KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Dec 27, 2007

Menunggu pengundi India benar-benar menderhaka?

Minda Lutfidipetik: Detikdaily
Oleh Ahmad Lutfi Othman

GENAP setahun lalu ramai menjangkakan 2007 adalah Tahun Pilihan Raya selain Tahun Melawat Malaysia. Sejak awal Januari, ada pembaca mencadangkan kepada Harakah agar dibuat countdown atau pengiraan detik pelancaran pilihan raya ke-12, khususnya bagi menyuntik semangat kerja berdepan "perang besar" itu.

Di sebalik keghairahan untuk menebus kekalahan 2004, ramai juga bimbang tentang persiapan pihak oposisi, terutama dari segi semangat petugas dan usaha merakyatkan maklumat ke peringkat akar umbi. Dikhuatiri pelbagai kemelut dan krisis yang melanda kehidupan masyarakat tidak mampu diterjemahkan dalam bentuk undi pada pilihan raya nanti.

Selama ini BN agak licik memanipulasikan keadaan yang pada awalnya dilihat menguntungkan pembangkang tetapi bertukar menyebelahinya di saat-saat akhir sebelum pengundian.

Babak getir

Meskipun tahun 2007 tidak sempat menyaksikan pertembungan sengit BN dengan parti-parti pembangkang dalam pilihan raya yang pastinya bersifat berat sebelah, namun ia menyimpan kenangan banyak sekali babak-babak getir pergolakan politik tanah air, terutama menyangkut konflik dalaman parti-parti komponen BN. Wibawa pengerusinya, Abdullah Ahmad Badawi jelas tercalar apabila percakaran sesama sendiri semakin menjadi-jadi.

Para menteri membawa haluan masing-masing sedang Abdullah lebih kerap terlena dan membiarkan negara terurus dengan sendirinya.

Tarikh pilihan raya yang diramalkan itu sebenarnya tidak lari jauh. Kita hanya membilang hari. Abdullah tidak akan menunggu ilham lebih lama lagi.

Beliau tidak mempunyai banyak pilihan. Mungkin selepas semua jemaah haji pulang ke tanah air akhir Januari 2008, diikuti Tahun Baru Cina awal Februari, dan musim cuti sekolah 8 hingga 16 Mac, maka Abdullah semakin kesempitan waktu disebabkan faktor utamanya, iaitu Anwar Ibrahim akan dapat bertanding jika pilihan raya diadakan selepas April 2008. |more...|

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive