KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Aug 20, 2008

BPR: Barua Pilihanraya?

UMNO bermati matian menggunakan semua kuasa yang ada untuk menanam persepsi rakyat bahawa Pakatan rakyat itu buruk, lebih dari UMNO. Permatang Pauh menjadi padang hidup dan mati UMNO memerintah di negara ini. Lantas semuanya memainkan peranan sebaik mungkin mencipta sebarang cerita yang memburuk burukkan Pakatan rakyat dengan harapan rakyat menolak calun Pembangkang.

Baru baru ini dah jelas kenyataan dibuat oleh berita luar negara dan internet tentang wang Musa Aman yang di bekukan di luar negara. Jumlahnya menjangkau jutaan ringgit. Sedikit cerita tentang isu tersebut....

The report stated that the businessman who was reported to have had his Malaysian passport impounded was nabbed together with Singapore currency worth a total RM16 million inside his luggage while trying to board a flight to Kuala Lumpur at the Chek Lap Kok Airport. - Dailynews
Sayangnya ... tiada liputan yang dibuat oleh akhbar tempatan malah BPR sendiri tidak cuba untuk membuat sebarang siasatan di mana punca wang dan sebagainya. Untuk menenggelamkan isu tersebut dari di ketahui oleh orang ramai .... maka tuduhan rasuah terhadap dua orang EXCO Perak di gembar gemburkan. Esok ... Insya Allah menjadi tajuk utama di dalam semua akhbar belit kerajaan. Dengan sekelip mata .... BPR mengeluarkan kenyataan akhbar. Bekerja cukup profesional.


Apakah kaitan SPR dan BPR? Atau mungkin ejaan nya sahaja lain tapi fungsi adalah sama. Menjadi agen kerajaan untuk membantu UMNO memenangi pilihanraya. Nak ku sebut semua yang bersekongkol?

SPR adalah Suruhanjaya Pilihanraya sementara BPR adalah Barua Pilihanraya.

Terpaksa pakai kopiah untuk selamat kan diri

md-sallehparlimen-pengerang | Kira-kira 40 orang dari Parlimen Pengerang telah hadir di Pematang Pauh untuk memberikan sokongan moral kepada calon Barisan Nasional, Datuk Arif Shah Omar Shah semasa hari penamaan calon Sabtu lalu.

Mereka yang hadir pada pagi itu merasakan seolah-olah berada di tengah-tengah medan peperangan apabila melihat penyokong Keadilan dan Pas yang penuh beremosi dan melampau.

Mereka bukan sahaja telah mengeluarkan kata-kata kesat dan nista kepada penyokong Barisan Nasional yang lalu, tetapi juga memprovokasi para wartawan. Tindakan tidak bertamadun mereka ini bukan sahaja boleh menaikkan kemarahan tetapi sekaligus mampu mencetuskan pergaduhan

Md Saleh Md Nor, 57 adalah salah seorang mereka yang hadir berkata, dia menyaksikan sendiri bagaimana makcik-makcik dan pakcik-pakcik yang agak berumur memaki hamun penyokong Barisan Nasional yang menuju ke tempat penamaan calon.

“Saya menjadi gerun dan takut, apabila mereka yang sebaya dengan ibu dan bapa saya ini memaki hamun kami yang memakai lambang Barisan Nasional.

“Walaupun kami hanya membalas dengan senyuman dan ucapan terima kasih, mereka tetap dengan kata-kata nista bagi menaikan kemarahan kami. Atas faktor keselamatan kami terpaksa menanggalkan semua lambang Barisan Nasional bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini” katanya.

Azmee Khan Amzah, 42 pula berkata dia dan 4 rakan yang lain terpaksa pergi ke gerai yang berhampiran untuk membeli kopiah. Ia bertujuan untuk mengelakkan mereka dari di apa-apakan oleh penyokong pembangkang yang kelihatan seperti tidak dapat mengawal diri.

“Sepanjang pengalaman saya membantu jentera Barisan Nasional semasa pilihanraya, pengalaman ini adalah yang paling menakutkan dan mengerikan.

“Dengan pengalaman ini saya dan rakan akan memastikan pembangkang tidak bertapak di bumi Pengerang. Pengalaman di Permatang Pauh ini, cukup mengajar kami untuk bersyukur kerana situasi seperti itu tidak pernah berlaku di Pengerang” ujarnya lagi.

Yang paling menyedihkan apabila melihat Melayu sesama sendiri bergaduh hanya kerana berbeza ideologi politik. Sedangkan bangsa lain walaupun berada di dalam kem pembangkang hanya melihat dan tersenyum. Inilah nasib orang Melayu. Menang sorang kampung tergadai.

no2umno - UMNO terpaksa berlindung di sebalik kaedah berpakaian PAS untuk elak di maki. Kalau ianya dulu berlaku kepada PAS dan KEADILAN, kini keadaan sudah bertukar. Siapa ajar?

Melayu yang ngeri adalah melayu yang dulunya senang dan tidak ingat pada bangsa Melayu yang lain. Melayu yang marah dan memekik pada kali ini adalah Melayu yang dulu susah dan sekarang cuba untuk ubah kerajaan. UMNO awas .... anda tiada tempat lagi di sini.

Galeri hari ini



imej terkini oleh Pinkturtle .... SINI

Mana satu yang kurang ajar?

Hari ini Pak Lah bising tentang kibar jalur gemilang terbalik. tapi sebenarnya kalau komputer di pusingkan 180 darjah. Bendera yang terdapat di dalam blog Kickdefella adalah di dalam keadaan yang sebenar.

Kecualilah kalau melihat paparan komputer di dalam keadaan normal. PAsti kelihatan terbalik. Terbali atau tidak, ia masih bendera Malaysia yang kita sayangi, walaupun Perdana menterinya, tidak kita gemari.

Walau bagaimana pun ... kickdefella sudah pun menjawab tuduhan pak lah, di dalam artikel terbarunya DI SINI.

Kalau Kickdefella di gelar kurang ajar ... Bagaimana pula dengan imej di bawah ini?

Allah s.a.w ?

tranungkite | Paparan imej di sebelah merupakan transkrip emel yang dikirim oleh Saiful Bukhari Azlan sehari selepas beliau membuat laporan polis dengan mendakwa dirinya telah diliwat oleh Anwar Ibrahim, seorang warga emas yang mengalami sakit tulang belakang.

Baru-baru ini, Saiful Bukhari yang cukup dikenali sebagai seorang kasanova sewaktu di kampus telah meminta tuhan melaknat dirinya dan keturunannya seandainya apa yang didakwa oleh beliau (bahawa dirinya telah diliwat oleh seorang warga emas yang menderita sakit tulang belakang) adalah tidak benar.

Ketika melafazkan sumpah (sambil memegang kitab suci Al-Qur'an dengan tangan kiri!), Saiful Bukhari telah tersasul sejak dari awal dengan mencampur-adukkan lafaz "wallahi, wabillahi, watallahi" dengan lafaz yang berbeza. Saiful Bukhari juga kelihatan keliru dengan tarikh sebenar dakwaannya diliwat. Mana satu yang betul: 26 Ogos atau 26 Jun?... selanjutnya.

Membantu tapi kena tahan?

http://khairilazuar.files.wordpress.com/2008/08/ffac45ffc6618276b7ccb33483631c191.jpg

Pembelaan Buat Abang Kamil

Abang Kamil adalah Timbalan Ketua Bahagian PKR Batu. Aku sebagai salah seorang ahli Exco dalam AMK Batu tidak mempercayai sama sekali beliau akan bertindak ganas memukul jurugambar tersebut. Beliau seorang yang bersopan, ketika berbicara dan sebagainya, kuat bekerja terutama dalam membantu masyarakat di Parlimen Batu. Setelah meneliti video tersebut, ternyata beliau cuba menyuraikan orang-orang yang mahu bertindak ganas, di harap beliau akan dibebaskan secepat mungkin. ... seterusnya

“Permatang Pauh Politics in Sports..?”



audie61 | My first impression was “Here we go” Politics putting its hand in Sports. “Here we go” is a rallying cry made famous by football fans all over in England as their teams go on attacking into their opponents goal. It was suppose also to arouse the sentiments of the players and push them to go for the win or to try to equalise from a goal down on the field. In Malaysia football we have our drums and kompang and our supporters are not as rowdy and has the hooligan elements inbuilt as the British fans. I know this very well as during the eighties too on weekends I followed the service crew boys supporting Leeds United as they went around the country causing mayhem and fear. ’Malaysiakini portal carried this report http://www.malaysiakini.com/news/88146 headlined :Propaganda war in full swing. In Malaysia our politics though full of controversies and surprising elements have not reached that stage and I thanked God for that. Well lets not divert from why Politics is in Sports.... selanjutnya.

Ketua wanita UMNO cawangan serang petugas PR



Hah panas panas ... Ketua wanita UMNO cawangan tiba tiba hilang akal, menyerang petugas khas yang sedang memasang papan tanda wajah DS Anwar Ibrahim. Baca berita seterusnya ....

Adui......betina dah jadi jantan. Jantan pun dah jadi betina.

Pada petugas PR ... jangan ragu ragu. Kalau ada gangguan, buat laporan polis. Kita tengok apa kata polis pulak.

Yang kononnya sentiasa bertugas cara professional dan cekap.

Dan SINI satu lagi kesah heroin BETINA yang meracau racau tak tentu pasal.

UMNO tak paham bahasa

Korang baca sedikit dari artikel ni, merujuk kepada banner yang terpasang di permatang pauh .....

sepanduk ini terletak di Bilik Gerakan PKR kubang ulu .baru petang tadi dipasang dan ia membawa maksud menghina dan pijak bangsa melayu kerana melayu itu adalah dari parti UMNO yang memperjuangkan ketuanan melayu. Ini adalah sepanduk kurang ajar dan biadab oleh bangsa cina PKR yang aku lihat yang memasang sepanduk ini . Sebenarnya pengkhianat bangsa kita sendiri yang kata negara ini bukan bangsa melayu tetapi rakyat punya. Jadi ,mereka pun sudah berani ingin bermain API!!!! ... seterusnya disini [jangan ketawa]
Dia paham ke bahasa atau buat buat tak paham untuk bangkit semangat perkauman? Aku nak ajar sikit. Maksudnya .... Negara ini bukan UMNO dan BN yang punya. Negara ini milik semua orang.

Hey bro ... nak bagi tau la .... aku bangsa melayu gak, tapi bukan UMNO ... nak sebut UMNO pun geli anak tekak. Ramai melayu dah tak mau UMNO ... asyik kena tipu dari zaman datuk sampai ke cucu. Sebab jenerasi UMNO tak pernah pandai pandai.

Posting terkini

Blog Archive