KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Oct 30, 2008

Eurocopter deal appears to have followed procedure

malaysianinsider | The Defence Ministry appears to have conformed to the guidelines on the tender process for the procurement of the Eurocopter, the Public Accounts Commitee (PAC) concluded today.

The Malaysian Insider understands that the PAC also found that the contract for the Eurocopters was between RM1.6 billion and RM1.7 billion, not the RM2.3 billion cited by Datuk Zahar Hashim in a letter to the Prime Minister.

Zahar is the chairman of Mentari Services Sdn Bhd, the local representative of a Russian helicopter company which also made a bid to replace the Royal Malaysian Air Force (RMAF) Nuri helicopters.

His letter sparked off a controversy over the deal as it claimed Eurocopter had been awarded the contract even though it was the most expensive bid and that no proper evaluation was conducted.

The public outcry resulted in the PAC convening the inquiry which started today.

The PAC heard testimony from Defence Ministry officials today and appeared to be satisfied that proper guidelines were followed "on the surface.... selanjutnya.
Siapa PAC ... wakakakakak !!!
Rakyat kena tipu.

PAC menyelidik atau jurucakap pada TPM?

Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) akan meneruskan mesyuaratnya untuk memperhalusi cadangan pembelian 12 buah helikopter Eurocopter EC725 Cougar kerana pembelian itu akan dilakukan.

Pengerusi PAC Datuk Seri Azmi Khalid berkata penangguhan pembelian helikopter jenis itu menggantikan pesawat Nuri, tidak bermakna kerajaan membatalkan pembelian tersebut.

"Apa yang ditangguhkan ialah pembelian. Keputusan telah dibuat, ditangguhkan jadi bukan persoalan pembatalan pembelian itu. Penangguhan bukan pembatalan," katanya ketika ditanya rasional mesyuarat PAC yang diadakan sedangkan pembelian aset tersebut ditangguhkan.

PAC diberikan taklimat mengenai perolehan helikopter Eurocopter berikutan kritikan sesetengah pihak mengenai harganya yang terlalu mahal.

Beliau berkata taklimat hari ini dianjurkan Kementerian Pertahanan yang juga dihadiri Ketua Setiausaha kementerian itu Datuk Abu Bakar Abdullah serta Panglima Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Jen Tan Sri Azizan Ariffin.... Bernama
Aku tengok kan je lawak lawak diorang ni. Kekadang semangat sangat nak jawab soalah wartawan sampai tak ingat siapa diri. Nak siasat, tapi jawapannya macam jurucakap pada Najib. WAkakakakakakka !!!

PKNS: Kenapa PAS dan bukan EXCO?

PKNS: Pas serah nama
Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan nama individu terbabit sebaliknya Pas yakin mereka antara yang layak untuk menerajui anak syarikat kerajaan negeri itu.

"Setakat ini kita ada dua nama yang sesuai berdasarkan kebolehan mereka. Kedua-dua individu itu tidak semestinya pegawai dari PKNS," katanya ketika ditemui selepas sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini hari ini.

Semalam, Pas Selangor mahu mencadangkan beberapa nama calon kepada Abdul Khalid untuk dilantik sebagai Pengurus Besar PKNS.

Ia dibuat ekoran keputusan kerajaan negeri melantik Timbalan Pengurus Korporat dan Akaun PKNS, Low Siew Moi untuk memangku jawatan itu telah menimbulkan rasa tidak puas hati pelbagai pihak.... selanjutnya.
Aku tak tau kenapa tajuk berita ni lain macam je. Sudah beberapa hari kalau cerita tentang PKNS, PAS seolah olah membuat keputusan.

Dato' Dr. Hassan Ali adalah Pesuruh Jaya PAS Selangor merangkap Exco Hal Ehwal Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Negeri Selangor.

Di dalam urusan penggantian jawatan Pengurus Besar PKNS adalah sepatutnya tanggung jawab EXCO dan bukannya PARTI. Secara logiknya, Dato' Hassan Ali seharusnya menggunakan tiket EXCO untuk membuat keputusan dan bukan PAS.

PKNS mempunyai kepentingan rakyat negeri Selangor. Kalau atas tiket EXCO ... memang patut. Tapi kalau menggunakan tiket PAS dalam membuat keputusan, ia hanya keputusan Parti.

Kenapa tidak, 'EXCO bertanggung jawab serah nama' dan bukan 'PAS bertanggung jawab serah nama'? Lain makna nya tu,

Tajuk berita ni memang dah beberapa hari keluar. Asyik asyik PAS bertanggung jawab. Adakah ini konspirasi untuk menjatuhkan PAS atau memecahbelahkan PAS dan PR di dalam negeri Selangor? Agenda siapa ini?

Nasib Razak, Azilah, Sirul diketahui esok

Namun andai kata mahkamah mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes maka tertuduh akan dilepaskan dan dibebaskan pada peringkat akhir kes pendakwaan tanpa perlu memberi keterangan pembelaan.... selanjutnya.
Tu la kot keputusannya. Macam dah boleh agak.

Oct 29, 2008

Look beyond race in PKNS top job - MB

Sun2surf | ...."If there is a Malay manager who cannot benefit the Malays, then this is something we should view seriously," he said.

"People are angry because we changed the people, but are they not angry about the billions lost? Which is better? Think about this," he urged those who challenged the decision.

He reiterated that Low, who was due for retirement this month, was picked for her 33-year experience in the company.

He said she was aware that her appointment was temporary and that she would be there until a suitable Bumiputra candidate with proper qualifications and experience, preferably in real estate and housing development, could be found.

Pas led by Selangor commissioner Datuk Dr Hassan Ali had on Tuesday expressed the party’s displeasure over Low’s appointment and said the party will be looking for a suitable candidate to replace Low after meeting Khalid.


Low Siew Moi
Hassan said this had nothing to do with Low being a woman and a Chinese. He said there are two other deputy GMs who are also suitable for the job, and asked why they were not considered.

Former mentri besar Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo had also said Khalid's decision undermined the capabilities of Malays to run a company like PKNS.... selanjutnya.

Malaysia rated among 'most risky'

malaysiainsider | Malaysia is rated as "high risk" while Singapore is well-positioned to weather the economic slowdown because of its political and social stability, says Hong Kong-based Political & Economic Risk Consultancy.

Its analysts ranked Singapore as having the least political and social risks next year among 16 territories in Asia-Pacific, according to a summary of its 87-page report released to the media yesterday. Malaysia,
Thailand and India were ranked as the most risky because of internal developments.

The unlikelihood of sudden political changes, stable labour relations and sound policies, including measures to help the poor, were among the factors in Singapore's favour, said Perc's managing director, Robert
Broadfoot.

"Singapore's fiscal situation is strong enough for the fiscal incentives that are going to help the country get over the crisis and spread the pain of recession," he said.... selanjutnya.

UMNO tiada pilihan

Yang korup jadi pemimpin. Yang seleweng jadi ketua. Yang kotor jadi senator.
Apa lagi yang tinggal di dalam UMNO. Dah tak der pilihan, Tu sebab ada yang masih kekal. Atas serupa, bawah pun sama. Korek korek ... semua satu spesis.

Baca rujukan ini.



"Umno tetap Umno masih tidak ada perubahan dasar dan perjuangan Umno tidak kukuh tidak menunjukkan satu kesedaran, " katanya ketika dihubungi.

Katanya, pemimpin yang mempunyai sahsiah yang baik dan bermoral wajar dijadikan asas kepada pemimpin kerajaan untuk dijadikan contoh terbaik kepada rakyat.

"Sepatutnya kerajaan yang bermaruah tidak mengambil beliau (Norhayati), ramai lagi pemimpin yang lain boleh diangkat, kena buktikanlah di mana Kerajaan Islam Hadhari?" tegas beliau. - harakah
Pada UMNO cukup mudah, biar pun tak der akhlak, yang penting mesti Melayu.
Kalau letak Cina atau India yang alim .... kecoh di buatnya.

PKNS: UMNO sudah mula guna kesempatan

Sudah ku bilang, sudah ku kata. UMNO akan ambil kesempatan kerana sekali lagi kesilapan yang dilakukan oleh MB Selangor di dalam menyelesaikan masalah yang terlalu mudah.

Baca berita ini ....

Beliau, yang juga ketua bahagian Umno Selayang, mendakwa tindakan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim bertujuan untuk mengekalkan sokongan bangsa lain terhadap Pakatan Rakyat.

“MB mencari kaedah untuk mengembalikan sokongan-sokongan bangsa lain kepada mereka tanpa mengira maruah bangsa (Melayu) yang dijual.

“Apa yang dibuat (keputusan tersebut), tidak nampak kepada pembelaan terhadap bangsa Melayu," tambahnya, sambil menyebut kontroversi yang dicetuskan oleh Abdul Khalid berhubung kuota kemasukan pelajar bukan bumiputera ke Universiti Teknologi Mara (UiTM) Ogos lalu.

Pemuda Umno Selangor akan menghantar surat bantahan berhubung pelantikan itu kepada menteri besar dalam masa yang terdekat, kata Abdul Syukur. "Selewat-lewatnya awal pagi Khamis (ini)," katanya. - Malaysiakini
Sebenarnya jika Melayu menjadi pengurus PKNS sejak dulu, tidak pernah di persoalkan oleh bangsa lain. Di dalam PKNS semua bangsa bekerja sama. Tak tau mana datangnya idea lalu MB menjadikan Mdm Low sebagai Pengurus sementara yang kononya cukup berpengalaman di dalam pengurusan PKNS.

Benda ni memang dah jangka. UMNO sedang menanti peluang yang cukup lumayan ciptaan MB Selangor. Sebagai penyokong kuat Pakatan rakyat, aku dah letih sebenarnya nak menjawab kalau kenyataan yang keluar dari MB Selangor menyimpang dari tujuan sebenar.

Kerapkali bila MB Selangor di sergah wartawan, jantung aku berdetup detap bimbang kemungkinan jawapan yang keluar. Bila jawapannya tersasar dan di politikkan oleh pihak satu lagi aku letih nak jawab.

Orang tanya aku ..." Dulu kau kata PR bagus memerintah, kenapa sekarang ........" ADuh letih laaaaa.......

MB ada setiausaha politik masing masing. Bukan tu sahaja malah ramai lagi EXCO EXCO yang pandai berpolitik untuk bantu. Soal menjawab wartawan ni, kalau tak bijak, jangan jawab. Wartawan pandai olah tajuk dan soalan sehingga menjadikan ianya sensasi dan mudah jual surat khabar. Itu MB kena bijak. Tapi biar lah tunduk sikit ke bumi untuk terima nasihat. Jangan jadi terlalu degil sampai jadi bodoh sombong.

Masalahnya bukan sekarang beb ... tunggu 4 tahun lagi. Ketika waktu hampir pilihanraya dan tempoh berkempen. Ketika itu nanti baru lah sibuk nak cerita baik baik. Dengan isu ini juga, UMNO akan jadikan peluru untuk tembak Pakatan Rakyat. Itu jam ... lu pikir la sendiri.

Itu sebab gua cakap ....

Ada akai ...... pakai
Ada otak .... jangan simpan dalam kotak.

PKNS: Bukan soal bangsa

Sebelum aku nak komen ni. Aku kena pikir bahawa berita yang akan aku ulas disini adalah datangnya daru media BARUA kerajaan. So ... korang pun kena sikit terbuka dan berpikiran matang sekiranya berita ini tidak benar.

Namun jikalau ianya benar kenyataan yang datangnya dari MB Selangor ... mari kita ulas.

Keratannya Utusan ini adalah seperti berikut,

Abdul Khalid mendakwa beliau tidak faham apabila ada pihak tidak berpuas hati dengan tindakan kerajaan negeri melantik Siew Moi untuk memangku jawatan itu berbanding memikirkan PKNS didakwa hilang berbilion ringgit.

"Kita mesti memandang berat, marah tukar orang tapi tak marah hilang berbilion ringgit. Kalau ada pendirian berbeza sama ada memilih bumiputera kemudian bagi beratus juta ringgit, atau memilih orang Melayu tetapi hilang berbilion ringgit," katanya kepada pemberita selepas persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini hari ini.

"Beliau sudah 35 tahun berkhidmat dengan PKNS dan pegang jawatan akaun yang mana beliau sudah biasa dengannya.

"Ini fakta dan pelantikan beliau adalah satu yang logik kerana difikirkan baik untuk PKNS dalam tempoh peralihan ini," katanya.
Peringatan !!! Masalah berkenaan PKNS tidak ada kaitan dengan isu bangsa. Ada komen komen yang wak terima memang berkisar tentang 'bangsa apa 'yang memimpin PKNS. Waspada, isu berkenaan di putar belit kerana soal bangsa memang menjadi tajuk yang menarik untuk membawa korang ke lembah perbalahan. Itu media arus perdana punya kerja. Api kalau disimbah petrol boleh letup woooo. Kaedah sama buat bom Molokov cocktail. Korang jangan terjerat.

Soalnya di sini adalah kerugian berbilion ringgit di dalam PKNS. Tolong jangan lari tajuk.

Kejadian ini sudah belaku sejak dulu lagi. Madam Low bersama PKNS hampir 40 tahun. Dia adalah salah seorang yang berpangkat di dalam PKNS dari seorang yang hanya berjawatan pegawai akaun. Dia di naikkan pangkat ketika Datuk harun salim menjadi boss di PKNS dan serba sedikit terlibat dalam sebarang aktiviti sehingga PKNS kerugian berbilion ringgit.

Bukan masa nya untuk menuding jari antara mereka. Tapi kena bersihkan PKNS dari jalang jalang yang berada di dalam. Kita sebenarnya sudah terlambat dan kaedah yang paling baik adalah buang mereka semua. Siapa di dalam pKNS yang bersih? Susah nak cari. Semua nya dah korup. Jangan kata engineer tak terbabit, kerani tidak bersangkutan, sedankan sekarang semua nak cuci tangan. Kita tutup cerita itu dan langkah yang penting ketika ini adalah bersihkan pengurusan PKNS.

Khalid Ibrahim dah biasa dengan dunia keparat. Bila sebuah syarikat bercadang membeli syarikat lain, pembeli melantik consultant untuk menilai satu satu syarikat. Aset, hutang, rekod kakitangan, akaun dan macam macam butiran tentang syarikat akan diselidiki. kenapa langkah ini tidak dibuat pada peringkat awal dan membiarkan pengurusan lama yang memang dah ternyata korup terus berada di dalam PKNS sampai ke hari ini? Nak tunggu pencen baru nak siasat? Dan kerana Pengurus Besarnya pencen maka di lantik orang yang sekapal dengan nya untuk berada di tempat pengurus besar. Mungkin Madam Low bersih pada Khalid kerana dia tak dapat berita. Tapi kalau dah duduk meeting sekali di dalam membuat keputusan maka orang ni semua tak boleh pakai. Dan yang paling menarik ... di lanjutkan tempoh untuk 1 tahun. Tapi aku percaya selepas ini tempoh ini tidak lagi disebut memandangkan, Dato Hassan Ali di tugaskan untuk mencari pengganti.

Kerajaan negeri lain yang mengalami perubahan kerajaan dah buat tindakan ini pada bulan April dulu lagi. Diorang dah siap siap tukar pengurusan anak syarikat dan jabatan di bawahnya.

Aku dapat desas desus dari EXCO dan kalangan kakitangan SUK sendiri bahawa MB Selangor ni keras kepala sikit. Tak mahu dengar nasihat orang lain kerana dia rasa dia dah cukup bijak. Korang ingat DS Anwar boleh tutup mata dengan semua bentuk silap yang dia dah buat? Hari ni nasihat, esok dia buat lagi. berapa banyak lagi kontroversi yang dia nak buat daaaa.....

Selepas ini masalah yang sama akan di hadapi ketika YDP dan Datuk Bandar sampai tempoh untuk di tukar. Di mana perkara ini tidak langsung di beri fokus. Korang bayangkan Datuk Bandar boleh perlekeh EXCO dalam buat keputusan sebab MB dah bagi kuasa pada mereka. Ini langsung tidak boleh di terima kerana ketika UMNO memerintah, taraf Datuk Bandar cuma balaci YB YB. Paling tidak pun respek la sikit kerana mereka kini berada di bawah bumbung yang sama. Masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang rimau mengaum. Tapi YB pemimpin yang di pilih rakyat terpaksa tunduk pada mereka yang di pilih oleh pusat. Dah terbalik tu.

Kita tengokkan apa cerita terbaru pulak hari ini. Namun satu peringatan adalah isu PKNS dan Mdm Low bukan tentang bangsa dan kaum, tapi soal amanah untuk membongkar kehilanan berbillion ringgit wang rakyat Selangor. Melantik orang lama sedangkan MDM LOW sendiri pun perlu DISIASAT. Angka kehilangan bukan sikit beb. Boleh beli helikopter perang tu.

Posting terkini

Blog Archive