KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Dec 27, 2007

LAGI KANAK KANAK 12 TAHUN HILANG



Pendatang larikan budak

SEREMBAN: "Kami sekeluarga tak dapat tidur lena kerana terlalu bimbangkan keselamatannya," kata Che Ishak Che Kob, bapa kepada Che Siti Nor Azreen, 12, yang hilang sejak Aidiladha lalu dipercayai menjadi mangsa pukau seorang lelaki warga asing.

Menurut Che Ishak, 47, kehilangan anak kedua daripada tujuh beradik itu membingungkannya kerana tiada sebarang masalah sebelum ini.

"Nor Azreen tak pernah pergi mana-mana tanpa beritahu keluarga, malah saya sendiri menghantar dan menjemputnya dari sekolah.

"Ini menyebabkan saya mengesyaki dia mungkin termakan pujuk rayu atau dipukau, terutama apabila polis memaklumkan ada orang nampak seorang lelaki bersama anak saya pada hari kehilangannya," katanya yang bekerja sebagai penoreh getah.

Che Ishak berkata, dia juga mendapat tahu lelaki berusia 27 tahun yang bekerja di sebuah ladang kelapa sawit berhampiran rumahnya lari pada hari kehilangan Nor Azreen.

"Saya mengesyaki Nor Azreen mengikut lelaki itu, malah berdasarkan pengamal perubatan tradisional, anak saya mungkin dipukau," katanya yang ditemui di Ladang Ulu Sawah, Kuala Sawah, Rantau di sini, semalam.

Nor Azreen hilang selepas keluar dari rumah kira-kira jam 9 pagi Aidiladha lalu untuk melawat seorang rakan di Taman Sri Ramai, Rantau.

Kanak-kanak itu dihantar abangnya, Che Mohd Azroy, 15, ke perhentian bas berdekatan taman perumahan terbabit.

Dia berjanji menghubungi Che Ishak pada jam 1 tengah hari untuk menjemputnya pulang tetapi gagal berbuat demikian menyebabkan bapanya mengambil keputusan pergi ke Taman Sri Ramai.

"Saya terkejut apabila diberitahu Nor Azreen tidak pernah ke rumah rakannya. Ketika saya menghubungi telefon bimbitnya kira-kira jam 3 petang, dia hanya menjawab berada dalam bas sebelum panggilan itu terputus dan gagal dihubungi sehingga kini," katanya.

Menurutnya, dia sekeluarga kini hidup dalam kerunsingan tambahan pula apabila teringatkan tragedi yang menimpa Allahyarham Nurin Jazlin Jazimin.

"Saya cuba tidak memikirkan perkara yang buruk namun sebagai bapa, saya tertanya-tanya sama ada Nor Azreen sudah makan atau belum dan di mana dia tidur tambahan pula dia tidak membawa wang dan keluar sehelai sepinggang," katanya.

Che Ishak berkata, sejak kehilangan Nor Azreen, anak kelima, Che Siti Nor Azliana, 7, hilang selera makan kerana terlalu rindukan kakaknya.

"Hubungan mereka sangat rapat sehingga saya terpaksa menipu kakaknya hanya keluar dalam masa dua atau tiga hari untuk memujuknya makan," katanya.

Orang ramai diminta menghubungi Che Ishak di talian 012-6730924 atau balai polis berdekatan jika mengetahui tempat kanak-kanak itu berada.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive