KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Apr 30, 2008

Selangor senarai hitam kontraktor rasuah

melayuhot

SHAH ALAM 29 April - Kerajaan negeri akan mengharamkan mana-mana kontraktor daripada mendapatkan projek pembangunan di Selangor sekiranya didapati mengamalkan rasuah. Pengerusi Jawatankuasa Tetap Permodenan Pertanian, Pengurusan Sumber Alam dan Pembangunan Usahawan negeri, Yaakob Sapari berkata, tindakan itu diambil bagi memastikan tiada projek yang dilaksanakan berasaskan amalan itu kerana ia akan membawa banyak masalah kepada rakyat pada masa depan.

Sebaliknya, beliau mahu supaya kontraktor mengambil serius perkara berkenaan dengan mengikut garis panduan yang ditetapkan selain berusaha meningkatkan kualiti kerja mereka."Cara sedemikian sebenarnya membantu mereka memperoleh sesuatu projek yang ditawarkan sama ada dari kerajaan negeri dan syarikat-syarikat swasta yang lain," katanya.Beliau berkata demikian selepas merasmikan Kursus Induksi Keselamatan dan Kesihatan Pekerja Binaan dan Kontraktor Bumiputera di sini semalam.

Turut hadir Pengarah Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB), Othman Razali dan Ketua Pegawai Eksekutif Syabas, Datuk Ruslan Hassan. Yaakob berkata, kerajaan negeri kini sedang berusaha untuk mengurangkan rasuah di Selangor sekurang-kurangnya pada kadar satu peratus berbanding lima peratus yang dicatatkan dalam indeks rasuah negara pada tahun ini. "Untuk tujuan itu, kita telah pun memaklumkan kepada kontraktor dalam setiap majlis-majlis yang diadakan sebelum ini. more...

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive