KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Dec 27, 2007

Perpaduan : UMNO/Barisan Nasional Ternyata Gagal

[paranjothy.bmp]

dipetik: mindakembara

Secara tiba-tiba nama S.Paranjothy menjadi terkenal dalam persada politik tanahair. Bukan kerana rupa parasnya atau kemewahannya tetapi kenyataan beraninya setebal empat muka surat menggegarkan suasana dengan tuduhan bahawa UMNO mengapi-apikan isu perkauman.

Melentinglah pelbagai pihak terutamanya Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Dato' Seri Hishamuddin Tun Hussien yang ‘terluka’ dengan kenyataan Naib Ketua Pemuda Gerakan ini. Hisham mendesak agar Paranjothy dipecat daripada Gerakan kerana kebiadabannya menuduh UMNO sebegitu rupa. Mana mungkin dalam suasana UMNO yang menunjangi Barisan Nasional (BN) akan sanggup menodai prinsip setiakawan dan persahabatan dalam pelbagai parti politik yang memberikan hak yang sama kepada semua kaum akan berbuat begitu.

Isu tuntutan hak daripada kaum India dilihat cukup aggresif akhir-akhir ini. Memang benar ianya bukanlah tuntutan yang lahir daripada saluran daripada agensi kerajaan ataupun parti yang mewakili kaum India seperti MIC dan bukan niat saya ingin menyatakan bahawa apa yang dituntut oleh kaum India ini khususnya melalui Hindraf adalah benar segala-galanya tetapi segala-galanya menuntut kebenaran dan keadilan kerana Malaysia adalah sebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi berpelembagaan.

Hakikatnya, suara ketidakpuasan hati terus diluahkan kepada massa. Bezanya, kumpulan seperti Hindraf dituduh dipergunakan oleh parti politik pembangkang manakala kenyataan Paranjothy adalah sebagai Naib Ketua Pemuda Parti Gerakan, parti yang berada dalam komponen BN. Ketua Pemuda UMNO cukup ‘geram’ sehingga beliau menyatakan bahawa sekiranya Paranjothy adalah Pemuda UMNO, sudah lama tindakan akan diambil untuk memecat beliau daripada parti.

Kenyataan Hisham sememangnya ‘menggerunkan’ walaupun beliau sendiri tidak berbuat apa-apa malah membela Khairy Jamaluddin apabila Naib Ketua Pemuda UMNO ini membuat ucapan dalam perasmian mesyuarat perwakilan Pemuda Umno Jerlun tahun lalu dengan mengingatkan ahli-ahli pergerakan Pemuda UMNO bahawa kaum Cina di Malaysia akan mengambil kesempatan daripada perbalahan dalam Umno untuk kepentingan kaum Cina walaupun kenyataan Khairy dikecam oleh pimpinan komponen BN. |more...|

1 comments:

Anonymous said...

Satu blog yang bagus. Penuh dengan berita alternatif. Keep it up.

Posting terkini

Blog Archive