KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Apr 30, 2008

Parlimen hangat dan gamat dengan 'pertikaman lidah'

harakahdaily - (...) Antara yang berbahas mengenai isu itu ialah, Azmin Ali (KeADILan Gombak); Lim Kit Siang (DAP Ipoh Timur); Chong Chien Jen (DAP Bandar Kuching); Dato' Bung Mokhtar Raden (BN Kinabatangan); Ir Khalid Samad (PAS Shah Alam); Fong Po Kuan (DAP Batu Gajah) dan beberapa ahli Parlimen lain yang mencelah sesekali.

Tidak ketinggalan Presiden PAS, Tuan Guru Dato' Seri Abdul Hadi Awang turut memberi pandangan-pandangannya berdasarkan pengalaman di Dewan Rajyat tehadap beberapa isu yang dibangkitkan.

Speker terpaksa mennunggu hingga jam 10.55 pagi untuk memulakan seoalan pertama yang diajukan oleh Dato' Razali Ibrahim (BN-Muar) yang dijawab Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Namun jawapan yang diberi oleh Abdullah mengenai tahap kecekapan pentadbiran kerajaan dan isu-isu pembangunan tidak disenangi beberapa ahli Parlimen, yang menyebabkan mereka meminta soalan tambahan untuk diajukan kepada Perdana Menteri.

Begitupun Sepeker menolak permintaan yang datangnya daripada beberapa hali Parlimen DAP, PAS dan wakil bebas, Dato' Paduka Ibrahim Ali (Bebas-Pasir Mas) menyebabkan suasana kembali tegang dan beberapa ahli Parlimen silih berganti bangun bagi meminta 'point of order'.

Kelam kabut dibuatnya Speker hingga ada pula yang mencadangkan agar perbahasan ditangguhkan sementara berikutan kekalutan-kekalutan yang berlaku.

Sementara hanya tiga soalan sahaja yang mampu dibahaskan pagi tadi memandangkan kekalutan yang berlaku.Tiga soalan itu dibangkitkan oleh Razali (soalan pertama); Bung Mokhtar (soalan kedua) dan Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (KeADILan Permatang Pauh) bagi soalan yang ketiga.

Sidang berjalan semula selepas Speker meminta semua ahli parlimen menunjukkan kesopanan dan daya kepimpinan mereka agar perjalanan perbahasan berjalan dengan lancar.

Semasa memulakan sesi perbahasan, Speker menjemput Salahuddin Ayub (PAS Kubang Kerian) membentangkan usul tergempar di bawah perkara 18 (1), namun selepas membacakan usul itu dengan isinya mendesak kerajaan persekutuan memulangkan royalti minyak kepada negeri Terengganu, usul itu ditolak Speker. more...

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive