KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Apr 30, 2008

Kematian Ketua Pemuda MIC Kota Raja timbul keraguan

bharian - Timbalan Ketua Pemuda MIC Kota Raja, A Ravinaidu yang mengesyaki bahawa kematian ketuanya S Selvadhurai dua hari lalu adalah lebih daripada satu kejadian samun, membuat laporan di Balai Polis Seksyen 11, Shah Alam, malam tadi.

Ravinaidu yang mengesyaki sesuatu tidak kena dengan kejadian itu mahu polis menubuhkan satu pasukan khas menyiasat kes itu dan beliau sedia memberikan kerjasama.

Ravinaidu berkata, beliau mengesyaki pembunuhan Selvadhurai ada kaitan dengan dendam.

“Saya juga difahamkan bahawa isteri Selvadhurai akan membuat satu laporan polis petang ini di Shah Alam berhubung kematian suaminya,” katanya di sini.

Selvadhurai, 42, yang bekerja sebagai ejen insurans, mengeluarkan wang daripada mesin ATM di sebuah bank di Seksyen 25, Taman Seri Muda, Shah Alam, sebelum dibelasah sehingga mati oleh sekumpulan lelaki.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive