KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Dec 20, 2007

YURAN HAPUS: Kerajaan terus bermuslihat?



Kekeliruan rakyat terhadap isu YURAN diperjelaskan dengan kenyataan terbaru dari Menteri Pelajaran. (Rujuk keratan dibawah). Ia mengelirukan. Lebih malang, tiada penjelasan sebenar kepada pihak kakitangan kementerian dan para guru sehingga menyebabkan perkara ini bakal menjadi isu ketika pendaftaran masuk kanak kanak sekolah sessi 2008 nanti.


Sebelum ini pun ada pihak guru guru yang cuba bertindak bijak tetapi mereka tidak tahu membezakan antara SUMBANGAN dan YURAN. Seperti yang dinyatakan oleh Pengarah Kementerian Pelajaran di TV3 beberapa hari yang lepas, merujuk bahawa SUMBANGAN membawa pengertian tidak WAJIB dan ibu bapa/penjaga murid murid boleh membayar sekiranya mampu.

Guru dilatih ikut arahan. Jika konsep ini difahami, maka ada lah jelas, guru tidak akan bersungguh sungguh bertegang leher dengan ibu bapa sekiranya, surat pekeliling dari kementerian tentang TIDAK WAJIB MEMBAYAR di edarkan.

Persoalannya adalah, kenapa tiada surat pekeliling berkenaan dan apakah muslihat sebenar pihak kementerian dan Menteri Pendidikan? Kita rujuk berita TERBARU berikut.

Yuran Tambahan Sekolah Atau PIBG Tidak Wajib, Kata Hishammuddin (Tajuknya)

PUTRAJAYA, 18 Nov (Bernama) -- Bayaran tambahan yang dikenakan oleh pihak sekolah atau Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIGB) adalah tidak wajib dan bergantung kepada persetujuan ibu bapa pelajar berkenaan.
Tetapi, cuba anda lihat sambungan ayat beliau,
Menteri Pelajaran Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata semua yuran rasmi sekolah dimansuhkan mulai tahun depan dan berharap ibu bapa pelajar tidak menyamakan bayaran tambahan dengan yuran rasmi yang dimansuhkan itu.
Kemudian sambungnya,
Katanya ibu bapa berpendapatan rendah yang tidak mampu menjelaskan bayaran tambahan itu boleh memohon bantuan kementerian menerusi saluran yang disediakan termasuk Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM).

Katanya orang ramai boleh mendapatkan penjelasan mengenai persediaan penggal persekolahan dengan menghubungi talian 03-88888-445/443 (Pejabat Khidmat Pelanggan), 1-800-88-4774 (Talian Hotline Aduan Disiplin) dan faks di nombor 03-88888-431.

Pada pemahaman pembaca tentang keratan berita diatas, adalah jelas memberitahu bahawa Yuran telah pun dihapuskan, tetapi rakyat tidak perlu samakan yuran dan Sumbangan Tambahan (Pakej) dan kalau tidak mampu bayar boleh minta bantuan. Apa muslihat Menteri Pelajaran sebenarnya?

Ini bermakna Sumbangan Tambahan perlu diperjelaskan pada yang mampu dan pada yang tidak mampu mereka boleh memohon bantuan. Adakah rakyat terpaksa menalipon Kementerian untuk meminta bantuan dan adakah pengecualian bayaran SUMBANGAN TAMBAHAN(Pakej) boleh diperolehi hanya melalui talipon? Adakah mungkin selepas menalipon, mereka akan diarah pergi ke pejabat kementerian untuk mendapatkan surat pengesahan pengecualian? Kenapa sukar benar untuk menghapuskan SUMBANGAN TAMBAHAN/YURAN/PAKEJ sehingga memaksa kementerian membuka talian khas Hotline untuk menyelesaikan masalah ini?

Adakah Menteri sengaja nak kelirukan rakyat atau Menteri sendiri tidak faham atau Kerajaan berat hati untuk membantu rakyat? Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya. Kesimpulannya, PRU ke 12 nanti, rakyat jangan pilih kerajaan yang terus berdolak dalik dek kerana kesilapan penghapusan RM18.00 YURAN SEKOLAH. Dan kini semua kenyataan ternyata berbelit belit, bercelaru dan haru biru.
Juga rujuk artikel:
PELUPUSAN YURAN SEKOLAH SATU PEMBOHONGAN
Yuran sekolah: Yang miskin terus miskin yang kaya makin kaya
YURAN: KISAH RAKYAT MALAYSIA
Perjelas mansuh yuran
Yuran Hapus, Bayaran Kena!
Yuran : Akan ada yang MARAH
Wajarkah dikenakan bayaran tambahan sekolah?
RadenJowo: Yuran: Awas! Pihak Sekolah Pula Berbohong

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive