... selanjutnya di Chegubard.
no2umno - Aku ingat polis dan Pak Lah dah buat buat tak nampak.
Sep 15, 2008
UMNO Pulau Pinang terus bakar api perkauman
Labels: UMNO Perkauman
cilok & ciplak by radenjowo 3 comments
ISA for protection ! Apply for your arrest now ...
... selanjutnya di thedandelions.
Labels: Belit Hamid Lebar
cilok & ciplak by radenjowo 1 comments
Zaid Please don't go ... wowowo
Khabarnya Pak lah tidak menerima surat perletakan Jawatan Zaid Ibrahim yang kecewa dengan tindakan ISA yang sembrono .... KLIK berita dari Kuda Ranggi.
Labels: Abolish ISA, zaid ibrahim
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Zaid mahu sama ada Muhyiddin letak jawatan atau disingkir
MStar | ...Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim berkata, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hendaklah meletak jawatan atau disingkirkan jika tidak berpuas hati dengan tempoh peralihan kuasa Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang ditetapkan pada 2010.
"Mudah sahaja, jika Muhyiddin tidak puas hati dengan Perdana Menteri, beliau boleh letak jawatan Kabinet... ini bermakna beliau tidak yakin dengan Pak Lah (Abdullah)... tidak, saya tidak cadang untuk beliau berbuat demikian.
"Saya kata jika beliau tidak gembira dengan Pak Lah, jika beliau tidak yakin dengan Pak Lah, dua perkara akan berlaku sama ada letak jawatan atau Pak Lah hendaklah singkir beliau, itu yang sepatutnya berlaku," katanya kepada pemberita selepas melancarkan pameran lukisan Wang Lan, Wang Xu dan Shen Jiawei di Galeri Petronas hari ini.
Rabu lepas, Muhyiddin, yang juga Naib Presiden Umno berkata pelan peralihan yang dipersetujui Abdullah dan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak Jun lepas, hendaklah dipercepatkan memandangkan keadaan politik yang tidak stabil di negara dan tempoh itu terlalu lama.... selanjutnya.
Labels: Muhyiddin Yassin, zaid ibrahim
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Hasrat Pakatan mahu temui PM, antara taktik dan strategi Anwar
MStar | ...Menurut Johari, surat berkenaan ada kena-mengena dengan kemungkinan penubuhan kerajaan baru oleh PR serta isu ketidakstabilan politik hari ini berikutan penggunaan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) terhadap pengendali Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin dan Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok.
"Surat ini sangat penting kerana ia ada hubung kait dengan isu pentadbiran negara dan kestabilan rakyat, dan secara spesifik mengenai kerajaan baru pasca 16 September," katanya kepada pemberita di sini.
Hatta pula berkata, rakyat hari ini sangat teruja dengan kemungkinan perubahan kerajaan kerana marah dengan perkembangan terkini melibatkan penggunan ISA sewenang-sewenangnya oleh kerajaan.
"Dengan itu kita telah menyerahkan surat kepada setiausaha sulit kanan Perdana Menteri Datuk Ahmad Yaakob agar Perdana Menteri prihatin agar proses pertukaran kerajaan nanti akan berjalan lancar," katanya.
Sementara itu, Loke pula berkata, surat berkenaan juga mendesak kerajaan membebaskan serta-merta dan tanpa syarakat dua lagi individu yang ditahan malam Jumaat lalu di bawah ISA.... selanjutnya.
Labels: 16 September 08
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Anwar umum formula Pakatan esok
MStar | ...Pelan sasaran 16 September Pakatan Rakyat yang berusia enam bulan akan menjadi realiti esok?
Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual akan mengumumkan butiran lanjut sasaran mereka termasuk jumlah Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) telah menyatakan hasrat untuk menyertai Pakatan Rakyat, esok.
Perkara tersebut disahkan oleh Ketua Penerangan PKR, Tian Chua ketika dihubungi mStar Online sebentar tadi.
"(Tarikh) 16 September jadi... semua perancangan sudah siap. Esok Datuk Seri Anwar akan membuat pengumuman secara rasmi melalui satu sidang akhbar khas," kata beliau yang baru sahaja pulang ke tanah air selepas terlibat dalam lawatan ke Taiwan untuk memancing beberapa Ahli Parlimen BN di negara, yang mengadakan lawatan sambil belajar.
Antara lain kata beliau, Anwar akan mengumumkan bahawa lebih 32 Ahli Parlimen BN telah mempersetujui untuk masuk Pakatan Rakyat.
Pakatan Rakyat diumumkan secara rasmi pembentukannya pada 1 April lalu turut mengisytiharkan sasaran pelan mereka membentuk kerajaan persekutuan menjelang 16 September.
Malam ini Pakatan Rakyat mengadakan sambutan Hari Malaysia sempena pembentukan Malaysia di Kelana Jaya.... selanjutnya.
Labels: 16 September 08, Anwar Ibrahim
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Poster palsu Anwar ke Istana Negara
malaysiakini | PKR menafikan menganjurkan perhimpunan di Istana Negara esok sempena menyambut Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai "perdana menteri keenam" seperti poster-poster yang disebarkan di beberapa tempat di ibu kota.
"PKR dengan ini ingin memaklumkan bahawa ia tidak sama sekali terlibat dalam penganjuran mana-mana perhimpunan mahupun perarakan ke Istana Negara pada 16 September 2008 seperti yang diuar-uarkan," kata setiausaha agungnya Datuk Salehuddin Hashim hari ini.
"Penyebaran maklumat palsu yang melibatkan PKR ini dilihat sebagai suatu usaha terdesak pihak tertentu yang mahu menimbulkan kekacauan dan mencetuskan ketidaktenteraman awam dan akan seterusnya menimbulkan kebimbangan kepada warga penduduk Kuala Lumpur."... selanjutnya.
Labels: Anwar Ibrahim, Belit BN Belit UMNO
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Ehem ehem ehem .......
Utusan | Datuk Zaid Ibrahim hari ini meletakkan jawatan sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri.
Surat perletakan jawatan beliau diserahkan kepada Perdana Menteri di Putrajaya pada pukul 2 petang ini.
no2umno - baru la anak jantan ... ada sorang tu sampai berbuih mulut masih ada jadi menteri. Eh mmmm. Sapa ye?
Labels: zaid ibrahim
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Orang yang mengaku Islam perlu baca
Mufti Perlis: ISA tidak diperlukan untuk bela ajaran Islam
Mstar |Mufti Perlis, Dr Asri Zainul Abidin hari ini menegur tindakan kerajaan menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dalam isu agama dan mengheret pengendali laman web Malaysia Today, Raja Petra Kamarudin dan Ahli Parlimen DAP Seputeh, Teresa Kok yang masih ditahan di bawah peruntukan akta itu.
Ketika ditemui di Damansara Kim sebentar tadi, Dr Asri berkata, Islam dibina dari hujah dan dasar yang jelas, dan Islam juga tidak memerlukan ISA untuk membela ajarannya.
"Jadi tidak ada alasan untuk menahan orang dengan tidak memberi peluang membela diri. Ini adalah satu tindakan yang salah. Sekiranya orang itu mempunyai kesalahan dari segi hukum agama, buktikan dari segi dalil-dalil agama.
"Cara kita tangkap orang guna ISA atas kesalahan agama tidak akan menghilangkan salahfaham terhadap Islam. Seharusnya diperjelaskan dulu apa kesalahan itu. Kalau misalnya orang itu menghina Islam atau menyeleweng, buktikan dulu berdasarkan Quran dan hadis.
"Perlu diperdengarkan pertuduhan itu kepada orang yang dituduh itu. Mungkin juga, ia hanya satu salah faham. Yang penting perdengarkan dulu hujahnya," kata Mufti yang terkenal dengan kelantangannya mengeluarkan idea yang berani dan telus itu.
Kata Dr Asri lagi, "Islam bukan agama yang bacul. Perbuatan ISA kerana kesalahan agama seolah-olah menggambarkan orang Islam tidak mampu berhujah, terus tangkap orang. Mereka akan kata mereka benar kerana kita takut berhujah dengan dia."
Beliau juga turut mengingatkan betapa bahayanya tindakan ISA.
"Sekiranya ada aliran-aliran tertentu dalam kerajaan yang tidak setuju dengan pendapat satu aliran yang lain, adakah ruang ISA juga akan digunakan? Pernah berlaku dalam kerajaan Abbasiyah yang berpegang pada aliran Muktazilah ketika itu. Dia menghukum orang daripada aliran lain termasuk Imam-imam besar seperti Imam Ahmad juga turut dihukum.
"Kalau di zaman ini, mereka yang kendalikan agama itu dari aliran lain maka mereka yang dari aliran lain itu akan dihukum tanpa memberi peluang membela diri. Ini juga tidak sejajar dengan konsep keadilan dalam Islam," kata Dr Asri lagi.
