KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Dec 27, 2007

Mohamad Sabu, Mustafa Ali akan saman polis

Image
Intan Abdullah | Foto Wan Zahari Wan Salleh
Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 27 Dis (Hrkh) - Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu dan Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat, Dato' Mustafa Ali akan memfailkan saman terhadap Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Langkah ini berikutan dua insiden berasingan bulan ini yang berkaitan operasi tangkapan pihak polis ke atas mereka.

"Ketika ditangkap di Plaza Tol Tambun, saya diperlakukan seolah-olah mafia," kata Mohamad Sabu kepada wartawan sebaik selesai membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi, di sini pagi tadi.

Beliau berkata, polis bertindak memecahkan cermin keretanya menggunakan tukul besi sebesar kepala lutut dan kemudian mengheret beliau keluar ala-mafia seolah-olah dia adalah penjenayah kejam yang sangat dikehendaki.

"Seorang pegawai polis dikenali sebagai Nasir yang menangkap saya langsung tidak menyebutkan sebab tangkapan. Malah tangan saya lebam-lebam dan luka akibat digari di bahagian belakang," katanya mengenai tangkapan 9 Disember itu.

Mohamad Sabu membuat laporan polis disebabkan cara penangkapannya tidak mengikut prosedur undang-undang.

"Sebelum berjaya memberkas saya, Nasir mengugut memecahkan cermin kereta saya. Saya bertegas untuk sampai ke Guar Patani dahulu dan menyerah diri di balai polis Kepala Batas kerana telah wujud perjanjian dan persetujuan sebelum daripada itu," tambahnya. |more...|

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive