KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Apr 30, 2008

Helah tiga konstabel terbongkar

Kosmo - Tugas polis adalah membanteras kegiatan penyamun tetapi apa yang berlaku sebaliknya terhadap tiga anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul yang kerja mereka menyamun warga asing.

Tembelang ketiga-tiga anggota dari Bahagian Cegah Jenayah itu terbongkar apabila mereka ditahan semasa sedang menyamun lima warga asing termasuk empat wanita di sebuah penempatan di Taman Merudi, Jinjang pukul 2.30 pagi semalam.

Turut ditahan bersama anggota polis yang kesemuanya berpangkat Konstabel berusia antara 28 hingga 29 tahun ialah seorang lelaki Indonesia yang sering memberi maklumat kepada ketiga-tiga anggota polis terbabit mengenai lokasi untuk menyamun.

Difahamkan, ketiga-tiga anggota polis itu dan pemberi maklumat tersebut diberkas selepas rakan kepada pemberi maklumat itu terkejut dan meluat melihat cara ketiga-tiga anggota polis itu menyamun yang kebetulan mangsanya pula adalah rakannya.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive