Ditulis oleh AYu
dipetik: buletinonline
Kuala Terengganu, 27 Dis - Seorang lagi mangsa dalam Tragedi Berdarah Batu Burok pada 8 September lalu, Abdul Razak Ismail, 36, memfailkan saman di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini terhadap Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu sebagai defendan pertama, Ketua Polis Negeri Terengganu (defendan kedua) dan Kerajaan Malaysia sebagai defendan ketiga.
Beliau yang diwakili Tetuan Fariz Halim & Co memohon mahkamah membuat perintah ke atas defendan-defendan supaya membuat bayaran iaitu ganti rugi khas, ganti rugi am, ganti rugi teladan dan agrabit yang akan ditakirkan, faedah mengikut undang-undang, kos kepeguaman dan lain-lain pemberian atau relif yang difikirkan wajar dan suaifaat oleh mahkamah.
Di dalam saman itu, beliau selaku plaintif turut menyebut salah laku anggota polis, iaitu menyerangnya secara salah dan tanpa hak yang diberi oleh undang-undang, menggunakan kekerasan melebihi daripada yang dibolehkan oleh undang-undang, dengan sengaja dan bertekad melakukan kecederaan, memukul, membelasah, menggunakan kekerasan dan melakukan perbuatan salah dan jahat yang mereka tahu akan memudaratkan dan akan menyebabkan kecederaan tubuh badan.
Dalam keadaan berlumuran darah, beliau telah dibawa dan dimasukkan untuk rawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu yang kira-kira setengah kilometer dari tempat kejadian.
Beliau mengalami kecederaan luka kulit kepala yang memerlukan beberapa jahitan, lebam-lebam di seluruh badan, lebih-lebih lagi di bahagian belakang, kesakitan di seluruh badan, kejutan saraf dan penderitaan mental dan telah mengalami penderitaan fizikal dan mental semasa dirawat di hospital dan dalam proses penyembuhan di rumah.
Dec 27, 2007
Razak pula saman polis, Kerajaan Malaysia
cilok & ciplak by radenjowo 1 comments
Pak Lah marah menantu "YOU SHUT UP"
Anak Menantu bulat biji mata - Pak Lah herdik menantunya "YOU SHUT UP"
dipetik: antikhairy
Satu hamba yang menjadi hamba bukan sahaja pada menantu Pak Lah tetapi kepada semua yang lain kerana duit dan untuk mengekalkan tempat telah bercerita tanpa di sedari aku berada sama.
Anak menantu Pak Lah bulat biji mata bila Pak Lah mula meninggikan suara dengan mengatakan apa yang berlaku hari ini adalah kerana menantunya. You please shut up ! Demikian kata Pak Lah pada menantunya dalam beliau berbicara mengenai isu perkauman yang ada. Menurut si pembawa cerita itu lagi, Pak Lah begitu marah kerana apa yang ada adalah penipuan kata-kata menantunya. Menantunya famous dengan kata-kata “everything under controll” sebenarnya tidak membawa khabar yang betul kepada Pak Lah dan ini menyebabkan Pak Lah rasa tertipu.
Anak menantu Pak Lah ini sedar akan keadaan ini dan sudah mula mahu mengikat bapak mertuanya dengan cara-cara lain. Line semakin tidak clear dan menantu terpaksa cari jalan untuk mengikat bapa mertuanya dari terus tahu apa yang telah dilakukan oleh mereka.
Apa Pak Lah boleh. Semua sekarang sudah nampak malap untuk Pak Lah. Dari drebar teksi sampailah kepada orang jual kerepek tepi jalan, dari pegawai kerajaan sehingga kepada pegawai kerani semuanya menempelak Pak Lah. Semua ini kerana mainan menantu Pak Lah dengan semua agensi kerajaan. Ingkar dengar adalah yang akan menerima padahnya.
Pekong simpan lama akan terbuka juga. Begitulah pekong menantu Pak Lah. Sekarang sudah busuk. Pak Lah tahu tetapi usaha damage controll masih belum berjaya. Pak Lah kita sudah menggunakan perkataan YOU SHUT UP kepada menantu beliau yang dikatakan orang terbijak di dunia. Pak Lah lupa ijazah kebijakan menantu Pak Lah bukan pada pengajian beliau di Oxford tetapi lebih pada Ijazah Kehormat Perkahwinan dia dengan anaknya. Itu adalah lesen yang Pak Lah berikan dan sukar untuk ditarik balik. Tetapi bagai kata Pak Lah pada menantunya, kita turut kata sedemikian kepada kedua – dua bapa dan menantunya “ SHUT UP”
Labels: Pak Lah marah menantu "YOU SHUT UP"
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Pak lah Correct ... Correct ...
dipetik: Suarakeadilan
Labels: Pak lah Correct ... Correct ...
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Benazir Bhutto TERBUNUH !!!
via BBC
Pakistani former Prime Minister Benazir Bhutto has been killed in a presumed suicide attack, a military spokesman has announced on TV.
Earlier reports said Ms Bhutto had only been injured and taken to hospital.
Ms Bhutto had just addressed a pre-election rally in the town of Rawalpindi when the bomb went off.
At least 15 other people are reported killed in the attack and several more were injured. Ms Bhutto had twice been the country's prime minister.
She was campaigning ahead of elections due in January.
'She expired'
The explosion occurred close to an entrance gate of the park in Rawalpindi where Ms Bhutto had been speaking.
Scene from the blast
The blast caused carnage at the rally
PPP spokesman Farhatullah Babar initially said that Ms Bhutto was safe. But later he told the BBC that Ms Bhutto had died.
Another member of the PPP, Wasif Ali Khan, told the Associated Press news agency from the Rawalpindi General Hospital: "At 6:16 pm (1316 GMT) she expired."
Ms Bhutto returned from self-imposed exile in October after years out of Pakistan where she had faced corruption charges.
Her return was the result of a power-sharing agreement with President Musharraf in which he granted an amnesty that covered the court cases she was facing.
Since her return relations with Mr Musharraf have broken down.
On the day of her return she led a motor cavalcade through the city of Karachi. It was hit by a double suicide attack that left some 130 dead.
The PPP has the largest support in the country.
Earlier on Thursday at least four people were killed ahead of an election rally that Pakistan's former Prime Minister Nawaz Sharif was preparing to attend close to Rawalpindi.
Refer:
Labels: Benazir Bhutto
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
KELAB UMNO SELANGOR MESIR
RM 27500.00 Untuk Kelab UMNO Selangor Di Mesir
dipetik: aqustatic.blogspot
Sepatutnya artikel di bawah sudah lama saya masukkan di dalam entry ini, namun kesibukan membataskan masa. Alhamdulillah, selepas Mesyuarat Agung Tahunan BKPJM kali ke-25 selesai, saya mempunyai sedikit kelapangan untuk kembali mencoretkan sesuatu di dalam blog ini. Berikut adalah petikan yang telah mendatangkan satu amarah yang tidak dapat dibendung oleh saya...
Apakah malang nasib rakyat ? Ada di antaranya yang kekurangan wang dan sumber pendapatan. Peruntukan RM 27500.00 pula yang telah ditagih oleh Badan Perhubungan Negeri Selangor, Kelab UMNO Kaherah. Dana yang diminta sempena lawatan rasmi menteri besar Selangor, Dato’ Dr. Mohamad Khir bin Toyo bukan satu lagi omongan kosong.
Lawatan menteri besar tersebut yang dijangkakan tiba ke Mesir di awal bulan september 2007 ini, telah dijadikan sebagai platform awal bagi memperkenalkan figura-figura UMNO untuk menjayakan agenda imperialis UMNO di kampus antarabangsa.
Lantaran itu, kesatuan anak-anak Melayu di Mesir terus dicemari dengan kewujudan proksi-proksi UMNO yang menjadi pressure group, menghasut khalayak mahasiswa al Azhar untuk diinjak oleh politik penguasa.
Melihat kepada senario yang berlaku kepada situasi mahasiswa Selangor khususnya, pihak pegawai negeri yang dilantik lebih terbuka untuk membiarkan mahasiswa al Azhar diperalatkan oleh Kelab UMNO di Mesir. Aktiviti persatuan anak Selangor, kerap kali dibelenggu oleh kongkongan pegawai sehingga mereka tidak berupaya merencanakan program dengan baik. Penulis menyaksikan sendiri sikap tidak professional pegawai yang boleh dianggap sebagai kebudak-budakan, malah diberitakan beliau pernah melakukan ugutan agar usaha kebajikan anak Selangor diserahkan kepada Kelab UMNO jika tuntutannya tidak dipenuhi.
Ideologi politik kepartian yang dibawa oleh Kelab UMNO inilah merupakan punca kepada keretakan ukhuwwah sesama mahasiswa di Mesir. Selama ini anak-anak Selangor yang sedang belajar mahupun yang akan tiba di Mesir, sering bergelut dengan sisa-sisa ekstrem seperti ugutan dermasiswa zakat dipotong, dibuang dari hostel dan sebagainya. Sedangkan, Kelab UMNO yang wujud tidak ubah (resemblance is undeniable) seperti personaliti Haman yang cukup popular disebut dalam al Quran sebagai pengadu domba kepada cara kerajaan. Sikap paranoid dan.hipokrit (bermuka-muka) memang layaknya ditabalkan kepada pertubuhan Kelab UMNO kerana kerap kali fitnah dilontarkan kepada mahasiswa Selangor sebagai agen kepada ahli pembangkang semahu-mahunya di muka penguasa.
Peruntukan untuk menaja Badan Perhubungan Kelab UMNO Kaherah juga boleh menimbulkan pelbagai andaian, dari mana datangnya duit sebanyak itu ? Barangkali duit yang diperuntukan kepada Kelab UMNO tersebut merupakan wang zakat yang sepatutnya diagih-agihkan kepada mahasiswa Selangor. Untuk pengetahuan pembaca, masih ada di antara anak-anak jagaan negeri Selangor sendiri yang tidak mendapat bantuan dermasiswa daripada Pusat Zakat Selangor sekalipun mereka berhak untuk menerimanya. Anak-anak Selangor yang menjadi mangsa eksperimen ini akhirnya memilih hidup sebagai setinggan, menumpang belas ehsan teman-teman di apartmen yang disewa sekalipun suasana tersebut membuatkan kehidupan belajar tidak selesa.
Sebenarnya, kewujudan Kelab UMNO di Mesir secara tidak langsung telah menyuburkan amalan neofeudalisme (sikap taat setia membabi buta terhadap penguasa) di kalangan agamawan. Zaman feudal di Eropah satu ketika dahulu, penguasa merupakan entiti yang tidak boleh ditentang dan dipertikai oleh rakyat jelata walaupun terdapat bukti penipuan yang dilakukan oleh mereka. Mereka tidak sedar bahawa perjuangan yang mereka bawa adalah perjuangan yang tidak memiliki idealisme tersendiri, dikongkong untuk menurut segala arahan parti pemerintah walaupun dalam perkara yang batil. Anda rasa tuduhan ini bersifat ultra ? Memang penulis selama-lamanya tidak akan bersimpati kepada UMNO selagi mereka menjadi parti dominan bertindak menindas kepada mana-mana ideologi yang lebih tegar berbanding mereka.
Recruitment kepada sebuah parti untuk mendapatkan pelapis kepada agenda politik adalah mengikut laras-laras 'pengasuhnya'. Secara jelas, UMNO sebenarnya telah berjaya membunuh maruah mahasiswa al Azhar menjadi manusia bertaraf "spoon feed" kepada misi mereka. Hal ini turut menyungguhkan dakwaan penulis bahawa UMNO telah merekrut mahasiswa dengan hanya mencipta ruang-ruang murahan dan dana yang begitu tinggi untuk mengekalkan kuasa politiknya di Malaysia. Tidak dinafikan bahawa keterlibatan mahasiswa al Azhar merupakan strategi UMNO, kerana mereka merupakan grand design kepada hala tuju masyarakat beragama Islam. Secara tidak langsung ia telah menjadi bom yang memusnahkan hujah dan akal budi mahasiswa al Azhar.
Catatan ini, setidak-tidaknya boleh menjadi cermin wajah jujur Kelab UMNO di Mesir yang begitu serius merealisasikan perjuangan kepartian politik pemerintah di bumi perantauan ini. Lihat sahaja lampiran-lampiran yang saya kepilkan bersama di dalam perenggan ini. Objektif yang dirangka oleh mereka sebenarnya hanya merupakan carut-marut matlamat di sebalik sikap mereka yang lebih mementingkan diri sendiri menunggu duit free hasil titik peluh rakyat Malaysia. Jumlah donasi yang sepatutnya digunakan untuk pembangunan masyarakat, telah dijadikan bahan dagangan politik untuk mencandu minda mahasiswa-mahasiswa lain supaya tunduk menjadi bahan UMNO. Sekiranya institusi ilmu ini dicemari oleh anasir-anasir yang tidak sihat seperti campurtangan parti politik dan habuan wang seperti yang diterima oleh Kelab UMNO di Mesir ini, ia sekaligus memberikan nama buruk terhadap kredibiliti mahasiswa lebih-lebih lagi lepasan daripada al Azhar.
Labels: KELAB UMNO SELANGOR MESIR
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Menunggu pengundi India benar-benar menderhaka?
dipetik: Detikdaily
Oleh Ahmad Lutfi Othman
GENAP setahun lalu ramai menjangkakan 2007 adalah Tahun Pilihan Raya selain Tahun Melawat Malaysia. Sejak awal Januari, ada pembaca mencadangkan kepada Harakah agar dibuat countdown atau pengiraan detik pelancaran pilihan raya ke-12, khususnya bagi menyuntik semangat kerja berdepan "perang besar" itu.
Di sebalik keghairahan untuk menebus kekalahan 2004, ramai juga bimbang tentang persiapan pihak oposisi, terutama dari segi semangat petugas dan usaha merakyatkan maklumat ke peringkat akar umbi. Dikhuatiri pelbagai kemelut dan krisis yang melanda kehidupan masyarakat tidak mampu diterjemahkan dalam bentuk undi pada pilihan raya nanti.
Selama ini BN agak licik memanipulasikan keadaan yang pada awalnya dilihat menguntungkan pembangkang tetapi bertukar menyebelahinya di saat-saat akhir sebelum pengundian.Babak getir
Meskipun tahun 2007 tidak sempat menyaksikan pertembungan sengit BN dengan parti-parti pembangkang dalam pilihan raya yang pastinya bersifat berat sebelah, namun ia menyimpan kenangan banyak sekali babak-babak getir pergolakan politik tanah air, terutama menyangkut konflik dalaman parti-parti komponen BN. Wibawa pengerusinya, Abdullah Ahmad Badawi jelas tercalar apabila percakaran sesama sendiri semakin menjadi-jadi.
Para menteri membawa haluan masing-masing sedang Abdullah lebih kerap terlena dan membiarkan negara terurus dengan sendirinya.
Tarikh pilihan raya yang diramalkan itu sebenarnya tidak lari jauh. Kita hanya membilang hari. Abdullah tidak akan menunggu ilham lebih lama lagi.
Beliau tidak mempunyai banyak pilihan. Mungkin selepas semua jemaah haji pulang ke tanah air akhir Januari 2008, diikuti Tahun Baru Cina awal Februari, dan musim cuti sekolah 8 hingga 16 Mac, maka Abdullah semakin kesempitan waktu disebabkan faktor utamanya, iaitu Anwar Ibrahim akan dapat bertanding jika pilihan raya diadakan selepas April 2008. |more...|
Labels: Menunggu pengundi India benar-benar menderhaka?
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Hak berhimpun tidak boleh disekat Akta Polis
Wan Nordin Wan Yaacob
Harakahdaily
KUALA LUMPUR, 26 Dis (Hrkh) - Pakar undang-undang dan perlembagaan, Profesor Abdul Aziz Bari menegaskan kerajaan tidak boleh marah jika ada pihak yang menyifatkan kualiti demokrasi di negara ini sangat rendah.
Katanya, amalan demokrasi di negara lain membenarkan perhimpunan aman dan kebebasan bersuara, berpersatuan di kalangan masyarakat sivilnya.
Tetapi di Malaysia, ia sebaliknya kerana kerajaan menutup ruang berhimpun dengan menggunakan Akta Polis sebagai penghalang kepada hak yang sebenarnya terjamin dalam perlembagaan, katanya semasa ditemuramah Harakah baru-baru ini.
"Sepatutnya perhimpunan aman seperti anjuran Bersih tidak diganggu oleh polis dan rekod gangguan ini sebenarnya telah lama berlaku; termasuk ketika mahasiswa mengadakan demonstrasi di ibu negara pada Disember 1974 dahulu.
"Hak mengadakan himpunan aman itu adalah hak yang dijamin dalam negara demokrasi. Ia bukan hak yang diberi atas dasar belas ihsan oleh pemerintah.
"Sama ada isu atau rungutan itu wajar atau sebaliknya adalah soal lain dan pihak polis bukan pihak yang sepatutnya diberi tanggung jawab untuk menangani perhimpunan aman itu," tegasnya yang juga Pensyarah Kuliyyah Undang-undang Ahmad Ibrahim UIAM.
Menurut Aziz, hak berhimpun terjamin dalam Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan dan ini menunjukkan bahawa hak ini bukan ihsan pihak berkuasa kerana ia adalah hak yang penting yang dijamin oleh perlembagaan. - mks.
Labels: Hak berhimpun tidak boleh disekat Akta Polis
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Syndicate cashing in on Aceh tsunami victims
via Star By V.P. SUJATA PUTRAJAYA: The special immigration identity cards issued to the Aceh tsunami victims two years ago expired in November and syndicates have started making fake copies of renewal cards. Immigration Department director of enforcement Datuk Ishak Mohamed believes that unsuspecting Acehnese, thinking that the cards were legitimate, have paid this syndicate between RM150 and RM200 for each card renewed. He believes the syndicate that was operating around the Chow Kit and Dato Keramat areas in Kuala Lumpur has made over 30,000 of the renewal cards for the Acehnese as well as for other Indonesians. He added that the original card was purple while the renewal cards are yellow and can be obtained at a fee of RM90. The syndicate, said Ishak, was discovered following the arrest of a 38-year-old Indonesian with Malaysian permanent resident status at an apartment in Ukay Perdana Ampang on Wednesday during a joint operation with Rela officers. In the raid, the officers seized a computer containing false immigration documents; a pen drive with records of those with PR status and Immigration cards; 24 fake Aceh identity cards; two immigration stickers, and Immigration rubber stamps. Also discovered were a machine to produce the cards, a printer and a scanner. Ishak said the man, who works with an Acehnese believed to be the mastermind of the syndicate, was found living with his wife and two children aged four (daughter) and five (son) at the apartment. He could be charged for falsifying documents under Section 56(1)(a) of the Immigration Act which carries a jail sentence of not more than 10 years or fine of RM100,000 or both. Ishak said about 35,000 Acehnese were issued with the identity card in 2005 allowing them to stay and work in Malaysia without a passport or work permit after the tsunami hit Aceh on Dec 26, 2004. "The card was valid for two years only and they were required to renew it for another one year," he said, adding that 24,000 of them had renewed their cards before the expiry in November while the status of the rest was unknown. The expiry date for the renewal cards would be November next year, he said. Ishak urged those who had yet to renew their cards to do so with the Immigration Department and not through a middleman. Those who do not renew their cards would be deemed having committed an offence of overstaying. If found guilty, they could be fined RM3,000. They would also be deported, he said, adding that those who want to live and work legally for longer periods in Malaysia were still required to return to Aceh to apply for passports and work permits. He also called those who had been cheated by the syndicate to come forward and get their valid cards.
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
