi bukan kah lebih baik buat rumah untuk rakyat. Kenapa beli Eruocopter bukan kah lebih baik buat rumah untuk orang ramai. Berbilion-bilion duit ini adalah duit rakyat.... selanjutnya.
Rakyat asyik di bodohkan. Dan takutnya budaya ni berterusan apabila pemerintahan baru berlaku.

Utusan? Baca FREE ... jangan beli

Kelab penyokong kerajaan Selangor mengedarkan sejumlah 500 lencana memboikot akhbar berita berat sebelah, Utusan Malaysia. Kah Kah .... Oleh oleh lencana diorang bagi kat wartawan juga.

Baca di SINI.

"Ambil oleh-oleh ini, kita sediakan 500 keping, cukuplah dahulu," kata Suee Lim yang turut menghulurkan lencana itu kepada wartawan Utusan Malaysia dan KOSMO!.
Wartawan ... jangan tak ambeeeekkkkk, kalu malu nak pakai ... bawa balik bagi anak bini.

tapi sorry,

Aku terpaksa BACA utusan dengan PERCUMA setiap hari untuk tahu berita gelembong kelentong Utusan Malaysia. Kalau tak der utusan Malaysia, no2umno tutup kedai. Sekarang ... perjuangan belum selesai.

So ... baca Utusan untuk berita geli geli, FREE ..... tak payah beli.
Lepas baca .... belasah selagi nak.

Isteri wak pun bukan main benci ngan Utusan ni, dia minta kat abang dia akhbar lama untuk jadikan lapik najis kucing. Bila Utusan kena najis ... mak aiiii ... bau dia. Nak muntah.

Posting terkini

Blog Archive