KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Apr 30, 2008

‘Lubuk’ Ph.D ekspres


Kosmo - Lima negara dikenal pasti menjadi ‘lubuk’ kepada pihak-pihak tertentu yang bersekongkol dengan universiti terbuka luar negara bagi membolehkan ‘kaki temberang’ di negara ini membeli ijazah doktor falsafah (Ph.D).

Negara terbabit ialah Sri Lanka, Bangladesh, India, Pakistan dan paling mengejutkan turut melibatkan Amerika Syarikat.

Perkara itu disahkan Presiden Persatuan Pengamal Perubatan Homeopati Berdaftar Malaysia (MRHP Malaysia), Prof. Doktor Homeopati (HDr) Nik Omar Nik Daud

Menurut beliau yang merupakan lulusan dalam bidang homeopati daripada sebuah universiti di Punjab, Pakistan sebelum melanjutkan pelajaran di England, aktiviti membeli Ph.D dari lima negara tersebut telah lama dikesan.

“Negara-negara ini memang menjadi tumpuan bagi mereka yang berhajat untuk membeli gelaran doktor kerana beberapa faktor seperti murah dan kelemahan penguatkuasaan undang-undang.

“Bagaimanapun sehingga kini, saya masih belum menerima laporan berhubung pembabitan ahli homeopati yang seramai 300 turut membeli Ph.D,” katanya sebagai mengulas pendedahan eksklusif muka depan Kosmo! semalam berhubung laporan Ph.D ekspres.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive