KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Apr 30, 2008

Cukai Tanah Di Kedah Diturunkan

bernama - Kerajaan Kedah mengumumkan cukai tanah bagi tiga kategori diturunkan antara 25 dan 75 peratus mulai tahun ini manakala kawasan balak hanya akan diberi secara tender terbuka mulai tahun depan.

"Penurunan cukai tanah itu adalah bagi memenuhi sebahagian manifesto pilihan raya dan janji PAS kepada rakyat," kata Menteri Besar Azizan Abdul Razak hari ini.

Beliau berkata penurunan cukai itu bagi kategori pertanian, bangunan dan industri mengakibatkan kerajaan negeri kehilangan pendapatan dalam bentuk hasil sebanyak RM15 juta setahun.

"Kerajaan negeri akan mengganti balik kehilangan hasil itu dengan membuat perbelanjaan berhemah dan tender terbuka kawasan pembalakan," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat exco kerajaan negeri di Wisma Darul Aman di sini.

Azizan berkata dari seluas 2,400 hektar kawasan balak yang diluluskan oleh kerajaan sebelum ini bagi tahun 2008, cuma berbaki 700 hektar yang belum ditebang.

"Mulai tahun depan tiada lagi tender berasaskan rundingan bagi kawasan balak. Semuanya akan dibuat secara tender terbuka. Ini akan menambah pendapatan kerajaan negeri," katanya.

Mengenai cukai tanah, beliau berkata orang ramai diberi kelonggaran membayar cukai tanah sehingga Disember ini tanpa dikenakan denda yang biasa dikenakan kepada mereka yang menjelaskannya selepas 30 Mei.

Azizan, yang juga Pesuruhjaya PAS Kedah, berkata mesyuarat exco hari ini turut bersetuju mengenakan bayaran RM10 sahaja setahun kepada sekolah swasta yang tidak berorientasikan keuntungan tanpa mengira keluasan kawasan. more...

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive