KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Apr 30, 2008

BAGAIMANA BALKIS DIBUBARKAN?

Isu badan isteri ADUN - Balkis disoal penyumbang

UTusanloya - Kerajaan negeri menerima banyak pertanyaan daripada pelbagai syarikat yang pernah menghulurkan sumbangan kepada Badan Kebajikan Isteri-Isteri Wakil Rakyat Selangor (Balkis) yang dibubarkan 11 Mac lalu.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, syarikat-syarikat itu termasuk syarikat milik kerajaan (GLC) mahu mengetahui bagaimana pembubaran Balkis dilakukan.

“Mereka juga mahu mendapatkan kepastian sama ada terdapat panggilan (notis) mengenai mesyuarat agung tergempar dibuat mengikut peraturan (Pendaftar) Pertubuhan kerana biasanya untuk pembubaran memerlukan sekurang-kurangnya 14 hari notis.

“Kalau keputusan (pembubaran) dibuat 11 Mac, bererti dalam masa 14 hari bermakna mesyuarat sekurang-kurangnya diadakan 25 Mac, ini bermakna Menteri Besar dan Exco yang baru sudah mengangkat sumpah,” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Pameran Senibina Haiwan di Muzium Sultan Alam Shah di sini hari ini. more...

No2umnO - Di Selangor ni, ada satu mulut kena tutup. Kalau tak, semua isu jadi kecoh, orang lain tak boleh buat kerja. Mulut satu ni.....dia nak buat kecoh banyak hal agar kerajaan baru tak boleh buat kerja. Asyik nak layan hal dia. Panggil GERAK dan NGO turun, biar dia selongkar semua kes. Buat lapuran polis pada mana yang tak betul. Kalau harapkan BPR, tak jalan. TS Khalid tak payah layan semua ni. Nanti Selangor lambat berubah. Banyak benda nak buat. PBT tak reform lagi, PKNS masih ramai talibarut BN, Jabatan Agama pun begitu jugak, malah banyak lagi. Selagi ada talibarut talibarut ni, semua benda tak jadi .....

Mereka mereka ni yang sekat semua rancangan pembaharuan. Jadi api dalam sekam. So fokus pada kerja masing masing. rakyat sedang tunggu perubahan. Kalau tak berubah, ada pihak akan kritik. Diorang tunggu masa tu. TU sebab Nizar arah pengarah JAIP tukar...Leka dengan semua hal ni....ada pihak yang sempat sorok dan musnah fail.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive