KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Dec 20, 2007

BERIBU MELAYU, GONGGONG GULA SEBUTIR

The image “http://pmr.penerangan.gov.my/menteri/abdul%20aziz%20shamsuddin.jpg” cannot be displayed, because it contains errors.

Merujuk kepada kenyataan Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Zainal Abidin Osman bahawa pendapatan kaum Bumiputera adalah yang terendah di antara kaum utama di Malaysia dengan pendapatan isi rumah kasar bulanan kaum Bumiputera sebanyak RM2,711 berbanding kaum Cina (RM4,437) dan kaum India (RM3,456).
Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Abdul Aziz Shamsuddin semalam menasihati rakyat bangsa melayu untuk bangkit dan perbaiki diri. Jangan kecewa dengan kenyataan tersebut. Kenyataan beliau itu dibuat kepada pemberita selepas menyerahkan 36 ekor ternakan untuk ibadah korban kepada 18 buah masjid dan 18 buah surau dalam Parlimen Gopeng di Masjid Gopeng di sini semalam. Rujuk: Orang Melayu Perlu Bangkit Dan Perbaiki Diri, Kata Abdul Aziz

Bijak benar pemimpin Melayu menasihati rakyat sedangkan di dalam ucapan beliau, tidak dinyatakan apakah sumbangan UMNO selama ini. Pengertian 'bangkit' yang diucap pun sekadar cakap dan tidak memberikan maksud apa apa. Kalau istilah bangkit itu bermaksud bangun dan berjuang untuk menjadi lebih baik, maka ia kembali merujuk kepada peluang dan bantuan yang diberikan oleh kerajaan. Apa dia?

Rakyat bangsa Melayu bukan sahaja bersaing dengan bangsa asing untuk menjadi maju tetapi terpaksa berhadapan dengan pemimpin Melayu yang tamak dan haloba merampas hampir semua peluang yang ada. Apa hebatnya Jambatan Pulau Pinang, PKFZ dan pembinaan rel berkembar kepada bangsa Melayu kerana setiap projek awal pembinaan diratah oleh pemimpin Melayu sendiri. Pengagihan projek kecil nya pun berlegar antara kroni kroni mereka.

Melayu dapat apa? Hampas dan serpihan yang tidak diperlukan. Sedangkan hampas tersebut terpaksa direbut beramai ramai umpama beribu semut yang menggonggong gula sebutir.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive