KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Apr 30, 2008

Siaran langsung Parlimen dikaji?

UTusanloya - (...) Menteri Penerangan Datuk Ahmad Shabery Cheek berkata siaran langsung selama setengah jam menerusi saluran RTM1 itu adalah percubaan sahaja dan beliau akan mendapatkan maklumat balas daripada semua pihak termasuk orang ramai sebelum membuat sebarang keputusan.

“Saya akan bincang sama ada kita masih memberi peluang kepada Anggota Parlimen untuk menggunakan sebaik-baiknya Parlimen dan siaran langsung yang diberikan,” katanya ketika ditemui pemberita di lobi Parlimen di sini hari ini.

Beliau mengulas demikian setelah beberapa anggota pembangkang sering mempersoalkan peraturan mesyuarat menyebabkan sesi soal jawab lisan selama satu setengah jam hanya sempat mendengar tiga soalan berbanding 12 hingga 15 soalan pada kebiasaannya. aAhmad Shabery berkata kementerian tidak akan menambah masa siaran langsung persidangan Dewan Rakyat. more...

No2umno - Dua hari persidangan Parlimen, rakyat di tunjukkan beberapa isu berkaitan kerajaan BN oleh Pakatan Rakyat. Walaupun di berikan senarai perbentangan yang tidak seimbang, namun ia berjaya menjelaskan bahawa selama ini, kerajaan yang ada telah banyak membazirkan wang dengan pembangunan dan hala tuju perbelanjaan yang jauh melencong. Secara tidak sengaja atau sengaja, sebenarnya melalui perdebatan, rakyat dapat tahu apa kah yang sebenarnya berlaku.

Kini Shabery Cheek tidak dapat tahan dengan pembongkaran pembongkaran tersebut dan bertindak untuk menimbang semula keputusan untuk membuat siaran langsung Sidang Parlimen. Kalau kerana sikap Ahli Parlimen yang bertelagah, ianya tidak cukup dijadikan punca pembatalan siaran kerana ia hanya berlaku pada hari pertama dan ia berlaku di mana mana. Cuba anda fikirkan .......

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive