KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Nov 30, 2008

Monopoli punca Melayu gagal

utusan | Monopoli berterusan syarikat-syarikat besar bumiputera terhadap projek-projek mega didakwa menjadi punca utama kegagalan pencapaian 30 peratus ekuiti bumiputera di negara ini.

Pengerusi Gabungan Badan Ekonomi Melayu (Gabem), Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik (gambar) berkata, sikap tamak dan mementingkan diri itu mengakibatkan kadar pencapaian ekuiti bumiputera kini hanya 18.9 peratus.

Bekas Ketua Menteri Melaka itu berkata, keadaan tersebut membuatkan sasaran 30 peratus itu terbantut sekali gus merugikan syarikat-syarikat kecil dan sederhana milik bumiputera.

"Walaupun kerajaan masih belum wujudkan undang-undang antimonopoli di negara ini tetapi perbuatan tersebut tidak harus dibiarkan.

"Syarikat-syarikat besar yang mendapat projek besar tidak beri kepada orang lain sebaliknya mereka sanggup tubuhkan syarikat baru dengan menggunakan nama lain semata-mata untuk mendapatkan semua projek,'' katanya.... more.
Wakakak ... pandai, tapi bodoh
Dah tau .. tapi buat lagi
Nko rahim pun sama gak
UMNO semua sama, cakap pasal perjuangan, tapi bila buat ntah apa apa.
Masing masing berlakun cukup terror !
Wakakakakakka

Nov 29, 2008

Saya tetap yakin - Anwar

Malam ini Stadium Melawati gegak gempita dengan laungan reformasi dan nyanyian lagu Keadilan ketika munculnya Ketua UMUM Keadilan di pentas Kongres.

Beliau yang hadir bersama isteri beliau telah memulakan ucapan setelah berakhirnya giliran pidato MB Selangor.

Kesempatan selama hampir 30 minit telah di manafaatkan untuk menerangkan kepada hadirin sekitara 10, ooo orang tentang '16 September'. Menurutnya usaha telah di jalankan, namun takdir akan di tentukan oleh Allah swt. Langkah pertama ke arah perubahan kerajaan adalah melalui Sarawak dan menurut beliau, sejak 14 haribulan yang lepas, Menteri menteri besar diarahkan untuk terbang ke Sarawak bergilir gilir mengikut jadual yang di tetapkan.

Merujuk kepada perubahan kerajaan, beliau tetap yakin bahawa usaha tersebut bakal menemui kejayaan, berpandu kepada keadaan dan sokongan yang diterima. Cuma masa yang menentukan.

Ucapan beliau berakhir pada jam 11.51 malam dan esok merupakan hari terakhir perbahasan Kongres Keadilan yang ke5 yang diadakan selama 3 hari bermula pada Jumaat lepas.

Business baru !!!

The article which appeared in the November issue of ‘The Women’s Weekly’. Education Ministry director-general Datuk Alimuddin Mohd Dom says he will look into this confession.

'My son paid friend to take his SPM'

.... He had paid his friend RM200 for each paper that he sat for, she said.

"All the guy had to do was to turn up at the examination centre with John's identity card and sit the paper he had registered for.

"I knew this friend and that he would be able to guarantee good enough results for my son to enrol into college.
"If anyone became suspicious, his friend would just insist that he was the boy in the picture and that he just looked different at 17."

In ensuring that the plan worked, she said her son's friend memorised all his details in case anyone asked.

The friend managed to avoid raising any suspicion as the invigilators failed to see the physical difference between the two boys.... more.
Phuyoooo ... business baru.
Kena kamcing ngan cikgu nih ... biar diorang tutup mata kalau aku hantar 'pemain simpanan'.
Satu kertas RM200.00
Kalau 5 kertas sudah RM1,000
Kalau ada 10 permintaan, aku dah dapat RM10,000
Kalau 10 sekolah dengan 10 permintaan untuk 5 kertas setiap permintaan, sudah RM100,000
Woooooo den kayo wakakakak !!!
Kalau lepas tu budak tu bodoh masuk kolej, itu diorang punya pasal. wakakakak
Yang penting .. wak kayoooo !!!

Petronas untung RM63 billion

utusan | Petroliam Nasional Bhd. (Petronas) mencatat kenaikan keuntungan sebelum cukai sebanyak 48.6 peratus bagi enam bulan pertama tahun kewangan berakhir 30 September 2008 kepada RM63.26 bilion berbanding RM42.57 bilion untuk tempoh yang sama tahun sebelumnya.

Perolehan bagi syarikat petroleum itu bagi tempoh kewangan tersebut adalah sebanyak RM157.20 bilion berbanding RM102.86 bilion untuk tempoh yang sama tahun sebelumnya.

Bagaimanapun, Petronas dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini hari ini, tidak menjelaskan lebih lanjut mengenai faktor kenaikan dalam prestasi kewangannya.

Untung bersih bagi tempoh berkenaan juga meningkat sebanyak 46 peratus kepada RM38.64 bilion berbanding RM26.47 bilion bagi tempoh yang sama tahun lalu.... more.
Wakakakak ... YAHoooooo !!! Petronas untung !!!
Alamak .. poket aku tinggal RM20.00 je
Dari dulu sampai sekarang ... Petronas untung, aku cam ni jugak.

Masih kah kau ingat ... wakakakak

Penghidap HIV Semakin Meningkat Di Malaysia
bernama | Seramai 82,704 orang dilaporkan menghidap penyakit HIV di Malaysia sejak kes pertama dikesan di negara ini pada 1986, menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Penyelaras PBB di Malaysia, Kamal Malhotra, berkata Malaysia ketika ini menghadapi halangan untuk mencapai Sasaran Pembangunan Milenium (MDG) PBB dalam membasmi virus HIV/AIDS.

"Setakat Jun 2008, jumlah orang yang menghidap HIV sejak 1986 telah mencecah 82,704 orang. Kami menghadapi epidemik tertumpu dengan satu hingga lima peratus populasi tertentu menghidap virus itu," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Red Carnival anjuran Yayasan PT di Sungai Wang Plaza Sabtu.

"Selaras dengan garis panduan PBB, Malaysia perlu menumpukan usaha terhadap lima kumpulan berisiko tinggi -- pengguna dadah, pekerja sex, transeksual, homoseksual dan pekerja asing," kata Malhotra.

Menurut laman web Program Pembangunan PBB (UNDP) Malaysia, pada tahun 2000, lima peratus jumlah populasi dilaporkan dijangkiti HIV/AIDS dan jumlah tersebut meningkat kepada lapan peratus jumlah populasi pada 2006.... more.
Fail .... fail .... fail .... wakakakak
Cakap lain, buat lain ... wal asal balik asil. Tu pasal tak hasil. Wakakakak
Baca berita dolu dolu ....
Pemberian jarum, kondom dilaksanakan sebab Aids di tahap bahaya, kata PM

Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata program perintis pemberian jarum dan kondom secara percuma kepada penagih dadah sebagai satu cara mengurangkan jangkitan HIV/AIDS di negara ini akan tetap dilaksanakan memandangkan keadaan sudah sampai ke tahap darurat.

"Langkah ini bukan satu pembaziran tetapi jika ada cadangan lain yang lebih baik kerajaan sedia menimbangnya," kata Perdana Menteri kepada wartawan Malaysia selepas menghadiri Sidang Kemuncak Selatan Kedua G77 bersama China yang berakhir di Doha Khamis.

Tolak Sajak Kematian Tetapi Tak Mampu Halang Kematian

syukran | AlFatihah buat Timbalan Menteri Pelajaran, Allahyarham Razali Ismail yang disahkan meninggal dunia kira-kira pukul 6.30 petang semalam di Institut Aminuddin Baki, Genting Highlands.

Seingat ana, pada bulan September lalu Allahyarham telah mengeluarkan arahan agar semua guru dan kakitangan sekolah tidak dibenarkan soal politik ketika berada dalam kawasan sekolah walaupun pada waktu berehat dikantin. Ramai guru yang tidak puas hati tetapi isu itu tetap berlalu pergi.

Namun yang tak boleh ana lupakan adalah tentang Sajak Kematian yang begitu hangat diperkatakan pada awal bulan ini. Allahyarham merupakan antara orang pertama yang mendedahkan perkara ini dan membuat bantahan awal agar ianya tidak dibenarkan berlaku lagi.

Kuasa Allah menentukan, belum sampai sebulan isu ini berlegar dipikiran rakyat, Allahyarham pergi menemui ajalnya yang telah ditetapkan. Ada yang menganggap ini suatu kebetulan, tetapi ada juga yang menganggap ianya sebagai peringatan dari Allah yang sesungguhnya senantiasa memerhati tingkah laku hambanya.... more.

Ajaran sesat Ayah Pin bukan lagi ancaman?

komentarkini | ...Lama juga pusat kegiatan ajaran sesat itu dibiarkan bebas beroperasi oleh kerajaan Umno Barisan Nasional yang diterajui Datuk Seri Idris Jusoh.

Pendek kata Ayah boleh bebas mengamalkan ajaran seat kerajaan langit dengan begitu aman tanpa sebarang gangguan pihak pemerintah. Mungkin disifatkan oleh kerajaan Terengganu (2004-2008) tidak mendatang sebarang ancaman kepada kerajaan negeri sebaliknya mendapat babuan politik.

Lama kelamaan ada sebahagian orang Besut sangat tidak berkenan dengan layanan itu, maka timbullah rasa tidak puas hati sebahagian penduduk Besut terhadap pusat kegiatan ajaran seat kerajaan langit itu lalu dibabar.

Beberapa penduduk Besut yang terbabit dengan pembakaran pusat ajaran itu ditahan reman selama beberapa hari untuk membantu siasatan kerana melaku jenayah yang boleh membahaya nyawa manusia.

Ketua ajaran sesat kerajaan langit itu dicadang supaya ditangkap, tetapi malangnya pihak berkuasa tidak berjaya menahan Ayah Pin dengan alasan Ayah Pin lari dikatakan tiada didalam negeri dan beberapa orang pengikutnya sahaja ditahan.

Baru-baru ini ayah pulang semula ke Besut dikatakan akan meneruskan semula ajaran sesat kerajaan langit itu.

Tapi malangnya timbalan pengerusi jawatankuasa agama dan penerangan negeri, Ustaz Muhamad Ramli Haji Nuh , menyifatkan bahawa kegiatan ajaran ayah pin bukan lagi ancaman.

Ustaz Muhamad Ramli Haji Nuh sebagai berkata bahawa kegiatan ajaran sesat ayah pin yang disebarkab oleh Ariffin Mohammad 65 tahun sebenarnya sudah lumpuh.

Kita hairan dengan kenyataan Ustaz Muhamad Ramli yang juga ADUN Tepuh mengatakan ajaran itu sudah lumpuh, sedangkan pusat penyebaran ajaran kerajaan langit di baru 13 jalan Hulu Besut kini dikatakan mula beroperasi semula.... more.

Ayah Pin Turun ke bumi untuk Pemilihan UMNO?

kombimalaysia | ...Mereka semua tidak bekerja kerana hanya bekerja terus dibawah Allah! MasyaAllah! Sewaktu berbual itu, salah seorang mereka berkata,"Ada Rijal Al Ghaib hadir bersama kita!"Dia pun bercakap sesuatu kepada yang ghaib itu dan 'menterjemah' kembali kepada saya setiap soalan dari Rijal Al Ghaib.....naik meremang bulu roma. Allahualam. Menurut Rijal Al ghaib yang hadir itu, salasilah keturunan saya dari Shaikh Sayyid 'Abd al-Qadir al-Jilani. MasyaAllah!Ketika itu saya tidak terdengar pun mengenai Ayah Pin. Teringat yang salah seorang dari mereka pernah memberikan telefon untuk bercakap dengan seorang 'tukang kayu' dari Trengganu.

Tukang kayu yang hebat kerana pernah sendiri pergi ke langit sana.Saya membuat anggapan kemudiannya, setelah kisah Ayah Pin menjadi hangat selepas tahun 2000, mungkin itu Ayah Pin, hanya Allah yang mengetahui kerana saya sudah terputus hubungan dengan kumpulan ini sebaik berhijrah ke UAE.Saya akan ceritakan pengalaman hampir setahun dengan kumpulan yang semua ahlinya mahu jadi Rijal Al Ghaib ini.

Malah ada membantu mereka berniaga dengan memberi maklumat mengenai dunia IT.Kini Ayah Pin dikatakan muncul kembali, apakah kena mengenai dengan pemilihan hebat dalam UMNO? Setahu saya, berkenalan dengan kumpulan tersebut, mereka semua adalah ahli UMNO yang setia dan percaya Dr. Mahathir itu diterima oleh kerajaan langit, manakala TG Nik Aziz dikatakan ditolak oleh kerajaan langit!.. more.

PKR sedia 'tempur' Sarawak

mstar | ...Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan memulakan langkah drastik 'menggempur' Sarawak bagi memastikan pengaruhnya dapat menembusi negeri berkenaan bemula bulan hadapan.

Penasihat parti itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata rintihan dan kemahuan rakyat di Sarawak yang sangat inginkan perubahan sentiasa didengari dan akan diberi perhatian yang serius.

"Mudah-mudahan kita dapat menjana kekuatan yang lebih dan seruan rakan di Sarawak juga kita dengar dan kita sudah putuskan mulai bulan hadapan ahli-ahli Parlimen dan pimpinan PKR untuk 'bertempur' di Sarawak," katanya semasa menyampaikan Ucapan Khas Penasihat PKR di Kongres Tahunan Nasional ke-5 PKR di sini hari ini.

Anwar juga melahirkan keyakinan Pakatan Rakyat yang dianggotai PKR, PAS dan DAP akan terus bekerjasama bagi memastikan perubahan besar akan berlaku di Sarawak malah terus memberi harapan untuk membentuk kerajaan.... more.

Posting terkini

Blog Archive