Dari segi politik Islam atau siasah, kata beliau, kerajaan berhak menahan orang dan beri tempoh siasatan (14 hingga 30 hari) bergantung pada keperluan. Tapi kita tidak boleh hukum 2 tahun tanpa diadili. Ini zalim.
"Tuhan yang Maha Adil pun buat mahkamah di akhirat untuk setiap orang dibicarakan. Keadilan ditegakkan di dunia dan di akhirat. Tuhan yang Maha Adilpun memberi peluang untuk kita jawab kesalahan sedangkan Tuhan berhak buat apa saja. Jadi macam mana kita boleh tangkap orang tanpa memberi peluang mereka membela diri?," jelas beliau.
Kata Dr Asri, isu agama turut membabitkan sensitiviti agama lain. Tapi dari segi mempersoalkan identiti Islam seperti laungan azan, itu tidak boleh.
"Namun jika ada sungutan tentang bacaan-bacaan yang panjang sehingga menganggu orang awam, ulamak Islam juga tidak benarkan. Bacaan yang kuat tanpa keperluan atau kuliah agama dengan menggunakan pembesar suara sehingga menganggu ketenteraman awam, itu tidak perlu. Itu sudah diputuskan oleh ulamak-ulamak dari dulu lagi.
"Agama itu terhad. Azan itu azan. Begitu juga kuliah agama untuk diperdengarkan di pembesar suara, berpada untuk sidang yang mendengar sahaja," jelasnya.
Dr Asri juga menyentuh tentang peranan Jakim.
"Jakim berperanan menjelaskan isu-isu agama dan juga yang menyeleweng dari agama. Bukan sekadar menyokong seseorang dihadapkan tanpa bicara. Badan itu juga hendaklah bebas dari percaturan politik. Perjelaskan ketentuan peruntukan orang yang menghina Islam seperti isu Raja Petra. Itu bersifat politik, biarlah diuruskan oleh orang politik.
"Kalau hendak diikutkan yang menghina Islam, ramai lagi yang patut dibuat aduan. Jelaskan dulu apa yang perlu dilakukan?," soal Dr Asri.
Beliau juga meminta kerajaan memikirkan soal ISA ini sedalam-dalamnya.
"Seandainya satu hari nanti kerajaan bertukar rupa dan kalau berlaku pertukaran kuasa. Terlalu ramai nanti yang tidak boleh bersuara dan ISA mungkin diguna seluas-luasnya. Besok, bila kena pada kita, apa kita nak buat?," kata Dr Asri yang akan menghadiri Tazkirah Tarawih di Stadium Kota Bharu pada hari ini.
Beliau yang juga akan memberi ceramah di Kompleks Islam Lundang esok, sempena pelancaran Tabung Serambi Mekah yang akan dirasmikan oleh Menteri Besar Kelantan, juga mempersoalkan bagaimana pemimpin yang gagal kendalikan parti yang kecil mampu kendalikan negara yang besar.
"Takkan nak tunggu ada rusuhan atau kekacauan. Ketika itu sudah tidak boleh dipulihkan lagi. Sekali kekacauan tercetus, susah untuk dipulihkan.
Menurut pengamatan beliau, keadaan ini berlaku kerana pemimpin politik menganggap kedudukan politik itu seperti harta rompakan.
"Mereka bermati-matian untuk mendapatkannya sekalipun terpaksa menggunakan belanja yang besar kerana pulangan atau keuntungannya juga besar," kata beliau.
Jelas beliau, saluran politik digunakan untuk membina kekayaan diri. Inilah hasilnya bila kerakusan ini berlarutan. Tidak ada setiakawan dalam politik, musuh memusuhi, berpuak-puak kerana fikirkan survival politik masing-masing bukan survival rakyat yang dipertanggungjawabkan.
Yang paling ketara sekarang, pemimpin politik bukan sahaja gagal membawa rakyat keluar dari kemelut yang sedang dihadapi malah menjadikan keadaan lebih rumit.
"Bukan sahaja mereka gagal menyelesaikan masalah tapi mereka pula yang menimbulkan lebih banyak masalah lain," kata Dr Asri.
no2umno - Politik merubah orang Islam bersikap seperti Dajjal. Jakim kalau nak politik, tubuhkan Parti. Jangan selindung di sebalik organisasi agama kemudian benarkan hidung dicucuk untuk ikut arahan. Korang ni tak der maruah ka? Mufti Wilayah .... nko satu lagi. Aku nak maki ... tapi nko tu mufti. Geram la aku ni.
Labels: Abolish ISA
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
