KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Dec 20, 2007

Buah dari pokok yang beracun akan tetap beracun - Raja Petra

dipetik: keadilanpk

Mereka mengatakan hanya Islam yang baik, semua ugama lain tidak baik. Dan mereka yang tidak mempunyai ugama atau atheis lagi teruk. Tetapi manusia yang sama dari ugama yang baik ini mahukan kerajaan melakukan perkara yang tidak baik. Ini yang menghantui saya. Bagaimana satu ugama yang baik menghasilkan penganut yang tidak baik? - Raja Petra Kamarudin.

Malaysia sepatutnya berbangga kerana didalam setiap perayaan , tak kira uagama mana pun, rakyatnya yang terdiri dari berbagai kaum sentiasa bersatu untuk merayakannya. Demikian kata Perdana Menteri, Abdullah Badawi seperti yang dilaporkan oleh akhbar-akhbar arus perdana.Abdullah juga berkata, perayaan ugama yang diraikan diMalaysia merupakan penghubung kearah perpaduan dikalangan rakyat yang berbilang bangsa dan ugama.

Malaysia, katanya, patut bersyukur, kerana rakyatnya mempunyai sifat hormat terhadap bukan sahaja ugama malah setiap perayaan yang diraikan oleh masyarakatnya. Abdullah juga berkata, rakyat Malaysia sentiasa hormat menghormati diantara satu sama lain dan telah menjadi budaya untuk menghulurkan bantuan disetiap perayaan, walaupun kepada mereka yang bukan sebangsa.

“Setiap perayaan, termasuk Hari Raya, merupakan hari dimana kita berpeluang untuk melawat rakan-rakan dan mengukuhkan pertalian kita sebagai rakyat Malaysia sebenar. Dalam kehidupan seharian kita, kita mengutamakan persefahaman diantara satu sama lain, termasuk dalam hal-hal ugama, yang dianggap sensitive,” kata Abdullah.

Adakah anda nampak bagaimana ahli politik dan ahli ugama – terutama kalau mereka adalah ahli politik yang menyamar sebagai ahli ugama – sentiasa bercakap satu perkara kepada bukan Islam dan bercakap perkara lain kepada orang-orang islam? Bila orang-orang India dan Cina mula menampakkan tanda-tanda keresahan, mereka akan bercakap tentang kepelbagaian bangsa, toleransi kaum dan bermacam-macam lagi. Tetapi dihadapan penonton yang semuanya Melayu, mereka merasakan bukan Islam atau bukan Melayu tak perlu diberi perhatian, mereka bercakap tentang ‘musuh’ Melayu dan memberi amaran bahawasanya orang-orang kafir tidak boleh dipercayaai dan tidak boleh diterima sebagai rakan kerana mereka adalah musuh Islam sejak zaman berzaman. |more...|

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive