KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Apr 30, 2008

MB PERAK TEGAS DENGAN KEPUTUSAN

utusanloya - Menteri Besar Perak hari ini mempertahankan tindakan mengarah pertukaran serta merta Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIP) Datuk Jamry Sury dengan alasan mempertahankan hak dan dasar yang diperjuangkan kerajaan sebagaimana manifesto Pakatan Rakyat dalam pilihan raya umum lepas.

Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkata kerajaan negeri tidak mahu diheret lebih jauh ke dalam isu pertukaran terbabit, malah bukan menjadi dasar kerajaan negeri untuk mendedahkan sikap sesetengah pegawai yang bertindak menimbulkan perkara meragukan.

“Bagaimanapun kerajaan negeri terpaksa mempertahankan hak dan dasar yang diperjuangkan sepertimana yang disuarakan melalui manifesto Pakatan Rakyat pada pilihan raya lepas. Sikap tidak menghormati pendirian kerajaan oleh kakitangan awam sememangnya satu sikap yang tidak profesional, sedangkan semuanya telah termaktub dan ditentukan oleh Allah SWT,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau turut memaklumkan bahawa kedudukan Jamry adalah berstatus penempatan secara pentadbiran sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) Gred Utama C (Pinjaman).

“...jadi dalam ertikata sebenarnya dipulangkan ke jabatan asalnya.

Bersesuaian dengan statusnya dipinjamkan ke jabatan berkenaan (JAIP) dan yang meminjamkannya ialah kerajaan negeri terdahulu. Oleh itu, setiap sesuatu yang dipinjam eloklah dipulangkan, apa tah lagi sudah tiga tahun beliau dipinjamkan,” katanya. more...

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive