KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Apr 30, 2008

Pengerusi Maju Perak Berhad letak jawatan

bharian - Pengerusi Maju Perak Berhad, Datuk Nadzri Ismail mengumumkan peletakan jawatannya berkuat kuasa hari ini.

Nazri, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Manjoi, berkata, beliau membuat keputusan itu disebabkan soal prinsip kerana pelantikannya dibuat oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) sebelum pilihan raya umum 8 Mac lalu.

Surat peletakan jawatannya itu dihantar kepada lembaga pengarah syarikat hari ini.

“Saya berharap siapa saja yang dilantik oleh kerajaan Pakatan Rakyat Perak, beliau akan meneruskan wawasan meningkat ekonomi orang Melayu di negeri ini," katanya.

Beliau menjawat jawatan itu selama empat tahun.

No2umnO - Alhamdulillah, Masih ada yang GENTLEMAN .....

Alwi Che Mat Yang Celupar

tranungkite

Datuk Alwi Che Mat, ADUN Kok Lanas yang kini menggantikan Datuk Anuar Musa sebagai Ketua Pembangkang di DUN Kelantan tidak menerima kenyataan bahawa Kerajaan Persekutuan telah mendiskriminasi kerajaan Kelantan, malah dengan celuparnya beliau mempersoalkan samada tuntutan YAB Menteri Besar Kelantan TG Ni Aziz adalah untuk memasukkan peruntukan ke poket sendiri.

Sedangkan telah terbukti di dalam sidang dewan penggal lepas, Datuk Mustapha Mohd selaku menteri kerajaan persekutuan sendiri telah mengakui beliau terlibat di dalam menyekat peruntukan pembangunan kepada negeri Kelantan.

Selangor senarai hitam kontraktor rasuah

melayuhot

SHAH ALAM 29 April - Kerajaan negeri akan mengharamkan mana-mana kontraktor daripada mendapatkan projek pembangunan di Selangor sekiranya didapati mengamalkan rasuah. Pengerusi Jawatankuasa Tetap Permodenan Pertanian, Pengurusan Sumber Alam dan Pembangunan Usahawan negeri, Yaakob Sapari berkata, tindakan itu diambil bagi memastikan tiada projek yang dilaksanakan berasaskan amalan itu kerana ia akan membawa banyak masalah kepada rakyat pada masa depan.

Sebaliknya, beliau mahu supaya kontraktor mengambil serius perkara berkenaan dengan mengikut garis panduan yang ditetapkan selain berusaha meningkatkan kualiti kerja mereka."Cara sedemikian sebenarnya membantu mereka memperoleh sesuatu projek yang ditawarkan sama ada dari kerajaan negeri dan syarikat-syarikat swasta yang lain," katanya.Beliau berkata demikian selepas merasmikan Kursus Induksi Keselamatan dan Kesihatan Pekerja Binaan dan Kontraktor Bumiputera di sini semalam.

Turut hadir Pengarah Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB), Othman Razali dan Ketua Pegawai Eksekutif Syabas, Datuk Ruslan Hassan. Yaakob berkata, kerajaan negeri kini sedang berusaha untuk mengurangkan rasuah di Selangor sekurang-kurangnya pada kadar satu peratus berbanding lima peratus yang dicatatkan dalam indeks rasuah negara pada tahun ini. "Untuk tujuan itu, kita telah pun memaklumkan kepada kontraktor dalam setiap majlis-majlis yang diadakan sebelum ini. more...

JANGAN MEMBAZIR !!!

Isuhangat

Klik imej untuk paparan jelas

Diskriminasi terhadap orang Sabah

http://cache.virtualtourist.com/1731400-The_mammoth_Mount_Kinabalu_Symbol_of_Sabah-State_of_Sabah.jpgasam-lambunau
(...) Saya ambil contoh terdekat yang berkaitan dengan bidang saya sendiri untuk lebih jelas lagi. Guru-guru dari semenanjung mendapat durian runtuh apabila ditempatkan bertugas di Sabah. Elaun khas yang diperoleh mereka dijumlahkan dengan gaji pokok sahaja boleh menandingi malah ada yang mengatasi pendapatan guru tempatan (orang Sabah) yang sepuluh tahun lebih senior daripada mereka, walaupun mempunyai kelayakan akademik dan ikhtisas yang sama.

Adakah wajar mereka memperoleh elaun perumahan hingga rm700-rm800 di kawasan pedalaman yang purata kadar sewa rumah hanyalah sekitar rm300-400 (malah ada yang lebih murah sekiranya tahu bergaul dengan orang tempatan) berbanding dengan kami guru berasal dari Sabah yang bertugas di semenanjung (saya dihantar ke sebuah negeri maju yang sekiranya pendapatan RM1500 ke bawah boleh ditafsirkan sebagai miskin) hanya layak mendapat elaun perumahan rm400-rm600. Saya sendiri cuma layak menerima elaun perumahan sebanyak rm450 sahaja, bagi rakan-rakan di kawasan lebih maju seperti Puchong mereka mendapat elaun perumahan cuma rm600 sahaja. Bagi yang masih bujang memang tidak bermasalah kerana boleh berkongsi dengan rakan membayar sewa rumah. Bagaimana pula mereka yang telah berumahtangga?
Rakan-rakan di sini mengatakan kami beruntung mendapat pelbagai faedah kerana bertugas seberang laut, tetapi apakah lebih beruntung berbanding mereka yang dihantar ke Sabah? Di Sabah, dengan sewa rm400 ke atas

Mereka yang berasal dari semenanjung mampu untuk menabung sebahagian daripada pendapatan mereka kerana kos sara hidup lebih murah di Sabah berbanding di semenanjung. Di Sabah yang saudara hjmahat kata boleh sesat di kota kinabalu, tidak ada jalanraya yang bertol. Pergilah sahaja ke mana sahaja tidak ada samseng berlesen ( yang mendapat lesen samseng jalanan dari kerajaan) yang menanti untuk meminta duit kalau kita nak lalu. more...

KEMBAR SEIRAS NO2UMNO

Hah....terkejut den dengan kemunculan satu blog terbaru......saynotoumno.wordpress.com/
Dibelek belek dan kelihatan macam sama perjuangannya. Baru lahir pada 19hb yang lepas dan sedang menghasilkan beberapa artikel.

Artikel pertamanya.......

Nik Abdul Aziz Nik Mat: Tiada Islam tanpa tasawwuf

Mengatur wawancara dengan Tok Guru tidaklah sesukar seperti yang disangka, apatah lagi dengan bantuan baik Annual Bakri Haron, setiausaha politiknya. Temujanji yang ditentukan pada 5 Mei 2005 telah berjalan seperti yang dirancang. Memang, PAS sememangnya beruntung kerana memiliki Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, sosok yang dapat mengimbangi keghairahan budaya politik kepartaian. Ini ekoran
Kalau satu perjuangan maka, syabas wak ucapkan kerana lahir satu lagi blog arus 'lintang' kerajaan BN. Selamat berjuang dan yang penting, namanya lebih kurang blog ini. Macam adik beradik lain bapak pulak dah....

p/s: kalau jumpa makcik Saadiah kat hujung kampung tu, kirim salam.

SIAPA KATA AKU TAK TOLONG UMNO?

JANGAN KATA WAK TAK BANTU UMNO, Nah....ini dia buktinya ..... jeng jeng jeng

Jemputan ke Majlis Ramah Mesra Pemuda UMNO Cawangan Kg. Sentosa

Semua Ahli-ahli Jawatankuasa Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Subang adalah dijemput untuk menghadiri dan memeriahkan Majlis Ramah Mesra Pemuda UMNO Cawangan Kg. Sentosa seperti berikut :

Tarikh : 1 MEI 2008
Masa : 9:00 malam
Lokasi : Pangsapuri Danau Rebung, Jalan Hospital Sungai Buloh

Imam dan JKKK belum dirombak.

wartasungairapat - Katanya setakat ini kerajaan negeri hanya menyemak semula pelantikan imam yang lepas kerana didapati kaedah pelantikan itu melibatkan campur tangan politik serta pemilihan pula mesti diperakukan oleh Ketua Umno Bahagian.

"Kerajaan negeri juga ingin menegaskan bahawa senarai pelantikan JKQM bagi sesi 2007/2010 belum disahkan oleh Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak(MAIAMP).

"Oleh itu sepatutnya tidak timbul persoalan pelantikan imam dan anggota JKQM ini.
Malah, kerajaan negeri juga telah membuat keputusan untuk mengekalkan sebahagian anggota yang dicadangkan dahulu dan sekadar menambah anggota yang baru," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini bagi mengulas dakwaan bahawa kerajaan Perak telah bertindak melantik imam dan anggota JKQM yang baru tanpa mendapat perkenan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah. more...

The largest colossal squid

May 1, 2008 :  Wellington

sun2surf - May 1, 2008 : Wellington Scientists stand in a thawing bath as they inspect the eye of a the colossal squid at Te Papa Museum in Wellington April 30, 2008. The 8 metre long (26 feet) colossal squid weighs about 495 kg (1,089 pounds) and is the largest and best preserved adult colossal squid to be caught. REUTERS

Posting terkini

Blog Archive